Kadang kala, buntu untuk memasak hidangan minum petang bersama keluarga. Ini mudah boleh cuba membuat resipi cakoi bersama sos karamel.
Nampak mudah untuk buatnya tapi jika salah skill memang tak naiklah rotinya. Menariknya resipi ini tidak menggunakan yis tapi roti tetap lembut dan menggebu!
Lihat resipi ini.
Doakan sis murah rezeki okayy.
Resepi cakoi sukatan cawan tanpa yis.
Bahan bahan :
( dalam gambar nampak banyak sebab saya buat 2 adunan)
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan air
3 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil baking soda
1 sudu besar gula
Secubit garam
Minyak sedikit
Cara cara :
Ayak tepung gandum,baking soda, baking powder. Dah ayak, masukkan gula, garam.
Kemudian masukkan air sedikit sediki…uli sampai tak melekat dekat tangan
bila adunan dah licin, sapu minyak sedikit, masukkan dalam bekas atau plastik dan masukkan dalam peti ais dalam sejam. lepas sejam, keluarkan doh and biar suhu bilik, dan boleh terus uli.
Cara cara nak bentukkan cakoi, ada dekat bawah.
Goreng dengan minyak panas
Resepi kaya pandan sukatan cawan
4 helai daun pandan
1 cawan air
Tepung kastard 2 sudu besar
Santan 1 cawan
Susu pekat 5 sudu besar
Sedikit pewarna hijau
Cara cara :
Blend daun pandan dengan 1 cawan air.Tapiskan dan masukkan bahan bahan lain, dengan daun pandan yang dah ditapis dah masak atas api kecil sampai pekat.
Posted by Syaz Amira on Tuesday, April 14, 2020
Siap!
Kredit: Syaz Amira