Zulin Aziz tidak terasa hati ditegur badan berisi sebab disangka mengandung daripada dianggap gemuk. “Lebih baik cakap saya mengandung daripada kata saya gemuk”. Demikian luahan hati artis versatil, Zulin Aziz tentang dirinya yang sering kali disangka berbadan dua.
Zulin Aziz Tidak Terasa Hati Ditegur Badan Berisi Sebab Disangka Mengandung Daripada Dianggap Gemuk
Menurut Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, 35, dia menganggap kata-kata orang yang menyangka dia hamil sebagai satu doa.
“Saya tak okay kalau orang cakap saya dah gemuk, saya okay saja kalau orang cakap saya hamil. Saya gembira saja kalau badan naik dan orang tegur, ‘Eh pregnant’.
“Saya akan aminkan doa itu sebab tak ada la malu sangat yang saya dah gemuk kan.
“Kalau macam orang tegur, ‘Kau dah gemuk sekarang’, saya akan kecil hati.
“Bagi saya, kalau ada yang nampak saya gemuk tu, anggap sajalah yang saya hamil.”
Tambah Zulin, dia akan menjadi lebih semangat untuk mendapat cahaya mata sekiranya ada yang beranggapan dirinya sedang berbadan dua.
“Saya anggap mereka terujalah dan saya pun jadi semangat nak buat anak. Lagipun, bila mereka tanya atau tegur itu, saya anggap itu satu doa juga.
“Nak cakap balik dekat orang yang saya tak hamil itu, saya takut kecewakan mereka pula. Jadi, saya biarkan saja dan anggap saja la saya hamil.”
Ketika ditanya adakah dirinya terasa hati jika ada pihak yang memegang bahagian perutnya, pelakon berusia 35 tahun ini memilih sikap terbuka dan menganggap ia sekadar cara seseorang itu mahu memulakan perbualan dengannya.
“Saya tak terasa langsung (pegang perut), kalau ada orang pegang perut boleh terus pregnant, saya nak. Sebenarnya ikut logik, orang jadikan sebagai topik untuk berbual saja.
“Lagipun itu benda pertama yang dia nampak. Kita anggap itu topik perbualan.”
Untuk rekod, Zulin dan suaminya, Farhan Norzaini mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2022.
Sumber: Oh Bulan
Baca artikel lain juga: Nekad Pertahankan Rumah Tangga, Zulin Aziz Tak Jadi Berpisah
Rupanya Apendiks Tu Dah Pecah! Zulin Aziz Selamat Jalani Pembedahan, Berazam Mula Makan Sihat
Anak? Zulin Aziz Harap Netizen Lebih Bijak Dalam Melontar Soalan Isu Sensitif
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Normal Baharu Sambut Raya. Wanita Ini Kongsi Caranya. Boleh Follow!
Esok semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiliftri, namun dalam suasana yang berbeza. Jika sebelum ini, kita semua akan meraikannya di kampung bersama ibu ayah dan adik beradik di kampung. Tahun ini, setelah penularan covid-19 yang masih belum tamat, kita semua masih dalam PKPB. Raya tetap raya namun perlu kita mesti mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan juga perlu dipatuhi sepenuhnya.
Sebagaimana perkongsian seorang ibu ini, Nurlia Mohd Nor mengenai raya normal baharu sambutan hari raya Aidilfitri.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Biasanya waktu pagi saya akan lepak dalam bilik si kembar sambil pantau mereka buat kerja sekolah.
Selesai buat kerja sekolah Aiman minta kebenaran guna MacBook manakala Adam sambung ‘belayar’. Hehehe.
Tiba- tiba Aiman tanya,
” Mama, PKP ni raya macam mana ye..”
Jawapan Mama,
“Tetap raya tapi taklah macam biasa. Mama tetap akan sediakan menu raya. Ada biskut, ada lemang, ada rendang, ada lontong, tapi kita beraya dalam rumah sajalah..”
Tips beraya cara PKP:-
1) Pek makanan untuk jiran- jiran/saudara mara terdekat dan hantar di pintu pagar rumah mereka sahaja. Tak perlu masuk.
2) Kena berterus terang yang mana tahun ini rumah kita tidak terbuka untuk tetamu tambahan dalam rumah ada individu yang berisiko tinggi seperti warga emas, anak- anak kecil atau yang menghidap penyakit.
3) Letak di pintu pagar,
“Maaf, tahun ini tiada aktiviti ziarah. InshaAllah tahun hadapan kita boleh beraya bersama- sama. Maaf zahir dan batin”. Guna bahasa yang berhemah. Taip, print dan laminate, kemudian sangkut di pintu pagar. InshaAllah mereka akan faham.
RAI TETAMU DI LUAR RUMAH
Aiman tanya lagi,
Kalau letak meja, jamu tetamu di porch kereta ok ke?
Kalau nak terima tetamu terdekat walaupun di porch tetap kena:-
~Cek suhu badan mereka.
~Sediakan sabun/ hand sanitizer.
~ Ada social distancing. Kerusi letak berjauhan.
~ Tiada aktiviti peluk memeluk dan bersalam- salaman.
~ Tidak boleh datang ramai.
~ Ziarah ada limit masa. Sekejap saja sudah.
Lecehkan?
Pergi berhari raya dalam keadaan risau, takut dan tergesa- gesa pun tak best jugakkan. Better tahun ni lupakan keseronokkan berhari Raya dulu. Raya sahaja di rumah bersama family. Kita sebenarnya ada misi yang lebih penting iaitu untuk memerangi wabak covid-19 ni.
InshaAllah sama- sama kita doakan. Bila keadaan dah pulih seperti biasa, tahun depan kita semua boleh berhari Raya dengan ‘tenang’ dan gembira
Sumber: Nurlia Mohd Nor
“Alat Candu Ganggu Emosi Anak.” Jangan Kerana Telefon Hubungan Kekeluargaan Jadi Dingin, Rosakkan Komunikasi Anak & Ibu Bapa.
Telefon pintar merupakan teknologi komunikasi yang sangat popular masa kini. Ia sedang membudaya di kalangan masyarakat.
Dari satu segi ia baik untuk perhubungan dan mendapat maklumat. Pada ketika lain keasyikan berpaut kepadanya menyebabkan hubungan lisan sesama manusia lain menjadi dingin dan tidak mesra.
Jika ini berlaku di kalangan suami isteri, ianya menjadikan suami-isteri kehilangan fokus. Sedangkan komunikasi lisan amat sesuai untuk meningkatkan persefahaman dan kasih sayang.
Memang penggunaan telefon pintar menjadikan suami atau isteri dalam keasyikan. Tak kira waktu memasak di dapur, dimeja makan, di depan televisyen, masa lapang di ruang tamu mahu pun di bilik tidur telefon pintar menjadi teman rapat dan erat. Ia menyebabkan hubungan natural suami isteri terjejas.
Ini yang dikongsikan oleh Dr Sidek Baba, Profesor Pendidikan UIAM ketika diminta mengulas mengenai isu ini.
Kedinginan hubungan suami isteri
Pada telefon pintar ini terdapat banyak perkara yang disajikan. Darinya terdapat ceramah agama yang baik, youtube yang terkandung segala macam cerita, maklumat, hiburan malah bahan-bahan ponografi yang melekakan, whattsApp yang terkandung berbagai cerita dan berita benar dan tidak benar yang diviralkan.
Ini menyebabkan keasyikan menggunanya tidak terbatas dan ia menimbulkan masalah. Tidak mustahil keadaan sebegini menyebabkan hubungan dingin antara suami isteri boleh terjadi.
Kalau kedinginan wujud kemesraan semakin hilang dan akhirnya keadaan ini boleh menimbulkan masalah lain. Suami memerlukan perhatian terutama selepas balik dari pejabat. Setelah berjarak sepanjang hari di rumahlah tempat komunikasi bermakna harus terjadi supaya pandangan dan keluhan suami diraikan.
Hal yang sama bagi isteri yang bekerja merasa keletihan apabila kembali ke rumah dan perhatian dan layanan isteri amat dituntut. Lebih-lebih lagi bagi isteri yang tidak bekerja masanya banyak di rumah memerlukan perhatian suami juga.
Jangan jadikan hubungan suami isteri hambar kerana masalah lain mungkin berbangkit. Rahsia baik bagi rumah tangga yang bahagia ialah layanan baik suami kepada isteri, perhatian isteri terhadap suami yang dikasihi.
Jangan jadikan faktor telefon pintar menjadi sebab hubungan menjadi dingin kerana keasyikan menggunakannya ibarat ianya adalah kekasih baru atau teman hidup baru pula.
Alat candu ganggu emosi anak
Itu belum lagi mengambil kira hubungan dengan anak-anak. Jika setiap anak-anak ada padnya sendiri bayangkan keasyikan yang akan terjadi kepada mereka sehingga lupa dengan pelajaran di sekolah atau menyempurnakan kerja rumah kerana asyiknya berpaut dengan padanya kadang-kadang dalam tempoh yang lama.
Sekiranya hubungan natural anak dan ibu bapa semakin terhad dengan anggapan bahawa memberikan alat mengisi ruang supaya tidak mengacau dan membuat bising, ia sebenarnya menjadikan alat ini candu dan boleh mengganggu perkembangan emosi, pemikiran dan etika anak-anak.
Amat penting penggunaan telefon pintar ini dikendalikan dengan disiplin dan etika yang baik. Hubungan natural suami isteri dan anak-anak harus dijadikan keutamaan. Menggunakan alat teknologi ini harus ikut keperluan dan keutamaan.
Jangan ianya digunakan hampir sepanjang masa pada hal-hal yang tidak perlu dan bukan keutamaan. Tanpa kawalan ini amat dibimbangkan amalan salahguna menjadi sebati dan menimbulkan masalah komunikasi suami isteri dan anak-anak dan menyebabkan kedinginan dalam hubungan sesama anggota keluarga terjadi.
Dalam tradisi Islam teknologi selamanya alat ianya bukan matlamat. Matlamat dalam penggunaan teknologi membawa kebaikan kepada pengguna supaya ianya tidak disalahguna. Salahguna boleh menyebabkan akibat buruk terjadi.
Bayangkan salahguna telefon pintar hingga hilang perhatian terhadap suami-isteri dan anak-anak boleh memberi akibat lain pula. Kedinginan hubungan suami isteri adalah bahaya bagi sesuatu keluarga.
Bila kasih sayang tidak wujud lagi dan didikan terhadap anak- anak tidak berlaku ia boleh menyebabkan masalah yang lebih besar dan anak-anak tidak dididik dengan sempurna.
Keluarga Sakinah
Oleh itu sebagai seorang manusia asas adab perlu dibina dengan baik. Adab bagi ahli ilmu bermakna disiplin fikir, disiplin hati dan disiplin amal. Keluarga yang berjaya dan bahagia ialah keluarga yang dilazimkan dengan disiplin samada disiplin dalam menggunakan waktu, disiplin dalam melakukan perhubungan, disiplin dalam mendidik anak-anak supaya suasana pembinaan keluarga terbentuk dengan adab dan akhlak yang baik.
Jika ini terjadi dan dimiliki oleh setiap anggota keluarga bayangan sebuah keluarga sakinah atau bahagia akan terjelma kerana keutamaan dalam keluarga ialah hubungan rapat suami-isteri dan anak-anak dalam suasana natural supaya naluri dan bakat anak-anak dibentuk secara disiplin dan adab dengan ibubapa menjadi contoh terbaik untuk mereka. Kekurangan ini terjadi di kalangan banyak keluarga kita dan menyebabkan masalah lain berbangkit kemudiannya.
Taktik Cepat Dan Mudah ‘Lenturkan’Ego Anak Sulung. Guna 5 ‘Ayat keramat’ Ini Sahaja.
Bukan mudah bergelar anak sulung, lebih-lebih lagi jika anda mempunya adik-adik yang masih kecil. Anda mungkin terpaksa menjadi ‘dewasa’ sebelum usia dek kerana perlu memikul tanggungjawab termasuklah menjaga adik-adik.
Ikuti perkongsian dari Sharifah Zahidah pengasas Abunour Learning Center – Shah Alam yang menggunakan beberapa taktik untuk ‘lenturkan’ ego anak sulungnya.
Maklumlah, anak sulung ni kadang, ada ‘ragam’ dia sendiri bila dia dah dapat adik.
Ada 5 ‘ayat keramat’ yang boleh digunakan supaya anak sulung langsung tak anggap adiknya adalah ‘pencabar’ baru kedudukannya sebagai makhluk paling disayangi ibubapa.
Dan yang penting, ayat keramat ni bukan sekadar nak tone down anak sulung ketika marah saja, tapi nak INSTALL THE RIGHT BELIEF SYSTEM tentang SIAPA DIRINYA DI MATA IBUBAPA. InshaALLAH, kena dengan caranya, anak sulung kita akan jadi PEMBANTU kita yang berjaya dalam menjadi contoh tauladan kepada semua adik-adiknya.
Adiknya umur berapa tahun, tak jadi masalah. Yang penting, taktik ni dah boleh praktis kepada anak sulung yang dah berumur 2 tahun ke atas, atau yang dah boleh faham bahasa. Pereferably, start 3 tahun ke 4 tahun ke atas. Cuba try gunakan ayat ni depan anak sulung, dan perhatikan bagaimana ‘egonya’ lentur dan tiba-tiba, dari jadi PESAING adik-adik, dia boleh berubah jadi ‘PELINDUNG’ adik-adik.
=========================
1. SITUASI BEREBUT BARANG
=========================
Kalau anak-anak berebut barang, jangan sewenang-wenang menangkan adik yang kecil tak mengerti apa-apa lagi.
Tapi jagalah perasaan si anak sulung yang dah mula pandai kecil hati, cemburu dan kecewa itu. Jadi, dalam situasi berebut barang, tunjukkan macam kakak yang menang.
Guna ayat keramat, “Adik, minta izin dulu dari Kakak/Abang..” Walaupun adik baru berusia 6 bulan yang obviously takkan faham pun minta izin tu apa, tapi sebenarnya kita bukan bercakap dengan adik, kita sebenarnya ‘bercakap’ dengan si anak sulung untuk lenturkan ego dia, biar dia mengalah, biar dia lembut hati dengan adiknya selalu.
Selalunya, lepas suruh adik ‘minta izin’ untuk guna sesuatu barang, automatically Kakak pun akan bagi izin dan BERHENTILAH sudah adegan berebut barang dalam masa kurang 10 saat.
Tak perlu berceramah pada Kakak suruh mengalah, atau beri arahan kasar suruh Kakak jangan berebut atau sebagainya. Cara marah dan guna kuasa veto suruh kakak lepas barang pada adik, MEMANG BERKESAN kadangnya, tetapi IANYA MENINGGALKAN KESAN yang TIDAK BAIK terhadap hubungan adik-kakak untuk jangka panjang. Guna taktik ayat keramat di atas, inshaALLAH, kakak mengalah, hubungan adik beradik pun lebih harmoni selepas ini.
Jangan terkejut kalau tiba-tiba nanti semua toys kakak dia sanggup kongsi dengan adik tanpa drama derita dan air mata lagi. InshaALLAH.
==============================
2. SITUASI BERGADUH, SI ADIK MENJERIT
==============================
Ni commonlah kan. Adik tak pandai cakap lagi, bila dia marah atau tak puas hati, dia akan menjerit dan menangis. Lepastu, bila seorang dah menjerit, seorang lagi pun selalunya akan sama-sama menjerit dan guna intonasi tinggi sebab tak puas hati atau sebab rasa TERANCAM dengar adik jerit.
Ya lah, selalu bila adik jerit mesti ibubapa serbu dan terus salahkan anak sulung, kan?
So, jeritan adik sangat memberi ‘ancaman’ yang build ‘tense’ dalam diri Kakak. Tense ni lama-lama akan buat Kakak benci adik sebab sikit-sikit menangis dan at last, dia yang kena.
Maka, kakak dengan adik masing-masing jadi tak rapat kerana Kakak yang lebih selesa ‘menjauhkan’ diri dari si adik. Perasan kan masalah ni?
Jadi kembali pada situasi jerit-jerit ni, memang kita kena tenangkan Si Adik. Ada kalanya, adik marah tu SEBAB ANAK SULUNG/KAKAK/ABANG yang kacau.
Jadi, guna ayat keramat “Adik, cakap baik-baik dengan Kakak..” Sebagai hint, nak beritahu pada Kakak, “Kakak dulu yang kena ajar adik bercakap dengan baik..”
Adik yang menjerit menangis tu kita tenangkan macam biasa. Dan Kakak yang dengar ayat keramat tu pun, automatically akan mula ‘lembut’ dan tone down. Tiba-tiba, dia pun mengadu dengan kata dalam nada suara yang rendah dan lembut. Tiada lagi adegan jerit-jerit marah-marah. Mudah kan?
“Anak faham ke reverse phsychology macam ni…?”
Jawapan saya, inshaALLAH, anak faham. Tapi bukan buat sekali dua, buatlah beberapa kali. Jangan harap express result ya. Kita pun belajar sesuatu, kena ulang berkali-kali. Sama jugalah dengan anak-anak. Beri masa. Sabar itu adalah ASAS dalam mendidik anak-anak.
==============================
3. SITUASI MINTA TOLONG ANAK SULUNG JAGA ADIK
==============================
Ni antara ayat yang paling selalu saya guna.
Untuk ajar Kakak menjadi Kakak yang betul-betul bertanggungjawab dan boleh diharap tengok-tengokkan adik sementara saya meeting, mengajar, memasak, kemas rumah dan sebagainya. Untuk pastikan sesi Kakak babysitting adik berjalan tanpa adegan yang tak diingini, awal-awal lagi saya akan pesan kepada adik, TAPI MAKE SURE KAKAK YANG DENGAR YA.. “Adik, Adik dengar cakap Kakak ya..” Dan selepas itu, sambunglah dengan segala amanat kita untuk si Kakak. Contohnya, “Adik, adik dengar cakap kakak ya. Kakak tak bagi panjat kerusi, adik jangan panjat ya.. Kakak suruh makan duduk, adik duduk ya. Adik DENGAR CAKAP kakak ya..”
Dan kemudian, baru ulangkan skrip di atas kepada Kakak pula. Selalunya, kalau adik buat apa-apa yang bahaya atau yang saya tegah awal-awal, memang Kakak akan bertindak sebagai penjaga dan penyelamat yang sangat berjaya. Dia takkan biar adiknya sendirian dalam bahaya. Syaratnya, kena buat taktik di atas.
Automatically, perasaan sebagai SEORANG KAPTEN KAPAL YANG BERTAGGUNGJAWAB terhadap anak kapalnya, akan terus teraktif dalam diri Kakak.
==============================
4. SITUASI PUJUK ANAK SULUNG YANG MERAJUK/SEDIH HATI
==============================
Selalunya, anak yang berusia 2 tahun ke atas dah pandai merajuk dan ‘bawa diri’. Simple, sebab keinginan yang tak dipenuhi selalunya.
Logik anak-anak ni, kalau ibubapa sayang mereka dan hargai mereka, semua kehendak mereka mesti ditunaikan. Mereka tak faham, kadang-kadang, larangan dan penegasan juga adalah salah satu tanda kita sayang mereka.
Jadi, dalam situasi anak-anak merajuk ni, depan-depan adik, kita tuturkan ayat keramat kita. Make sure, kakak dengar. “Adik, tengok Kakak lukis ni, hebat kan Kakak? SubhanALLAH..” atau
“Adik, tadi Kakak solehah sangat, sebab Kakak tolong ibu kemas mainan tadi.. Adik TIRU/IKUT PERANGAI KAKAK ya..”
By the time anak sulung dengar yang DIA KENA JADI CONTOH/ROLE MODEL kepada adik-adik, selalunya dia pun akan terus sejuk dan tak jadi nak buat perangai tak solehah dia.
Ya, anak-anak umur 3 tahun ke atas, sudah boleh tahu perangai soleh dan perangai tak soleh. Dia boleh relate, mana perangai dia patut buat, dan mana yang dia patut tak buat. Dengar ayat keramat tadi, terus dia malu nak buat perangai yang bukan-bukan.
==============================
5. SITUASI BEREBUT PERHATIAN IBU/AYAH & ANAK SULUNG CEMBURU
==============================
Normallah kadang-kadang anak sulung ambil masa untuk ‘move on’ dan terima hakikat yang dia kini berkongsi kasih sayang dengan adiknya.
Kadang-kadang, time kita nak menyusukan, beri makan, layan adik atau apa saja dengan adik, time itu jugalah kakak pun buat-buat terdesak nak itu ini sampai tergendala kerja kita. Dalam situasi ni, ingat ibubapa, jangan sekali-kali ABAIKAN perasaan anak sulung.
Anak sulung kita dah pandai ‘kecil hati’ dan pandai ‘buat judgment’ samada kita sayangkan dia atau tak. Sedangkan adik-adik yang masih baby/kecil lagi tu belum faham lagi sepenuhnya apa yang berlaku.
Bila Kakak/Abang cemburu dengan layanan, simply JELASKAN dengan simple keperluan adik dan minta adik ‘minta maaf.’
“Adik nak Ibu suap makan ya? Ok, adik minta kakak tunggu sekejap, dan adik minta maaf kakak ya.. Lepas ni, Ibu suap kakak pula makan, ya?” Dan tarik tangan adik acah-acah minta maaf dengan Kakak. Sambil beritahu kepada Kakak, adik kecil lagi, adik lapar, adik minta maaf sebab adik nak makan dulu dan sebagainya.
Si Kakak/Abang yang DAPAT PENGHORMATAN sebegitu, lazimnya akan cair dan tiba-tiba keluarlah ayat keramat dia, “Tak apalah, ibu bagi adik makan dulu. Kesian adik tu lapar..”
Ini situasi benar yang selalu saya hadapi. Bila Kakak rasa ‘hak’ dia terancam, minta adik minta maaf. Dan dia pun, akan mula bertolak ansur dan dia tahu, dalam ‘hak’ dia untuk dapatkan perhatian ibubapa, adik juga mempunyai hak yang sama.
==============
KESIMPULAN
==============
Sampai bila kena guna taktik ni? Takkan sampai bila-bila?
Ya! Memang takkan sampai bila-bila. Cuba buat beberapa hari ke beberapa minggu saja. Lambat laun, Kakak memang tak kisah lagi untuk beralah dengan adik bila berlaku ‘perebutan’ meraih cinta dan perhatian ibubapa.
Tapi yang penting, kita ni parents WAJIB attend kakak pula selepas tu. Jangan diabaikan kakak pula. Mentang-mentang dia dah bertolak ansur, kita abaikan dia saja lepas tu. JANGAN ya.
HARGAI KEPERCAYAAN yang anak beri kepada kita. Dah attend adik dan janji nak attend kakak pula, jangan buat-buat lupa dengan janji kita. ATAU nanti, KESEMUA AYAT KERAMAT YANG KELUAR DARI MULUT KITA AKAN TERUS HILANG SEGALA ‘BISANYA.’ Di saat tu, sebut apa saja pada Kakak, semuanya jadi tak lut.