Hiburan

Zizi Kirana Amal Minum Jus Kunyit, Rupanya Ini Rahsia Cantik & Langsing

Share

Zizi Kirana penyanyi yang cukup terkenal dengan suara serak-serak basah ini cukup bertuah kerana dianugerahkan seraut wajah yang seakan tidak dimamah usia. Wanita yang lahir pada 23 Januari 1985 ini bukan sahaja memiliki kulit wajah yang cantik tetapi juga bentuk badan yang langsing.

Siapa sangka Zizie atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil ini rupa-rupanya pernah mengisytiharkan dirinya ‘bermusuh’ dengan nasi. Insiden itu berlaku pada sekitar tahun 2018. Namun kini segalanya sudah berubah. Zizi lebih mengamalkan gaya hidup sihat.

Kata penyanyi dari Sabah ini dia kini banyak mempraktikkan bahan semula jadi yang mudah didapati di dapur untuk tampil menawan. Jelas Zizi untuk menjaga kecantikan, dia jarang sekali pergi ke pusat kecantikan atau perkhidmatan spa.

Zizi Kirana Amal Minum Jus Kunyit

Zizi hanya membuat rawatan wajah melainkan apabila perlu sahaja. Malah boleh dikatakan dalam setahun hanya pergi dua kali sahaja ke spa bagi mendapatkan rawatan.

Manakala untuk menjaga kulit wajah pula menurutnya Zizi dia tidak mempunyai sebarang teknik khusus.

“Saya hanya mencuci muka dengan pencuci wajah, memakai pelindung sinar matahari, serum dan pelembap wajah seperti yang biasa dilakukan oleh semua wanita.

“Jika mempunyai masa terluang saya membuat masker pada wajah dengan menggunakan kunyit hidup yang ditumbuk halus.

“Saya gemar melakukan sendiri masker wajah di rumah kerana seperti yang dikatakan tadi, saya tidak gemar ke spa kecantikan,” jelasnya yang turut berkongsi tip penampilan untuk kekal anggun dan jelita.

Rupanya Ini Rahsia Cantik & Langsing

“Pada saya, penjagaan penampilan itu penting dan seharusnya bermula dari dalam.

“Selain mengamalkan pengambilan makanan dan gaya hidup sihat, perihal jiwa serta kerohanian juga perlu dijaga. Selain itu, saya juga seorang yang amat menitik beratkan aspek kebersihan.

“Sebagai tambah nilai untuk kesihatan, saya juga mengambil vitamin sebagai suplemen tambahan,” katanya yang turut mengamalkan pemakanan jamu tradisional jamu untuk penjagaan dalaman.

“Sejak dahulu lagi saya mengamalkan minum jus kunyit sebagai minuman kesihatan. Kaedah ini merupakan cara tradisional dan mudah untuk melakukan sendiri di rumah untuk menjaga kesihatan,” tambahnya yang hanya akan lakukan aktiviti fizikal seperti senaman ringan seminggu sekali.

Bagi menjaga diet pula, menurut Zizi dia akan makan nasi seperti biasa tanpa sebarang pantang tetapi mengambil nasi sekali sahaja.

Pun begitu, tidak seperti orang lain, Zizi turut memberitahu dia bukan jenis mengawal pengambilan jumlah kalorii dalam makanan.

Menurutnya dia hanya hadkan pengambilan nasi sekali dalam sehari dan tidak mengambil peduli soal jumlah kalori yang perlu diambil.

Kredit foto: Instagram Zizi Kirana

Sumber: RAPI