Zarina Zainuddin Bawa Anak & Madu Tunai Umrah Bersama, Minta Doakan Urusan Dipermudahkan

Share

Sebelum ini Amar Baharin dan Amyra Rosli berkongsi berita pemergian mereka ke mekah untuk menunaikan umarh. Terbaru, pelakon dan usahawan Zarina Zainuddin turut berkongsi berita yang sama.

Beliau telah berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadat umrah bersama ibunya Zahura. turut serta dalam rombongan tersebut adalah anak lelaki Zarina, Muhammad Raizal Azrai dan madunya Datin Seri Hajah Norhasimah.

Menerusi laman Instagram miliknya, pelakon berusia 48 tahun itu mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua kenalan sekiranya terdapat kesalahan atau kesilapan yang dilakukan selama ini.

Assalamualaikum
Saya ingin mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki diatas segala dosa dan kesilapan saya sama ada dari segi percakapan atau perbuatan.

 

Saya bersama madu saya Datin Seri Hajah Norhasimah Mohd Noor ,ibu saya Zahura binti Abdul Mutalib dan anak saya Muhammad Raizal Azrai bin Abu Raihan akan ke Mekah menunaikan umrah bersama saudara jemaah yang lain ,doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik dan mendapat umrah yang mabrur,” Tulis Zarina Zauinuddin menerusi instagramnya.

Dalam pada itu, dia turut memuat naik beberapa keping gambar dalam perkongsian tersebut.

Zarina merupakan isteri kedua suaminya, Abdul Raihan Wan Jaafar yang menjalani kehidupan bermadu sejak 26 tahun dahulu.

Perkongsian tersebut mendapat respond rakan-rakan selebriti  serta pengikutnya yang mendoakan semoga urusan umrah keluarga ini dipermudahkan serta selamat kembali ke tanah air dengan selamat kelak.

masanizan1 Going to miss u.. semoga semuanya dipermudahkan♥️😘🤗

almynadiaofficial Selamat menunaikan umrah kak ina 😘😘 @zarinazainuddin_

umieaida9 Alhamdulilah… rezeki awk sekeluarga ke sana. Semoga segalanya diberkatiNYA dan sentiasa dalam lindungan Allah. Aamiin ❤️

abby_abadi112 Semoga sentiasa dalam lindungan & kasih sayang ALLAH utk Akak @zarinazainuddin_
& rombongan. Mabrurah kak InshaALLAH 🥰 doakan Baby Danial Sy ye kak… 💋

eirmakimk Selamat menjalankan ibadah umrah Kak Ina dan family, semoga beroleh umrah barokah mabrurah. Selawat dan salam kami buat Rasulullah saw. Aamiin

inun_alydrus Semoga diberi kemudahan dan kelancaran dalam ibadah akak sayang…amalan diterima Allah Subhanahu wata’alaa…Aamiin Yaa Robb

si.mple9889 Selamat mengerjakan umrah kak n family semoga dipermudahkan amin

Sumber: IG Zarina Zainuddin