Suami Isteri kena saling bantu membantu baru la harmoni rumahtangga. Betul kan?
Sekarang ni, ramai pasangan yang bekerjaya. jadi tolong menolong menguruskan rumah membersihkan rumah salah satu cara bahagiakan pasangan.
Dalam situasi begini, para suami kena ringan tulang membantu membantu isteri.
Sebagaimana perkongsian ini, menarik untuk dijadikan teladan untuk harmoni rumahtangga.
Gambar curi…
Saya teringat Ustaz kami, Ustaz Samurin berpesan; “suami kalau sama-sama balik kerja, tolonglah isteri buat kerja rumah. Kalau isteri penat balik kerja, tanya dia apa yang kita boleh tolong”.
Itulah nasihat ustaz kami di KISAS satu ketika dahulu. Itulah yang kami belajar dalam kelas subjek Syariah STPM bukan setakat ajar isteri wajib taat pada suami semata-mata. Semoga Allah berkati Ustaz Samurin dan Ustazah Fauziah.
Antara sebab saya taknak merungut dan minta apa-apa dah kat suami.
Gambar balik gheja, tak tukar baju akan terus ambil penyapu. Kalau tak pun pi angkat baju bila ada baju belum berangkat.Anak-anak ni macam tu la, kemas sini, tang sana dia sepah. Pagi memang rutin dia akan clear kan dapur untuk saya masak.
Rumah ni abah kanak-kanak memang tak membebel, yang membebel pada adik-adik ialah abang-abang kepada kanak-kanak ribena.
Zaman dah berubah bila suami isteri bekerja maka kerja rumah kena kongsi satu rumah kan. Saya rasa kebanyakan suami sudah begini zaman sekarang.
Ada orang kata jangan pos gambar suami nanti ada orang mengendeng. Senang ja, lagi banyak rumah, lagi banyak kena sapu, masak, angkat baju, hantar anak pi sekolah. Kerja rumah tetap kena jalan cam biasa . Lagi banyak rumah, lagi banyak kerja rumah kan.
Sumber: ياسمين حناني محمد سفيان
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club