Setiap ibu ayah sentiasa inginkan yang terbaik buat anak. Mereka juga akan sentiasa mendoakan zuriat tersayang sejak kecil menjadi anak yang mendengar kata dan menghormati orang tua.
Namun kadang kala, perbuatan anak menguriskan hati hingga membuatkan ibu ayah kecewa. Akan tetapi kasih sayang ibu bapa kepada anak tidak berkurang.
Hari ini tular mengenai pengakuan anak Produser terkenal, Datuk Yusof Haslam iaitu Syamsul Yusof sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand.
Lebih mengejutkan dia sendiri sebagai ayah hanya tahu anaknya berkahwin kali kedua selepas dimaklumkan seorang rakan.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Ads
Memetik Berita Harian, Yusof mendakwa, tidak tahu menahu mengenai pernikahan Syamsul dengan isteri keduanya itu, namun, yakin anaknya sudah cukup dewasa untuk menentukan baik dan buruk sesuatu perkara.
Bagaimanapun, Yusof kesal dengan tindakan Syamsul yang menyembunyikan perkara itu terlalu lama serta tidak berterus terang daripada awal tercetusnya kemelut rumah tangga denyan menantunya, Puteri Sarah Liyana.
“Sebagai bapa, saya hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk anak dan menantu saya, Sarah.”
“Saya yakin mana-mana ibu bapa akan melakukan perkara serupa.
“Cuma, saya sedikit kesal kenapa dia simpan rahsia itu terlalu lama sampai empat tahun? Kenapa tidak berterus terang dari awal kepada isterinya?
“Jadi, tidaklah dia menyeksa hati dan perasaan Sarah serta melukakan hati banyak orang.
“Saya tidak boleh cakap apa lagi kerana benda (pernikahan) pun sudah berlaku. Bagi saya, jika dia berterus terang lebih awal, masalah dapat diselesaikan dengan cepat.
Ads
“Tidaklah berpanjangan diperkatakan masyarakat, sehinggakan Sarah menjadi mangsa kutukan apabila dikatakan cuba membuka aib suami.
Walau apapun berlaku, Yusof berkata, sebagai bapa, dia tidak pernah berdendam terhadap anaknya, malah, sebesar zarah sekali pun dia tidak akan membenci atau memboikot Syamsul.
“Saya perlu terima kerana ini soal qada dan qadar dari Allah. Cuma, saya berharap Sarah tabah dalam menghadapi ujian ini.
“Bagi saya, Sarah ada hak untuk buat apa yang dirasakan betul kerana sebagai isteri, dia yang menanggung perit getir itu.
“Namun, saya ingin berpesan kepada Syamsul agar dia tidak lupa tanggungjawabnya sebagai bapa kepada dua anaknya.
Ads
“Seandainya terjadi sesuatu kepada rumah tangga dia dan Sarah, saya mohon dia tetap jalankan tanggungjawab memberi nafkah,”
Belum pun reda rasa kesedihan dihati Shuib sekeluarga, kini berdepan pula dengan ujian yang menimpa pada abang iparnya iaitu Ahmad Firdous Raissuddin yang telah dimasukkan ke Hospital Serdang, Selangor, akibat positif Covid-19.
Perkara itu dimaklumkan Shuib selepas selesai majlis tahlil buat almarhumah isterinya pada Selasa Malam.
Memetik laporan di Harian Metro Shuib berkata, tahap oksigen abang iparnya semakin menurun namun masih dalam keadaan stabil.
“Sudah lapan hari abang ipar saya dikuarantin. Oksigen dia juga semakin menurun, tapi keadaan dia masih lagi stabil dan dirawat di Hospital Serdang,” katanya.
Fobia Dengan Covid-19
Menurut Shuib, dia menjadi fobia dengan virus pembunuh itu dan menasihatkan abang iparnya supaya tidak menunggu lama untuk mendapatkan rawatan.
“Saya jadi fobia. Apabila abang ipar saya menjalani pemeriksaan tahap kandungan oksigen antara 94 dan 95 peratus.
“Saya cakap, tak payah tunggu lama-lama, pergi dapatkan rawatan segera. Saya mohon, tolong doakan abang ipar saya,” katanya.
Dalam masa sama, Shuib berkongsi nasihat kepada orang ramai agar sentiasa memberi penekanan kepada penjagaan kesihatan diri.
“Apabila sudah berlaku perkara macam ini, kena ada kesedaran untuk menjaga kesihatan. Kita kena periksa diri apa diperlukan, apa vitamin yang kita kena ambil dan bagaimana nak menjaga sistem imunisasi.
“Kalau ada anggota keluarga dijangkiti Covid-19, kita kena tahu apa kita kena buat. Kena ada oksimeter. Ini benda wajib ada sekarang,” katanya.
Ambil Vaksin
Shuib juga menekankan kepentingan vaksin dalam situasi pandemik sekarang.
“Jururawat yang bertemu saya meminta saya supaya menasihatkan semua mengenai kepentingan vaksin. Menurutnya, setiap hari mereka menguruskan orang yang dijangkiti, yang nyawanya diambil.
“Sekurang-kurangnya, apabila kita sudah disuntik vaksin, bukanlah kita betul-betul selamat, tetapi itu adalah usaha kita untuk mengekang jangkitan,” katanya.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew berkongsi tentang keadaan terbaharu bapanya menerusi hantaran di akaun facebooknya, memaklumkan status kesihatan bapanya yang kian merosot.
Rayunya, “Pohon doakan buat ayah saya ya. Dr kata kanser perut last stage. Menanti hari. Kanser dah merebak semua. Semoga Allah mudahkan buat ayah saya. Dapat izin tengok sekali je dan sekejap tapi full ppe dan test covid negatif. Terima kasih kkm. Lama lagi kuarantin.”
Ini memandangkan Ustaz Ebit Lew kini masih lagi menjalani kuarantin wajib setelah pulang ke tanah air selepas menjalani misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin.
“Maafkan ebit ye bapak. Ebit tak dapat jaga disaat begini. Terima kasih adik beradik semua yang menjaga. Terima kasih semua yang mendoakan.
“Hari tu masa sedar ayah saya cakap. Teruskan kerja sempurnakan misi membantu. Ya Allah angkatkanlah sakit dari ayah saya. Berilah yang terbaik buatnya. Ebit sayang mak. Ebit sayang bapak sampai bila-bila.
“Mak dah pergi dulu. Rindu mak. Rindu bapak. Terima kasih bapak atas segalanya. Ya Allah jika ada pahala atas sedikit kebaikan yang kulakukan. Alu hadiahkan semuanya buat bapak. Hilangkanlah sakitnya. Janganlah bapak rasa sakit tu. Terima kasih ya Allah.”
Melihat di ruangan komen, warganet turut berasa simpati. Ramai mendoakan agar dipermudahkan urusan dan sentiasa berada di dalam lindungan Allah. Antara yang terawal menitipkan doa di ruangan komen adalah dari Fahmie Majid “Semoga dipermudahkan urusan ustaz”, “Semoga Allah permudahkan segala urusan di beri kesembuhan dan kuat and tabah” ucapan daripada Azhar Ariffin. Begitu juga komen daripada Rozel Rose mendoakan ” Semoga ayahanda ustz ebit diberikan kesembuhan yg sempurna dan dipermudahkan urusan aamiinnn” dan ramai lagi tidak putus-putus menitipkan doa buat ustaz Ebit Lew sekeluarga.
Meninjau di Instagram, Ustaz Ebit Lew turut berkongsi video saat bertemu dengan ayahnya yang terlantar sakit. Cukup sayu hingga ada yang menitiskan air mata rasa bersimpati. Bersamalah kita doakan semoga dipermudahkan segala urusan buat ustaz kesayangan ramai ini. Amin.
Masih terpahat ingatan mengenai tragedi pada 13 Julai tahun lepas apabila seorang kanak-kanak, Muhammad Fawwaz Adli Mohd Bukhari, ketika itu berusia lima tahun cedera parah setelah dihempap peti sejuk. Kisahnya telah mendapat simpati dan doa agar dirinya kembali sembuh agar kembali menjadi kanak-kanak yang ceria.
Namun hari ini khabaran duka dikongsikan oleh bapanya, Mohd Bukhari Zainal Annuar menerusi facebook bahawa anak kesayangannya telah menemui sang pencipta setelah 14 bulan terlantar sakit akibat tragedi itu.
Allahyarham Muhammad Fawwaz Adli Mohd Bukhari,6, menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.30 petang tadi di sebuah hotel di Melaka ketika sedang menjalani rawatan saraf.
“Saya dan isteri membawa Muhammad Fawwaz ke sana sebagai ikhtiar rawatan untuk kesembuhannya. Tapi ALLAH lebih sayangkannya dan dia meninggal dunia di samping saya dan isteri.”
Terdahulu, Mohd Bukhari melalui perkongsiannya memaklumkan anaknya menunjukkan perkembangan positif seperti menggerakkan kaki dan tangan dan semakin aktif.
Namun, Allah lebih sayang kepadanya. Anak syurga ini pergi jua meninggalkan orang tersayang. Laporan Sinar Harian, jenazah dibawa pulang ke rumah mentuanya di Kampung Gedung Lalang Ampangan dan dijangka dikebumikan jam 8 pagi esok.
Sumber : Sinar Harian, Mohd Bukhari Zainal Anuar
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selepas dua tahun bergelar ibu tunggal, penyanyi era 80-an, Suliza Salam selamat melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan, Ismail A Samad, kira-kira jam 11 pagi hari ini.