“You Are So Good. You Can Go To Heaven.” Nota Doa Anak Untuk Zahiril Adzim Buat Netizen Terharu &Tersentuh Hati!

Share

Anak anugerah terindah yang menjadi penyejuk mata dan penawar di hati setiap pasangan yang sudah berkahwin.

Segala kasih sayang dicurahkan sepenuh hati dan sebagai balasan ibu bapa hanya mahukan anak-anak yang soleh dan solehah, yang boleh mendoakan mereka bila tiada kelak.

Jika baik teladan yang kita tunjukkan maka baik juga perlakuan si anak. Itu yang diharapkan oleh kita sebagai ibu bapa kan.

Perkongsian pelakon Zahiril Adzim tentang anak lelakinya cukup menyentuh hati sesiapa yang membaca di instagramnya.

Si kecil bernama Nadi Anaqi yang baru berumur 4 tahun itu memberikannya sekeping nota yang ringkas namun cukup menyentuh hati.

“Dad you are so good. You can go to heaven,” tulis Anaqi di dalam surat berkenaan.

Itu luahan hati si kecil terhadap bapanya yang juga akan kesyurga kerana seorang yang baik.

“Alah, alah.. Allahumma ameen. Thank you buddy, we all gonna go into heaven, inshaaAllah.
.
“Kita doa untuk ibu bapa kita, anak – anak akan doa untuk kita,”tulis Zahiril di ruangan kapsyennya berkenaan surat tersebut.

Perkongsian Zahiril akan surat itu mendapat reaksi pengikut di laman tersebut. Rata-rata memuji akan cara Zahiril dan Shera Ayob membesarkan anak tunggal mereka itu dengan baik.

Doa Anak Soleh

azhan_rani @zahiriladzim Allahuakbar.. cuba ko minta anaqi tulis macam ni kat aku pulak.. tumpang doa dia boleh?❤️❤️?

fizah0505 Sebak baca..doa seorang anak…apalah yg diharapkan oleh seorg manusia..sudah pasti impiannya sama ingin ke syurga

hafna86312 Wow clever la @anaqi,br kck tu @zahiriladzim ,nnti bsr mmg lg pndai n smkn bjk

zettizawi Doa seorang anak yg soleh Insyaallah ALLAH makbulkan.

atiqahjamli Knp sweet sgt ni anaqi ? moga anaqi jd anak soleh, boleh sama2 pimpin tgn daddy & mummy ke jannah yea

deq_tie1717 @zahiriladzimAmeen..Alaaaa…sweetnya anaqi..semoga jadi anak yg soleh ya..very touching my heart la.

umaralkhattab2020 Terharunya doa anak terhadap ayahnya…hasil didikan ayah terhadap anaknya yg menjadikan anak yg soleh camni…terbaik bang.?@zahiriladzim

Cantiknya Tulisan

Tak kurang yang memuji tulisan Anaqi dalam usianya itu.

faaaatttihah his handwriting so cute & sweet as like him 🙂

nur.salwati.88 Cantiknye tulisan anaqi. ❤

fatenaquiah Cantik tulisan Anaqi

eddynnae_ Cute nyaa handwriting

tiharn89 @zahiriladzim masyallah dah pandai menulis ?. May Allah make him ur qurrotu a’yun bob & shera ?.

Sumber: IG zahiriladzim