Kepada keluarga yang menggemari yong taufu pasti akan ternanti-nanti adanya pasar malam di kawasan perumahan untuk dapat menikmati keenakan rasanya. Tapi tidak lagi sekiranya sudah tahu cara dan resipi untuk membuat kuahnya yang pekat dan berasa.
Malah dikatakan, bila kita sediakan sendiri kosnya jauh lebih menjimatkan. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Nor Husma Husin, dikatakan hanya RM 50 diperlukan untuk menyediakan sos berserta pelbagai pilihan frozen food untuk dimakan bersama-sama keluarga yang ramai. Memang cukup berbaloi.
Jadi apa kata, kali ini anda pula mencuba resipi ini dan dapatlah kiranya dijamah bersama-sama keluarga tercinta.
YONG TAUFU.
Ada penggemar yong taufu? Setiap kali teringin nak makan, saya akan masak sendiri. Ahli keluarga saya ramai, kalau beli di luar tak puas makan, kos pun tinggi.
Saya nak kongsikan resepi sos (sos hitam) dan kuah sup (hidangan yong taufu dengan kuah sup terkenal di sebelah Johor). Saya mention begini sebab ramai kenalan saya dari negeri lain agak pelik bila tahu yong taufu dimakan dengan sup.
Saya kongsikan bahan penyediaan yang sangat jimat dan berpatutan. Anggaran harga bahan memasak hanya RM50 saja (termasuk bahan isian yong taufu ya).
Ads
BAHAN A – SOS HITAM
6 sudu makan taucu
4 sudu makan tepung jagung
1 cawan kicap cair (kicap lemak manis)
8 sudu sos tiram
8 sudu gula pasir
6 cawan air (3 cawan untuk dikisar sekali, 3 cawan masukkan ke periuk untuk dikacau bersama selepas bahan-bahan tadi dikisar)
2 ketul kiub ikan bilis
Garam secukup rasa
[Edit]
**Jika nak rasa pedas, tambahkan 3-4 sudu cili kering kisar ya.
Ads
Kisar semua bahan di atas. Kemudian masak kesemua bahan kisar tadi sehingga sebati. Kuah perlulah sentiasa dikacau bagi mengelakkan kuah menjadi berketul-ketul. Jika terlalu pekat, tambahkan sedikit air panas hingga menampakkan ‘texture’ kuah menjadi sempurna.
Kalau sos hitam ni tak habis makan, boleh disejuk bekukan ya.
BAHAN B – KUAH SUP
Ads
3 ulas bawang putih – dititik
3 hiris halia
2 ketul kiub pati ikan bilis
Garam secukupnya
Sedikit gula (terpulang pada citarasa masing-masing)
Daun bawang
Bawang goreng
Air masak (anggaran 1 jug setengah)
Tumis bawang putih dan halia dengan sedikit minyak panas. Kemudian masukkan air masak diikuti kiub pati ikan bilis. Tambahan sedikit garam hingga cukup rasa. Masak hingga mendidih.
Kuah sup ini juga sesuai dijadikan air rebusan bahan isian yong taufu.
Menyimpan sayur terutama yang telah siap dipotong-potong supaya kekal segar dan tahan lama memerlukan cara yang betul. Hasilnya barulah sayur tidak lembik, busuk dan lebam. Memang memudahkan apabila kita dapat membuat stok sayur bagi memudahkan kerja-kerja memasak di dapur.
Trik Simpan Sayur Yang Siap Dipotong Supaya Tahan Lama & Tak Layu
Bagi menjimatkan masa, bahan masakan seperti sayur dan bawang akan dipotong siap-siap dan disimpan dalam peti sejuk. Ketika inilah kita berdepan dengan masalah sayur tidak tahan lama dan mudah layu jika tidak disimpan dengan baik.
Berikut dikongsikan tip menyimpan sayur siap potong agar kekal segar dan tahan lama.
Nampak Segar Walau Sudah Berhari-hari
BAHAN-BAHAN:
Sayur
Plastik pembungkus jernih/ziplock atau plastik aluminium (contoh plastik pembungkus keropok mini atau oat)
Tisu
CARA-CARA:
1. Ambil tisu dapur dan masukkan ke dalam plastik. Guna 2-3 keping.
2. Kemudian masukkan lebihan potongan sayur. Sebaiknya, simpan ikut jenis agar tidak bercampur. Jika guna plastik aluminium terpakai, lap dan bersihkan permukaan dalamnya menggunakan tisu dan alas dengan tisu kering sebelum memasukkan sayur.
3. Elakkan dari membasuh sayur menggunakan air kerana ia akan membuatkan sayur lebih cepat busuk. Basuh bila anda sedia untuk memasaknya. Tetapi jika lebihan sayur sudah dibasuh, keringkan sahaja lebihan airnya.
4. Kemudian masukkan sayur di dalamnya plastik dan buang udara dari dalam paket. Kemudian zip atau lipat kemas.
5. Simpan dalam peti sejuk di ruangan sayuran. Hasilnya, sayur yang dipotong boleh bertahan hingga 1 minggu tanpa layu.
Ayam goreng memang sukaan ramai. Boleh dikatakan ada yang mesti ada menu ayam goreng setiap hidangan. Jika tak ada memang tak selera lah!
Bukan itu sahaja, ayam goreng pun popular sebagai makanan fast food seperti KFC yang sedap dan rangup.
Jika nak tahu, selain beli ayam KFC, boleh je kita buat sendiri di rumah. Memang mudah nak buat.
Ikuti resipi bergambar oleh Nera Azlin melalui MAHN sehingga mendapat share tinggi sebanyak 3K share.
Nak dapatkan ayam goreng sama macam KFC boleh ikut step by step yg kt bawah ni ye, caption ada di gambar.saya CAMPUR TEPUNG BISTARI DENGAN TEPUNG PAK LONG. . Anak2 kata sama mcm sebijik ayam KFC, tak gaduh nk ke KFC dah…. kt rumah lagi sedap.. panas2 lagi.Teknik ni saya belajar masa praktikal traning kt KFC 20 tahun lalu.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jika sebelum ini ada antara kita yang menggemari sambal tempoyak atau ikan patin masak gulai tempoyak dan pelbagai menu berasaskan tempoyak, untuk membangkitkan lagi selera berbuka puasa.
Rupa-rupanya siapa sangka tempoyak ini ada keistimewaannya yang tersendiri.
Bukan sahaja sedap pada rasa, bahkan rugi jika dilepaskan begitu sahaja.
Sebenarnya tak ramai tahu rahsia tempoyak ni.
Ni 7 rahsia tempoyak yang ramai tak tahu
1. Tempoyak bukan cuma sedap tapi tempoyak ni penuh dengan bakteria baik ( probiotik ) untuk usus anak anak dan keluarga kita
2. Tempoyak ni terhasil daripada proses fermentasi antara garam dan durian. Sebaiknya tempoyak ni dimakan terus sahaja tanpa dipanaskan atau dimasak untuk menjaga kandungan bakteria baik di dalamnya
3. Mengikut kajian dalam tempoyak ni ada 7 strain Lactobacillus iaitu L. plantarum, L. fermentum, L. crispatus, L. reuteri, and L. pentosus. Kesemua spesis ni mempunyai aktiviti oksidan yang tinggi
4 . Aktiviti oksidan yang tinggi ni dikaitkan dengan kemampuan untuk mencegah penyakit kanser juga sebenarnya
5. Dalam usus kita, ada bakteria baik, ada bakteria jahat. Jika jumlah bakteria jahat lebih banyak dan tak seimbang, itulah saatnya penyakit berbahaya akan mula menyerang kita sekeluarga
6. Sebab tu lah tempoyak ni bukan cuma penaik selera makan kita sekeluarga. Tempoyak ni juga adalah penaik imuniti badan dan perencat kuman jahat di dalam usus.
7. Itulah kenapa saya ajarkan anak anak saya untuk jatuh cinta dengan tempoyak kerana saya percaya kita tak perlu makanan mewah dan mahal mahal pun untuk menjaga kesihatan keluarga kita
Tolong bagitahu rahsia ni pada ahli keluarga kita yang belum tahu ya.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...