Nak Elak Nasi Cepat Basi, Kena Cuba 7 Petua Ini. Cukup Mudah dan Pasti Berkesan!
Nasi adalah makanan ruji masyarakat kita. Ada yang tidak boleh andai seharian tidak mengambilnya. Namun, adakalanya nasi yang dimasak tidak bertahan lama dan basi.
Mungkin kah cara atau teknik memasak anda penyebab nasi mudah basi? Apakah petua masak nasi dengan betul untuk mengelakkan daripada cepat basi?
Jom cuba 7 petua masak nasi ini untuk membantu mengelakkan nasi yang dimasak daripada cepat basi.
1. BASUH HINGGA BERSIH
Sesetengah orang kata, jangan basuh nasi banyak kali kerana risau semua nutrisi akan keluar. Walaubagaimanapun, jika beras hanya dicuci sekali, ia cenderung akan menjadi cepat basi.
Apa yang anda boleh lakukan adalah mencucinya dengan betul dan pastikan air bilasan beras betul-betul keluar sebelum mencuci kali lagi buat kali kedua atau ketiga.
Selain itu, anda boleh cuba membuat bilasan terakhir dan memasak nasi menggunakan air dari mesin penapis sekiranya ada di rumah.
2. PASTIKAN PERIUK DICUCI BERSIH
Salah satu lagi penyebab masalah nasi cepat basi adalah kerana adanya kotoran atau nasi yang masih melekat pada periuk yang digunakan. Jika diperiksa dengan teliti pada bahagian dalamannya, mungkin terdapat bahagian yang dikotori dengan karat atau kesan wap nasi. Ini boleh menjejaskan fungsi ‘rice cooker’ dan kualiti nasi anda.
Oleh itu, pastikan anda mencuci periuk nasi dengan bersih setiap kali selesai menggunakannya.
3. PERAHKAN LIMAU NIPIS
Ads
Sebelum nasi dimasak, perahkan setengah biji limau nipis ke dalam 2-3 pot beras yang dah disukat dengan air. Jangan khuatir, rasa nasi tidak akan berubah meskipun ia telah ditambah dengan perahan limau ini.
Malah, ia menjadikan nasi lebih harum dan tahan lama kerana keasidannya.
4. HILANGKAN WAP NASI SELEPAS DIMASAK
Apabila nasi dimasak dengan rice cooker, jangan lupa buka penutupnya sebaik saja butang ‘cook’ berubah kepada ‘warm’.
Kais-kaiskan sedikit nasi supaya nasi masak secara rata dan biarkan wap yang terkumpul keluar daripada periuk. Dengan cara ini, nasi tidak akan menjadi lembab. Sebelum menutup semula nasi tadi, lapkan penutupnya dengan kain bersih.
Petua masak nasi ini bukan saja menjadikannya tahan lama, tetapi juga menjadikannya teksturnya lembut dan berderai dengan elok. Seperkara lagi, pastikan anda mencabut plug ‘rice cooker’ sekiranya nasi tidak akan dimakan dalam masa terdekat.
Ads
5. MASUKKAN SECUBIT GARAM
Selepas mencuci beras dan menyukat air, masukkan secubit garam ke dalam periuk.
Tujuan memasukkan garam adalah supaya nasi yang masak lebih tahan lama, sedap dan kenyal.
6. PANASKAN PERIUK NASI ATAS DAPUR
Kadang-kadang kita terlupa ada nasi dalam periuk semasa balik kampung. Maka, nasi pun berulat dan berair. Walaupun dah dicuci banyak kali, mungkin bakteria masih ada yang aktif dan menyebabkan nasi mudah basi selepas itu.
Ads
Untuk mengatasi masalah ini, pengguna Facebook, Puan Suaida Salehudin menyarankan agar telingkupkan periuk nasi atas dapur, kemudian nyalakan api. Tindakan ini dapat membunuh semua bakteria yang masih tinggal sekaligus menjadikan nasi yang dimasak tahan lebih lama.
Tambahnya lagi, petua masak nasi turun-temurun ini memang berkesan dan nasi yang dimasak takkan basi walaupun dah 2 hari.
7. MASAK AIR DALAM PERIUK NASI
Cara ini mungkin mempunyai fungsi yang sama dengan tips ke-6 di atas.
Isikan air di dalam periuk nasi sehingga penuh. Kemudian, masak di atas dapur gas sehingga air mendidih. Boleh memasukkan beberapa helai daun pandan ketika proses ini. Dapur akan wangi semerbak.
Menurutnya, proses masak air sehingga mendidih di dalam periuk nasi ini tidak perlu dilakukan setiap kali hendak masak nasi. Memadai melakukankannya sekali sebulan untuk menjamin ketahanan nasi.
MUDAH BUKAN?
Inilah beberapa petua masak nasi yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan kualiti dan menjaga ketahanannya. Jadi, tiada masalah lagi kalau anda terlupa menyimpannya dalam peti sejuk.
Walaubagaimanapun, ia juga bergantung kepada faktor lain seperti suhu persekitaran, teknik sukatan air, dan jenis beras yang digunakan.
Sekiranya anda mempunyai tips lagi, bolehlah kongsikan kepada kami. Mudah-mudahan dapat dimanfaatkan oleh ramai orang di luar sana.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dah jadi kebiasaan masyarakat kat Malaysia ni, kalau sarapan je makan nasi lemak, roti canai, nasi goreng, mi/mihun/koeyteaw goreng atau kuih muih. Dihidangkan pula menu tadi dengan minuman hangat awal pagi yang semestinya menjadi kombinasi lengkap untuk sarapan seperti teh tarik, teh o, milo atau kopi.
Tapi… Pernah tak seumur hidup anda merasai makanan zaman dulu-dulu iaitu biskut lemak tumis telur? Dengar macam sedikit pelik, tapi rasanya enak! Siapa sangka biskut kering yang selalu dicicah air tu bila tums dengan telur dan bawang boleh menjadi menu yang sedap? Nak tahu kehebatannya, rasalah sendiri ikut resipi ini!
RESEPI BISKUT LEMAK TUMIS TELUR, MENU RARE UNTUK SARAPAN
Kalau anda tak percaya dan tertanya-tanya bagaimana rasa menu istimewa tersebut, apa kata cuba buat sendiri resepi yang dikongsi oleh Aqilah Idris di laman TikToknya.
Bahan-bahan diperlukan:
Sebiji bawang besar
3 biji telur
15 keping biskut
Sedikit kicap, daun sup dan garam
Cara penyediaan:
1. Patahkan biskut kering. Ketepikan.
2. Tumis bawang besar merah sehingga layu.
3. Kemudian, masukkan 3 biji telur, kicap manis dan biskut yang dipatah-patahkan.
4. Gaul sebati dan perasakan dengan sedikit lada putih serta garam.
Bagaimanapun, meninjau di ruangan komen rata-rata mengakui pertama kali tahu kewujudan menu ini yang sedikit pelik bagi mereka. Dalam pada masa yang sama, ada juga yang pernah merasai menu ini hasil dari tunjuk ajar atuk ahli keluarga mereka dulu-dulu!
Sesekali melayan selera keluarga dengan menu berbeza daripada biasa, tentu membuatkan anak beranak teruja di meja makan. Apatah lagi jika menu tersebut berasaskan ketam, memang terbaiklah!
Ketam selain enak dimasak lemak cili padi, sambal atau pun digoreng ringkas, bahkan lain macam keenakan rasanya bila menikmati ketam di masak bersama telur masin. Rasanya memang istimewa dan rugi kiranya andai tidak dicuba sendiri untuk menyediakannya.
Sudah tentu ada yang mengemari Popia Sira Sambal. Rasanya yang enak itu sesuai buat yang gemar mengunyah sambil tengok tv.
Ia merupakan kudapan yang sering dibuat pada hujung minggu. Namun walaupun nampak senang aje nak buat, jika salah resipi, makanan ini akan menjadi tidak rangup.
Jika nak tahu caranya nak buat Popia Sira Sambal jadi sangat sedap dan kekal rangup hingga ke petang ikuti cara wanita ini. Dia berkongsi resipi peniaga yang menjadi rahsia supaya makanan ini jadi lebih sedap.
CARA BUAT POPIA SIRA GARING KRUPP KRAPP SAMPAI PETANG!
Ada rahsia yang peniaga tak bagitau nak buat sambal sira bagi keras dan melekat pada popia bila dah sejuk, tanpa buatkan popia jadi lembik walaupun kita tambah air pada sambal. BACA sampai habis ye. RAHSIA terpenting ada kat cara-cara tu.Bahan A 1 plastik kulit popia (50 keping)
Bahan B Inti RM 2 taugeh 2 batang lobak Hiris panjang ², dan tapis bagi air tersejat Inti tak perlu masak, cukup basuh dan toskan. If korang masak, makin layu lah sayur tu bila goreng nanti.
Bahan C Segenggam cili kering 668(pedas) atau Segenggam cili kering kelantan(warna merah cantik) atau nak campur kedua nya pun boleh. Gunting dan blend dengan air. *memang takde bawang. Jimat kos kalau nak meniaga ni.
Cara-cara: 1. Balut popia dengan inti sayur. Lipat je, macam lipat kain.. Buat gam dia, pakai air atau bancuh 1 sb tepung gandum dengan air bagi LIKAT dah boleh jadi gam.
2. Then nak goreng popia tu, apinya sederhana je ye.. kekuningan tu okay dah.. Pastu tos minyak.
2. Pastu buat sambal dia pulak. Masak cili dulu dengan minyak, sampai betul pecah minyak. Lepastu masukkan 3sb GULA BATU dan 6sb Gula Pasir.. ha ni lahh RAHSANYA: gula batu.. Okay kacau sampai berbuih-buih macam berbuih mulut korang nak suruh anak sidai tuala lepas mandi (Ikutlah korang nak tambah garam atau cuka setitik dua, akan buatkan sos sira lagi sedap sebab balance rasa masam, masin dan manis) Ada yg kata, air penyebab popia jadi lembik.. ok sbnarnya tak.. Akak dah buat eksperimen..Ada baki² sambal lepas dia mengeras atas kuali, akak tambah air dan dia akan LIKAT balik.. Bila akak gaul dengan popia tu, eh eh elok tak lembik pun popia tuu..
3. Bila dah berbuih, tutup api, masukkan je terus popia tu. Eh tak lembik ke popia tu kak masuk time panas²?
Tak lahhhh sebab akak dah eksperimen.. Tapi kalau nak masukkan popia masa sambal dah suam sikit pn boleh.. Cuma jangan masuk time sos sira sejuk, sebab sos sira akan mengeras nanti.. susah pulak nak salut kat popia.. errr faham ke ni..
4. Lepas gaul, tabur kan bijan.
5. Nak masukkan dalam bekas, Tunggu sejuk dulu ye, sebab nanti berwap dan popia jadi lembik. pastu ngapp lahh.. Rahsia yg sama juga digunakan untuk kuih KERIA, pakai gula batu ye.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...