Dalam diam-diam, pelakon Nad Zainal rupa-rupanya kini sedang hamil anak kedua.
Berita gembira tersebut dikongsikan pelakon Hati Yang Tersakiti menerusi laman instagramnya. Menurut Nad Zainal, usia kandungannya kini sudah masuk empat bulan.
“Bismillahirahmanirrahim. my 9 months journey begins. YEM NAK JADI ABANG LONG.
‘”2021, bukan lagi ber 3 bakal ber 4,” tulis Nad dikapsyennya.
Dalam pada itu, Nad turut menafikan sambil berseloroh bayinya itu bukan ‘hasil’ PKP.
“Semua orang cakap baby PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), bukan. Masa PKP tak ada masa ‘buat’ (seloroh).
“Sebenarnya memang ada perancangan untuk tambah anak tahun ini atau tahun depan. Lagipun anak sulung dah besar. Saya tahu (hamil) lepas dua minggu ketika penggambaran dengan Remy dan Mimi Lana (drama Hati Yang Tersakiti),” katanya
.Menurut Nad lagi, anak sulungnya, Fahad Ibrahim Muhammad Faliq, 4, juga sudah tidak sabar untuk menerima kehadiran adiknya.
“Dia sangat teruja, setiap hari tanya bila baby nak keluar. Setiap kali itu kena terangkan pada dia,
“Dah lama tak ada anak kecil di rumah, jadi semua orang pun teruja,” katanya.
Ujar Nad, keadaan kesihatannya juga semuanya baik-baik sahaja sepanjang di awal tempoh kehamilan tanpa alahan teruk.
Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 30, mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015.
Pasangan tersebut dikurniakan anak sulung yang mesra dengan panggilan Yem pada 14 Oktober 2016.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club https://t.me/keluargagaderclub
Sumber: nad.zainal