YB Nurul Izzah Kongsikan 10 Benda Wajib Ada Dalam Kit Kecemasan Anak-anak, Tarik Perhatian Warganet!

Share

Seperti tahun-tahun sebelumnya, setiap kali  hujung tahun menjadi kelaziman berdepan dengan musim tengkujuh. Ini bermakna kita dan ahli keluarga yang lain perlu lebih berwaspada untuk menghadapi bencana banjir ini.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

 

Apatah lagi dapat dilihat beberapa tempat di negara ini sudah pun dinaiki air. Oleh itu persediaan perlu ditingkatkan memandangkan bencana banjir ini boleh berlaku di mana-dimana jua sejak kebelakangan ini.

Baru-baru ini dapat dilihat dalam satu perkongsian Ahli Parlimen Permatang Pauh YB Nurul Izzah di laman Facebook tentang 10 benda yang wajib ada dalam kit bencana untuk kanak-kanak.

Perkongsian ini sudah pasti menjurus kepada kanak-kanak yang sering menjadi keutamaan jika ada apa-apa bencana yang berlaku selain golongan tua.

Oleh itu YB Nurul Izzah berkongsi 10 barangan yang wajib ada di dalam bag kecemasan untuk persiapan menghadapi banjir

1.Beg Kalis Air

Beg ini sangat penting untuk memastikan semua barangan yang tersimpan di dalamnya selamat daripada terkena air banjir.

  1. Air mineral dan makanan tahan lama

Sepertimana kita tahu, berdepan dengan banjir bekalan air dan makanan adalah sangat sukar untuk diperolehi dek kerana terputus hubungan. Jadi adanya bekalan air mineral dan makanan kering dapat mengurangkan rasa lapar kanak-kanak sementara menanti pihak penyelawat memberikan bantuan.

3.Baju hujan

Baju hujan perlu dipakai bagi mengelakkan hujan membasahi kanak-kanak yang boleh mengakibatkan anak-anak kesejukan dan akhinya boleh jatuh sakit.

  1. Buku aktiviti mewarna dan pensen warna

Barangan ini diperlukan oleh kanak-kanak agar mereka dapat melakukan aktiviti apabila dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sekali gus dapat mengisi masa yang terluang dengan aktiviti yang bermanfaat.

5.Ziplock bag

Ziplock bag juga diperlukan untuk pastikan dokumen atau buku anak-anak tidak basah terkana air hujan.

  1. Selimut haba kecemasan

Selimut ini sangat penting bagi golongan kanak-kanak untuk membekalkan haba atau mengembalikan suhu badan mereka kepada suhu yang asal selepas hujan melanda.

7.Kit kebersihan

Kit Kebersihan ini diperlukan untuk golongan kanak-kanak supaya kebersihan diri sentiasa terjaga. Hal ini kerana ketika berada di PPS, rata-rata bekalan seperti sabun, ubat gigi dan sebagainya agak sukar diperolehi, selain faktor kepadatan lokaliti yang memberi risiko kepada kebersihan.

8.First aid kit

Kelengkapan ini akan memberi persediaan awal kepada golongan kanak-kanak sekiranya mereka mengalami kecederaan atau luka agar lebih cepat dapat dirawat.

9.Wisel

Lengkapkan juga dengan wisel untuk digunakan ketika ingin meminta pertolongan. Dengan adanya wisel ini pasukan keselamatan ini akan mudah mengetahui keberadaaan gologan kanak-kanak melalui pendengaran.

10.Glowstick

Glowstick digunakan bertujuan untuk memberitahu keberadaan kita kepada pasukan penyelamat  pada waktu malam. Penggunaan ‘glowstick’ ini perlu dipatahkan terlebih dahulu sebelum menggunakannnya. Dengan cahaya yang dibekalkan, maka pasukan penyelamat akan mudah mengesan keberadaan golongan kanak-kanak tersebut.

Meninjau di ruangan komen untuk perkongsian video  YB Nurul Izzah ini, nyata mendapat perhatian wargamaya dan ramai juga memberi pujian di atas keperihatinan YB dalam menghadapi banjir dan memberi bantuan beg kecemasan banjir di musim tengkujuh ini khas untuk kanak-kanak.

ARTIKEL BERKAITAN : Nurul Izzah Kembali Bergelar Isteri, Wargamaya Tumpang Gembira!

LAGI ARTIKEL MENARIK : Pengajaran Banjir Di Lembah Klang, Lelaki Ini Senarai 25 ‘To Do List’ , Siap Sedia Bila Berlaku Bencana!

Sumber : Nurul Izzah Anwar

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI