Seperti tahun-tahun sebelumnya, setiap kali hujung tahun menjadi kelaziman berdepan dengan musim tengkujuh. Ini bermakna kita dan ahli keluarga yang lain perlu lebih berwaspada untuk menghadapi bencana banjir ini.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Apatah lagi dapat dilihat beberapa tempat di negara ini sudah pun dinaiki air. Oleh itu persediaan perlu ditingkatkan memandangkan bencana banjir ini boleh berlaku di mana-dimana jua sejak kebelakangan ini.
Baru-baru ini dapat dilihat dalam satu perkongsian Ahli Parlimen Permatang Pauh YB Nurul Izzah di laman Facebook tentang 10 benda yang wajib ada dalam kit bencana untuk kanak-kanak.
Perkongsian ini sudah pasti menjurus kepada kanak-kanak yang sering menjadi keutamaan jika ada apa-apa bencana yang berlaku selain golongan tua.
Oleh itu YB Nurul Izzah berkongsi 10 barangan yang wajib ada di dalam bag kecemasan untuk persiapan menghadapi banjir
1.Beg Kalis Air
Beg ini sangat penting untuk memastikan semua barangan yang tersimpan di dalamnya selamat daripada terkena air banjir.
Air mineral dan makanan tahan lama
Sepertimana kita tahu, berdepan dengan banjir bekalan air dan makanan adalah sangat sukar untuk diperolehi dek kerana terputus hubungan. Jadi adanya bekalan air mineral dan makanan kering dapat mengurangkan rasa lapar kanak-kanak sementara menanti pihak penyelawat memberikan bantuan.
Ads
3.Baju hujan
Baju hujan perlu dipakai bagi mengelakkan hujan membasahi kanak-kanak yang boleh mengakibatkan anak-anak kesejukan dan akhinya boleh jatuh sakit.
Buku aktiviti mewarna dan pensen warna
Barangan ini diperlukan oleh kanak-kanak agar mereka dapat melakukan aktiviti apabila dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sekali gus dapat mengisi masa yang terluang dengan aktiviti yang bermanfaat.
5.Ziplock bag
Ziplock bag juga diperlukan untuk pastikan dokumen atau buku anak-anak tidak basah terkana air hujan.
Selimut haba kecemasan
Selimut ini sangat penting bagi golongan kanak-kanak untuk membekalkan haba atau mengembalikan suhu badan mereka kepada suhu yang asal selepas hujan melanda.
7.Kit kebersihan
Kit Kebersihan ini diperlukan untuk golongan kanak-kanak supaya kebersihan diri sentiasa terjaga. Hal ini kerana ketika berada di PPS, rata-rata bekalan seperti sabun, ubat gigi dan sebagainya agak sukar diperolehi, selain faktor kepadatan lokaliti yang memberi risiko kepada kebersihan.
Ads
8.First aid kit
Kelengkapan ini akan memberi persediaan awal kepada golongan kanak-kanak sekiranya mereka mengalami kecederaan atau luka agar lebih cepat dapat dirawat.
9.Wisel
Lengkapkan juga dengan wisel untuk digunakan ketika ingin meminta pertolongan. Dengan adanya wisel ini pasukan keselamatan ini akan mudah mengetahui keberadaaan gologan kanak-kanak melalui pendengaran.
10.Glowstick
Glowstick digunakan bertujuan untuk memberitahu keberadaan kita kepada pasukan penyelamat pada waktu malam. Penggunaan ‘glowstick’ ini perlu dipatahkan terlebih dahulu sebelum menggunakannnya. Dengan cahaya yang dibekalkan, maka pasukan penyelamat akan mudah mengesan keberadaan golongan kanak-kanak tersebut.
Ads
Meninjau di ruangan komen untuk perkongsian video YB Nurul Izzah ini, nyata mendapat perhatian wargamaya dan ramai juga memberi pujian di atas keperihatinan YB dalam menghadapi banjir dan memberi bantuan beg kecemasan banjir di musim tengkujuh ini khas untuk kanak-kanak.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Melihat perbezaan api dapur gas yang telah lama digunakan, dulunya berwarna biru dan kini berwarna merah bahkan nyalaan juga kecil tentu tidak puas hati dibuatnya. Tak akan sebab ini hendak dibeli yang baharu.
Oleh itu, cubalah lakukan service yang dikongsikan oleh saudara Abdul Ghopar Zakaria Ansari.
Ini perkongsiannya.
Projek d.i.y menservis dapur gas isteri.Hari ni berjaya menyelamatkan dua dapur gas milik isteri.
Perkongsian ini pernah diviralkan. Hari ni diperincikan lagi step-stepnya.Semua orang boleh lakukannya.
Barang-barang yang diperlukan.
1.Playar.
2.Spray anti karat WD40.
3.Pemutar skru jenis bunga dan philips.
4.Klip kertas.
5.Surat khabar lama.
Step-stepnya ada setiap gambar ya.
STEP 1 : Tanggalkan tungku dari injap gas dengan mencabut pin di bahagian bawahnya.
STEP 2 : Selesai tanggalkan tungku dari injap gas.Cuba buka skru untuk pisahkan injap gas dan paip gas. Jika terlalu ketat tidak perlu dipisahkan.
Dalamnya ada getah seal dan akan nampak injap gas berlubang besar dan kecil bagi mengawal penggunaan gas.
Bagi golongan wanita yang ingin melakukannya sendiri tidak perlu keluarkan injap dan paip gas ini. Terus cucuk klip kertas ke saluran injap gas.
STEP 3 : Injap dan paip gas dikeluarkan sepenuhnya.
STEP 4 : Ambil spray anti karat dan semburkan ke dalam bahagian penyambung antara tungku dan injap gas. Kemudian gunakan klip kertas untuk mencucuk lubang halus di injap gas.
STEP 5 : Kesan lapisan minyak dari lubang injap gas. Lapisan minyak ini akan bertukar menjadi kerak minyak dan membuatkan saluran injap gas tersumbat.
EKSTRA INFO
Ini ada contoh retakan pda bahagian fire starter. pulas-pulas tetapi api tidak menyala dan perlu guna surat khabar atau external fire starter untuk hidupkan dapur gas.
Usah khuatir, ketuk sedikit bahagian besi supaya retakan menjadi rapat. Ianya tidak membahayakan.
Taraaaaaa..Sudah siap di servis.Dapur ini
telah dua tahun digunakan.
Dapur yang dijaga dengan baik mampu
bertahan lebih lama.
Jika perumahnya dan paip gas sudah
terlalu uzur dinasihatkan tukarlah yang
baru ya.
Selamat mencuba.
Sumber : Abdul Ghopar Zakaria Ansari
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Merancang kewangan keluarga sebenarnya memerlukan ketelitian dan pengetahuan dalam mengurus wang agar sumber yang ada tidak dibazirkan. Kita tidak mahu berlakunya saban bulan, duit gaji ‘lesap’ begitu sahaja tanpa ada simpanan.
Jika sebelum ini anda rancang kewangan secara sendiri-sendiri, apa kata kali ini cuba pula libatkan isteri dan lantik sebagai ‘Gabenor Bank Keluarga’ sebagaimana yang disarankan oleh Dr Azizul Azli Ahmad, Perunding Kewangan ini.
LANTIK ISTERI JADI GABENOR BANK KELUARGA
Jika selama perkahwinan ini gaji kita hanya mampu bertahan dua minggu sahaja, minggu berikutnya berbaki RM10.37 sahaja.
Sudah masanya, kita melantik isteri sebagai Gabenor Bank Keluarga kita. Saya yakin para isteri mampu memainkan peranan sebagai penentu bajet keluarga.
Tugas gabenor baru;
+ Tahu gaji suami berapa
+ Sediakan perancangan kewangan keluarga
+ Catat segala belanja
+ Usaha kurangkan belanja tidak perlu.
+ Sediakan panduan perbelanjaan keluarga
+Berusaha tingkatkan pendapatan keluarga
+ Sediakan hukuman jika langgar panduan perbelanjaan keluarga.
+Rancang, bila nak ada rumah pertama
Langkah pertama tunjuk slip gaji pada isteri dan biarkan mereka merancang kewangan keluarga.
Kita ternyata gagal. Buku Penyata Perancangan Wang Keluarga (BPPKK) oleh Bank Negara hanya seringgit cuma jika beli di BNM. Isi bersama sambil tonton Maharaja Lawak Mega atau Berita TV3.
Sudah masanya kita tukar jurulatih yang lain jika pasukan kita tak pernah menang liga, asik jaring gol sendiri aja.
Isteri mesti teruja jika kita lantik mereka jaga belanja keluarga bersama. Tetapi pastikan isteri kita bukan ‘kaki Lazida dan Shopie sepanjang masa. Gelap masa depan keluarga kita’
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit, pepatah yang sesuai dengan seorang lelaki yang bersungguh-sungguh menyimpan wang hasil perniagaannya sehingga tabungannya mencecah sekitar 167 juta rupiah (anggaran RM48,904).Perkongsian ini di muat naik oleh CNN Indonesia berkongsi tentang peniaga makanan bergoreng di Bulukumba, Sulawesi Selatan bernama Eril itu dikatakan menyimpan wang keuntungan berniaga sejak Oktober 2020 yang lalu.
Hasil sisihan keuntungan daripada warung gorengannya, Eril berjaya memperoleh simpanan sekitar RM48,904 selepas membuka tabungnya pada September baru-baru ini.
Menerusi video dikongsikan pemuda itu di laman TikTok, dia bersama ibu bapanya mengira wang tabungan yang disimpan di dalam tong di rumah mereka.
Di dalam video berkenaan, kelihatan pemuda itu menangis gembira atas kejayaan menyimpan wang tersebut dalam tempoh 11 bulan sahaja.
Berkat usaha gigih dan bijak menyimpan inilah hasilnya. Sangat berinspirasi cara pemuda ini.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...