Meskipun berjauhan dengan suami, pelakon dan penyanyi, Bella Astillah selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah hospital pada jam 6.10 pagi Sabtu.

Bella, 26 tahun yang meupakan isteri kepada Aliff Aziz itu tiba di hospital kira-kira jam 3.30 pagi dan melalui proses bersalin selama dua jam setengah.

“Syukur alhamdullilah, saya sudah selamat bersalin. Terima kasih tidak terhingga kepada yang sentiasa mendoakan saya.

“Yayy, it’s our first wefieee🤱🏻”

“Sampai Hospital tadi 3.30am, my baby princess keluar jam 6.10am, Alhamdulillah 🤲🏻❤️ (abang dulu 1 jam setengah, adik ni 2 jam setengah 😂,” tulisnya sambil berkongsi swafoto bersama anak keduanya itu di instagram miliknya.

IKLAN

Selain dari peminatnya, rakan artis juga antara yang membanjiri ruangan komen di postingnya itu dengan ucapan tahniah atas kelahiran anak keduanya itu.

‘Yayy, it’s our first wefie!’ Alhamdulilah.. Bella Astillah Selamat Melahirkan Anak Kedua ‘Yayy, it’s our first wefie!’ Alhamdulilah.. Bella Astillah Selamat Melahirkan Anak Kedua

IKLAN

Sebelum ini, Bella sempat berkongsi kebimbangannya di Story Instagram apabila masih belum ada tanda-tanda untuk bersalin meskipun kandungannya sudah mencecah 40 minggu.

Walaupun tanpa suami di sisi menemani proses kelahiran itu, tapi mereka sentiasa berhubung dan Bella yakin doa suaminya sentiasa bersama walau sudah beberapa bulan tidak berjumpa akibat penularan Covid-19.

‘Yayy, it’s our first wefie!’ Alhamdulilah.. Bella Astillah Selamat Melahirkan Anak Kedua

IKLAN

Pada April lalu, Bella berkongsi mengenai kehamilan anak kedua itu selepas memutuskan untuk rujuk semula dengan Aliff selepas bercerai pada 1 Mei tahun lalu.

Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Mohammad Ayden Adrean, 3.

‘Yayy, it’s our first wefie!’ Alhamdulilah.. Bella Astillah Selamat Melahirkan Anak Kedua

Sumber : Bella Astillah

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI