“Ingin Bebas & Bersamamu Semula….”- Yasin Buat Lagu Dalam Penjara Bikin Hati Pilu!

Share

Umum mengetahui bahawa bekas penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman, kini didakwa atas tuduhan mengedar dadah jenis kanabis. Dia kini ditahan di Penjara Sungai Buloh.

Terbaru menerusi Instagram miliknya, paparan muat naik sebuah lagu baharu ciptaannya ketika di sana. Difahamkan kini akaun Instagramnya dikendalikan oleh ahli keluarganya.

“Lagu ini dicipta oleh Yasin semasa di Penjara Sungai Buloh. Yasin meminta lirik lagu ini dikongsikan di instagram untuk sahabat, teman dan peminat.”

Lagu yang bertajuk ‘Bebaskan Aku’ mengambarkan meminta pertolongan dibebaskan dari tirai besi itu. Antara lirik lagu adalah:

“Bebaskan aku, Ku utuskan kata-kata di sebalik tirai besi, Tanpa dapat ku titiskan air mata sepi.

Bila ku katakan semuanya baik di sini, Ku tak ingin engkau rasa susah hati.

Hatiku berkecai seolah sudah tiada, Dan jiwaku ini terus meronta. Ingin bebas dan bersamamu semula.

 

 

 

 

Untuk rekod, Yassin berdepab dengan kesalahan di bawah seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6B (3) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang daripada enam sebatan, jika sabit kesalahan.

 

Penyanyi itu turut didakwa mengedar dadah berbahaya jenis ganja anggaran berat 214 gram di lokasi, masa dan tarikh sama.

Dia dituduh di bawah Seksyen 39B(1)(a) ADB dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) akta sama. Jika disabitkan kesalahan hendaklah dijatuhi hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, perlu disebat tidak kurang 15 kali.

Sumber: yasinsulaiman

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club