
Umum mengetahui bahawa bekas penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman, kini didakwa atas tuduhan mengedar dadah jenis kanabis. Dia kini ditahan di Penjara Sungai Buloh.
Terbaru menerusi Instagram miliknya, paparan muat naik sebuah lagu baharu ciptaannya ketika di sana. Difahamkan kini akaun Instagramnya dikendalikan oleh ahli keluarganya.
“Lagu ini dicipta oleh Yasin semasa di Penjara Sungai Buloh. Yasin meminta lirik lagu ini dikongsikan di instagram untuk sahabat, teman dan peminat.”
Lagu yang bertajuk ‘Bebaskan Aku’ mengambarkan meminta pertolongan dibebaskan dari tirai besi itu. Antara lirik lagu adalah:
“Bebaskan aku, Ku utuskan kata-kata di sebalik tirai besi, Tanpa dapat ku titiskan air mata sepi.
Bila ku katakan semuanya baik di sini, Ku tak ingin engkau rasa susah hati.
Hatiku berkecai seolah sudah tiada, Dan jiwaku ini terus meronta. Ingin bebas dan bersamamu semula.“
Untuk rekod, Yassin berdepab dengan kesalahan di bawah seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6B (3) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang daripada enam sebatan, jika sabit kesalahan.
Penyanyi itu turut didakwa mengedar dadah berbahaya jenis ganja anggaran berat 214 gram di lokasi, masa dan tarikh sama.
Dia dituduh di bawah Seksyen 39B(1)(a) ADB dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) akta sama. Jika disabitkan kesalahan hendaklah dijatuhi hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, perlu disebat tidak kurang 15 kali.
Sumber: yasinsulaiman
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Risau Tak Berduit, Amalkan Beberapa Tip Ni Agar Rezeki Tak Putus & Hati Terasa Tenang!

Perancangan kewangan adalah sangat penting terutamanya jika kita sudah berkeluarga. Menyediakan makanan, tempat tinggal, pakaian dan sebagainya untuk anak-anak dan keluarga semuanya perlukan wang.
Andai duit sentiasa ada, tidaklah merungsingkan fikiran. Pun begitu, duit ini jika tidak diurus dengan baik, walau segunung sekali pun akan habis juga akhirnya. Lantaran itu kita perlu tahu cara atau amalan yang betul dalam menguruskan kewangan.
Di sini dikongsikan tip untuk anda praktikkan dan apa yang lebih menariknya jika diamalkan akan dapat mendidik diri berasa tenang walau diuji dengan wang simpanan yang semakin susut. Maklumlah hidup ini ada pasang surutnya.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
5 Tips Untuk Kita Sentiasa Tenang Bila Duit Makin Susut
Kalau boleh. Kita nak duit sentiasa ada. Bukak wallet. Duit ada hati lega. Duit makin kurang hati gelisah. Duit takde lagilah tak tentu arah.
Okeh ada 5 tips untuk kita supaya relaks, happy dan tenang. Walaupun bukak wallet, tapi kosong duit tak ada.
#Tips1
Setiap Kali kita terima duit. Asingkan kepada 3 bahagian. Untuk kegunaan, simpanan dan sedekah.
Duit sedekah boleh disedekahkan setiap hari atau setiap Jumaat atau pun setiap hujung bulan. Tak kisah. Terpulang pada pemberi sedekah. Sedekahkan setiap hari amatlah digalakkan.
Sekiranya biz online. Dapat je sales. Duit untung tu Boleh bahagikan 3. Duit modal tu simpan jejauh. Nak guna untuk restok barang. Senang. Duitnya dah ada.
#Tips2
Sekiranya setiap hari dah ada duit untuk simpanan tu. Setiap hari lah ke bank untuk menyimpan. Masukkan ke akaun bank tertentu. Mudah sangat sekarang ni transfer online je akaun tersebut. Klik je dihujung jari, then lupakan duit simpan tu. Tak payah nak kira berapa dah dapat simpan. Simpan dan tutup mata.
#Tips3
Bila keluarkan duit dari wallet. Tenangkan fikiran. Senyum. Iringi baca ayat 54 dari surah sad. “Inna haza larizquna maalahu minnafad”, bermaksud “sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak habis habis”
Baca dan fahami maksudnya. Masa kita baca sambil faham maksudnya hati kita yakin bahawa rezeki dari DIA. So walaupun duit tinggal seposen je pun dalam wallet. Hati dan minda kita tetap tenang kan.
#Tips4
Bila dapat saja duit. Masukkanlah duit dalam wallet dengan iringi ucapan Alhamdulillah ataupun baca Surah Al Fatihah. Amalan ini kita mensyukuri segala apa yang kita dapat.
Kan janji Allah. Setiap kali kita mensyukuri nikmat Allah pasti Allah tambah lagi nikmat pada kita.
#Tips5
Biasakan baca asmaul husna Ya Mughni (Maha Memberi Kekayaan). Bacalah 1000x setiap hari atau pun sebanyak yang boleh.
Bila kita sentiasa berzikir. Hati dan minda kita tenang. Kita akan sentiasa ingat padaNya.
So bila wallet kosong tak ada duit pun. Masih boleh senyum dan sentiasa berusaha ke arah kebaikan.
Banyak lagi sebenarnya doa, ayat al Quran, asmaul husna serta amalan yang boleh kita buat.
Kuncinya bila kita tenang. Apa jua kesulitan pasti Allah mudahkan. Paling penting. Tiang agama sentiasa ditegakkan. Itu yang wajib. Akhir sekali. Allah pasti bantu kita.
“Sesungguhnya, cara Allah memberi jalan keluar, tidaklah seperti cara yang kita sangka (masalah duit tidak semestinya selesai dengan duit)”
Sumber : Md Azhari Daud via Pakar Diari Hati
ARTIKEL MENARIK:Jagung Manis Leleh, Paling Mudah Nak Buat & Paling Anak-anak Suka!
LAGI ARTIKEL MENARIK :“Rumah Persaraan Sebaiknya Kecil & Setingkat Sahaja”-Dr Azizul Azli Jelaskan Cara Nak Persiapkan Rumah Persaraan!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Marah Anak Bukan Selesaikan Masalah, Tetapi Kawal Emosi Yang Terbaik. Bapa Ini Kongsi Tip Elak Marah

Bila marah anak, sebenarnya bukan selesaikan masalah. Hakikatnya, memang benar, membesarkan anak-anak cabarannya memang besar. Pelbagai karenah anak akan dilalui oleh setiap yang bergelar ibu bapa. Tidak dinafikan kadang-kala kerenah anak ini mengundang kemarahan. Jika tak cukup ilmu keibubapaan memang ada anak yang rotan.
Memang memarahi anak perlu untuk mendidik anak-anak. Namun jika memarahi anak dalam keadaan emosi yang tidak tenteram, tentu teruk anak itu dikerjakan. Oleh sebab itu, wujudnya kes dera kanak-kanak yang dilakukan oleh ibu bapa itu sendiri!
Sedihnya. Mintak dijauhkan. Bacalah perkongsian bapa Muhammad Hassan ini bagaimana beliau mengawal emosinya apabila anak-anaknya buat perangai. Moga bermanfaat!
________________________________________________________________
Eee Geramnya.
Tiga kaedah yang benar-benar buatkan saya berjaya menangani perasaan marah. Yelah anak main HP lepas itu campak sehingga pecah screen. Siapa tidak marah kan? Tapi saya cuba yang ini:
1) Saya akan lakukan DEEP BREATHING. Tarik nafas dalam-dalam dan lepas perlahan-lahan. Lakukan beberapa kali dan saya duduk sambil BERUSAHA SENYUM ? .Ketika ini saya akan mula rasa boleh fokus apa tindakan yang baik untuk betulkan keadaan.
2) saya bisik dalam hati.
Itukan anak saya yang diamanahkan oleh الله. Kenapa disebabkan HP saya nak tengking atau pukul dia sampai menangis? Ketika inilah saya perlu tunjukkan akhlak yang baik terhadap anak dalam mendidik. Saya pujuk lagi hati dengan zikir :
Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un ? إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ) Zikir sebanyak mungkin dan Istiqfar dan baca
حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۖ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ
Sebanyak mungkin sehinggakan saya rasa sangat tenang dan mampu untuk peluk dan cium anak.
UCAPAN MAAF PADA ANAK
3) Saya minta maaf kepada anak. Saya cakap muhammad Afiq abi minta maaf ya sebab bagi Muhammad main HP. Abi janji lepas ini Afiq nak main HP,abi temankan afiq. Lepas tu tiba-tiba anak peluk saya,cium tangan saya. Lagi saya terkejut dia siap cakap TERIMA KASIH abi.. ya Allah 3 tahun dah pandai cakap terima kasih.
Rupanya bila kita minta maaf dan senyum kepada anak,mereka akan rasa gembira dan mudah giler dengar cakap. Sampai hari ini anak saya dah tak main dah HP. Bila dia nak pegang je terus saya cakap. Muhammad anakku sayang,itu kan abi punya.. sambil saya senyum dan terus dia tak main lagi dan datang kepada saya peluk lagi.
Ya الله .. rupanya mudah sangat kan nak kawal amarah. Baru saya belajar,rupanya bila kita marah ni syaitan bersama kita datang menggoda dan cuba untuk hancurkan kita. Tapi Kan الله ada berfirman.:
وَإِمَّا يَنْزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ ۖ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
• surah fussilat ayat 36.
P/S: Jika nak tambah lagi ilmu kawal emosi supaya anak-anak membesar tanpa emosi negatif boleh terus tekan link ini untuk dapatkan E-BOOK super power .
https://proparenting.onpay.my/…/mainupsell-bill…/LelakiBurQa
https://proparenting.onpay.my/…/mainupsell-bill…/LelakiBurQa
https://proparenting.onpay.my/…/mainupsell-bill…/LelakiBurQa
Moga Bermanfaat dan SEBARKAN YA ☺
-EncikMatt-
#LelakiBurQa
Walau Ragam Isteri Tu Ada Yang Pelik, Layankan Saja. Tak Rugi Apa Pun, Malah Buat Rasa Rindu Pada Pasangan Makin Menebal!

Walau sudah berpuluh tahun lamanya tempoh berkahwin, mungkin masih ada lagi Encik Suami yang masih belum kenal perilaku dan ragam isterinya. Jadi tidak hairanlah bila orang lelaki selalu kata orang perempuan ini susah diramal, kadang-kadang mulutnya sahaja kata okay tetapi di dalam hatinya berbeza pula. Betulkah begitu?
Hakikatnya, kadang-kadang kita sendiri pun keliru dengan apa yang kita ucap tak sama dengan apa yang kita rasa. Itukah namanya ragam wanita?
Jadi adalah lebih baik En suami fahami serba sedikit ‘peel’ isteri dan melalui perkongsian daripada Marliya Ramli ini ada penyelesaian untuk memahami ragam isteri kesayangan anda. Jom semak!

RAGAM INILAH YANG DIRINDUI..
1 – Wanita ni pelik. Bila dia cakap dia kenyang tu, maknanya jangan nak terus tengok bola. Bawak je dia keluar makan sate atau minum latte. Cubalah! Wajib dia suka punya!
2 – Kalau dia cakap dia okay tu maknanya dia tak okay. Dia rasa kecik hati, merajuk dan tak kena semua. So, jangan terus nak baca suratkhabar. Jangan!
3 – Kalau dia cakap dia tak kisah tu maknanya dia kisah gila. Dia tak suka. Dia amik peduli. So… Jangan ambil perkataan tak kisah dia tu sebagai tak kisah. Sebab tak kisah tu bermakna kisah bagai nak gila. Berhari-hari dia kisah dan ingat di hati.
4 – Ya.. Wanita secara amnya dia sendiri tak faham diri sendiri. Tapi dia harap arjuna kesayangan memahami dia. Dia harap, arjuna kesayangan dengar dan tahu suara hatinya. Ya, anda rasa complexity ini tinggi tapi itulah formulanya.
Sebab itulah…
5 – Sebab itulah sampai ke sudah kalau ada masalah dia nak luah. Dia nak bercerita. Mujurlah… Biarkan dia bercerita. Biar dia merapu bebel daripada dia diam menarik muka.
6 – Sebab wanita bila diam itu bahaya. Dia malas cakap itu bahaya. Bersyukur lah bila wanita anda masih gemar membebel itu ini. Cepat-cepat cari jalan selesaikan segera sebelum dia menulis di KRT.
7 – Lagi win nya wanita kalau dengan arjuna kesayangan, nyamuk gigit pun dia rasa nak mati. Kalau tak ada arjuna itu, naga sembur api pun dia berani. #apeni?
8 – Kalau dengan arjuna kesayangan nak buka botol kicap pun dia tak larat. Padahal kat luar setakat tayar kereta dia selamba tukar kat tepi jalan.
9 – Maka… jangan salah faham. Jangan ingat wanita tak kuat. Mereka gagah. Mereka tabah. Mereka sangatlah mampu berdikari. Cuma, bila dengan arjuna kesayangan mereka berbeza kerana mereka anggap anda arjuna istimewa.
10 – Inilah ragam wanita dengan arjuna kesayangan nya… Dan jika mahu bahagia sabar… Sentiasa senyum. Selalulah buat lawak walaupun hambar cam minta ditampar. Banyakkan memuji.
11 – Kalau larat, dukung sesekali lambung tinggi-tinggi. Suap dia makan sentiasa. Cubit pipi dan tarik hidung. Dia nampak malu-malu, tapi dia suka… Daripada rajuk sepanas api, kelak nanti bertukar salji.
12 – Alah… tak lama pun. Layankan sajalah wanita anda. Suatu hari nanti bila dia tiada, RAGAM INILAH YANG DIRINDUI sentiasa.
13 – Wanita bila dengan arjuna kesayangan dia memang pelik, manja dan mengada-ngada. Bersyukur lah sebab dia bersikap begitu kerana dia memerlukan anda. Kerana anda istimewa di hati dia.
sumber : Marliya Ramli