“Yang Utama Dapur, Baru Kain Baju.” Ibu Anak 7 Ini Kongsi Tip Urus Kerja Rumah Lebih Sistematik & Pantas Untuk Lebih Masa Dengan Keluarga.

Share

Bergelar suri rumah bukan satu tugas yang mudah, orang mungkin nampak seronok duduk di rumah tak perlu perah otak di pejabat.

Tetapi sebenarnya kerja di rumah lagi memenatkan. Ruang untuk rehat agak terhad, lebih-lebih lagi bagi yang mempunyai anak ramai. Dari pagi membawa ke malam, urusan rumah tangga takkan pernah habis, esoknya disambung semula rutin yang sama.

Bagi ibu anak 7 bernama Nur Baizura A Bakar ini , tugas sebagai suri rumah tidak memenatkan andai ibu-ibu tahu bagaimana untuk membahagikan masa dan tugas di rumah.

 

Beliau yang merupakan seorang guru dalam masa yang sama turut mengambil upah menjahit. Biarpun melakukan banyak kerja dalam satu masa, namun Baizura bijak menguruskan rumah tangga.

Selain berkongsi panduan berguna untuk para isteri meluangkan masa bersama keluarga terutama suami dan anak-anak, Nur Baizura menerusi catatannya di instagram turut berkongsi kaedah terbaik untuk menyiapkan kerja rumah dengan pantas dan sistematik.


“Mak mak memang macam ni…kalau saya laaa.. yang utama dapur dulu lepas tu baru bab kain baju sebab kalau ahli rumah lapar nanti tak selesa nak mengemas?kejap2 sorang masuk dapur lepas tu sorang lagi..diorg tak minta tapi diorg masak sendiri? jadi untuk mengelakkan dapurku bersepah baik siap2 masak baru laaa boleh buat kerja lain…

“Tips utk jimat masa…sebab saya nak spend masa untuk suami dan anak2 kalau hari cuti so tak nak laaa nanti hari cuti tapi kita terlalu sibuk dengan nak urus rumahtangga..jadi kena kemas time yang diorg sibuk atau tiada di rumah???

Hari terakhir kerja contohnya pantai timur cuti Jumaat jadi hari Khamis laaa kan… Balik kerja hari khamis tu ..

1️⃣perkara pertama adalah kutip semua baju dan basuh…pastikan semua siap termasuk baju putih?
2️⃣lepas tu kemas semua bahagian utama iaitu ruang tamu,ruang rehat,lepas tu semua ruang dan bilik yang memang tak digunakan kecuali bilik tidur…kemas,lap habuk dan sapu tak termasuk vacuum dan mop.
3️⃣lepas tu bersiap laa untuk dinner kan? Sambung malam pula
4️⃣malam boleh sidai baju ?kalau pakai dryer memang terus boleh siap laaa???
5️⃣malam juga boleh laa kemas bilik

Esok pagi bangun jer boleh terus sinsing lengan hehehee…


1️⃣sapu semua ruang,vacuum dan mop
2️⃣okay dah siap pun kemas sebab semua dah siap2 semalam kan..jadi bolehlah masuk dapur dengan tenang siapkan breakfast dan siapkan bahan untuk minggu depan pula
3️⃣kalau anda bijak merancang masa yang diambil lebih kurang 1-2 jam jer untuk cuci,packing dan siap masak untuk tengah hari pula sambil kemas2 dapur dan peti
4️⃣lepas tu boleh sambung lipat baju,gosok baju dan sediakan pakaian untuk minggu depan juga

Siapppp untuk seminggu??? Saya pun ada anak kecik baru 10 bulan masih lagi boleh buat dengan gangguan si kecik hehehe… Eh silap…saya anak 7 boleh buat takkan uols baru anak 2-3 takleh buat kihkihkih…..sentap laa sentap??? sebab bila tak amal rajin sekarang nanti malas tu sampai laa ke tua?
Ada jer anak dah 4 kemas tempat tidur pun malas?

Bertabahlah mak mak sekalian…memang macam tu pun…kalau suami tolong layan dan tolong kemas sekali memang bertuah laaa mak mak sekalian…

Dalam pada itu, Biazura turut memberi tip dalam menyimpan pakaian terutama bagi ibu-ibu yang tidak berkesempatan untuk melipat.

 

 

 

“So baju dah siap untuk seminggu-Ahad sampai laa Khamis…tolak 2 orang tinggal laa yang ni jer kalau sebelum ni kena tambah lagi 10 pasang??? Bakul pun dah kosong tanpa baju yang belum lipat…tinggal baju yang pakai petang tadi dan malam ni jer…esok pagi sebelum keluar letak jer baju dalam mesin siappp…balik kerja bolehlah sidai atau letak jer dalam dryer sambil masak baju pun dah siap kering?

“Kalau tak nak membasuh setiap hari boleh buat jadial membasuh 2@3 kali seminggu jadi boleh jimat masa dan tenaga mak mak sekalian?

“Kalau tak nak melipat kain setiap hari pula bolehlah sediakan bakul sorang satu lepas kering letak pakaian ikut tuan bakul masing2?

“Dan kalau tak nak mencuci,menyidai dan melipat setiap hari tak payah laa pakai baju??? lagi senang jimat segala2nya.

Untuk ibu-ibu di luar sana, boleh jadikan panduan dari Baizura ini dalam menyiapkan kerja rumah dengan berkesan tanpa mendatangkan stres atau tidak cukup rehat.

Sumber: IG zuera_burn