Bergelar suri rumah bukan satu tugas yang mudah, orang mungkin nampak seronok duduk di rumah tak perlu perah otak di pejabat.
Tetapi sebenarnya kerja di rumah lagi memenatkan. Ruang untuk rehat agak terhad, lebih-lebih lagi bagi yang mempunyai anak ramai. Dari pagi membawa ke malam, urusan rumah tangga takkan pernah habis, esoknya disambung semula rutin yang sama.
Bagi ibu anak 7 bernama Nur Baizura A Bakar ini , tugas sebagai suri rumah tidak memenatkan andai ibu-ibu tahu bagaimana untuk membahagikan masa dan tugas di rumah.
Beliau yang merupakan seorang guru dalam masa yang sama turut mengambil upah menjahit. Biarpun melakukan banyak kerja dalam satu masa, namun Baizura bijak menguruskan rumah tangga.
Selain berkongsi panduan berguna untuk para isteri meluangkan masa bersama keluarga terutama suami dan anak-anak, Nur Baizura menerusi catatannya di instagram turut berkongsi kaedah terbaik untuk menyiapkan kerja rumah dengan pantas dan sistematik.
“Mak mak memang macam ni…kalau saya laaa.. yang utama dapur dulu lepas tu baru bab kain baju sebab kalau ahli rumah lapar nanti tak selesa nak mengemas?kejap2 sorang masuk dapur lepas tu sorang lagi..diorg tak minta tapi diorg masak sendiri? jadi untuk mengelakkan dapurku bersepah baik siap2 masak baru laaa boleh buat kerja lain…
Ads
“Tips utk jimat masa…sebab saya nak spend masa untuk suami dan anak2 kalau hari cuti so tak nak laaa nanti hari cuti tapi kita terlalu sibuk dengan nak urus rumahtangga..jadi kena kemas time yang diorg sibuk atau tiada di rumah???
Hari terakhir kerja contohnya pantai timur cuti Jumaat jadi hari Khamis laaa kan… Balik kerja hari khamis tu ..
1️⃣perkara pertama adalah kutip semua baju dan basuh…pastikan semua siap termasuk baju putih? 2️⃣lepas tu kemas semua bahagian utama iaitu ruang tamu,ruang rehat,lepas tu semua ruang dan bilik yang memang tak digunakan kecuali bilik tidur…kemas,lap habuk dan sapu tak termasuk vacuum dan mop. 3️⃣lepas tu bersiap laa untuk dinner kan? Sambung malam pula 4️⃣malam boleh sidai baju ?kalau pakai dryer memang terus boleh siap laaa??? 5️⃣malam juga boleh laa kemas bilik
Esok pagi bangun jer boleh terus sinsing lengan hehehee… 1️⃣sapu semua ruang,vacuum dan mop 2️⃣okay dah siap pun kemas sebab semua dah siap2 semalam kan..jadi bolehlah masuk dapur dengan tenang siapkan breakfast dan siapkan bahan untuk minggu depan pula 3️⃣kalau anda bijak merancang masa yang diambil lebih kurang 1-2 jam jer untuk cuci,packing dan siap masak untuk tengah hari pula sambil kemas2 dapur dan peti 4️⃣lepas tu boleh sambung lipat baju,gosok baju dan sediakan pakaian untuk minggu depan juga
Siapppp untuk seminggu??? Saya pun ada anak kecik baru 10 bulan masih lagi boleh buat dengan gangguan si kecik hehehe… Eh silap…saya anak 7 boleh buat takkan uols baru anak 2-3 takleh buat kihkihkih…..sentap laa sentap??? sebab bila tak amal rajin sekarang nanti malas tu sampai laa ke tua? Ada jer anak dah 4 kemas tempat tidur pun malas?
Ads
Bertabahlah mak mak sekalian…memang macam tu pun…kalau suami tolong layan dan tolong kemas sekali memang bertuah laaa mak mak sekalian…
Dalam pada itu, Biazura turut memberi tip dalam menyimpan pakaian terutama bagi ibu-ibu yang tidak berkesempatan untuk melipat.
Ads
“So baju dah siap untuk seminggu-Ahad sampai laa Khamis…tolak 2 orang tinggal laa yang ni jer kalau sebelum ni kena tambah lagi 10 pasang??? Bakul pun dah kosong tanpa baju yang belum lipat…tinggal baju yang pakai petang tadi dan malam ni jer…esok pagi sebelum keluar letak jer baju dalam mesin siappp…balik kerja bolehlah sidai atau letak jer dalam dryer sambil masak baju pun dah siap kering?
“Kalau tak nak membasuh setiap hari boleh buat jadial membasuh 2@3 kali seminggu jadi boleh jimat masa dan tenaga mak mak sekalian?
“Kalau tak nak melipat kain setiap hari pula bolehlah sediakan bakul sorang satu lepas kering letak pakaian ikut tuan bakul masing2?
“Dan kalau tak nak mencuci,menyidai dan melipat setiap hari tak payah laa pakai baju??? lagi senang jimat segala2nya.
Untuk ibu-ibu di luar sana, boleh jadikan panduan dari Baizura ini dalam menyiapkan kerja rumah dengan berkesan tanpa mendatangkan stres atau tidak cukup rehat.
Video-video yang ditampilkan oleh pempengaruh Soyank memang tidak pernah jemu untuk di tonton. Malah setiap dari video yang ditampilkan mempunyai storyline yang berbeza dan ‘out of the box’.
Selepas membanggakan negara Malaysia dengan kemenangannya dalam Pertandingan Ultimate VFX Challenge di Los Angeles bulan lalu dan penampilanya bersama Zach King, kini Sofyank hadir dengan satu lagi buah tangan terbaharu yang turut menampilkan isterinya.
Dalam satu hantaran IG yang dibuat semalam, Sofyank meluahkan rasa gementar untuk kongsikan video tersebut kerana ini kali pertama beliau shoot video production bersama isterinya untuk melengkapkan storyline yang memerlukan sentuhan fizikal antara beliau dan talent perempuan.
Perasan gementar Sofyank itu ‘terubat’ apabila rata-rata penonton berasa kagum melihat betapa kemas transition antara satu babak dengan babak yang lain. Daripada babak membeli air kopi, kemudian tukarkan isterinya menjadi patung di kedai baju.
Babak paling menarik perhatian apabila Sofyank memperlihatkan bunga-bunga mengelilingi tubuhnya dan menjadi ‘pagar’ ketika beliau melutut di hadapan isterinya.
Sangat kemas suntingan yang dibuat oleh Sofyank yang mempunyai vibe-vibe ala filem keluaran Disney.
Semoga Sofynak terus menjadi inspirasi kepada masyarakat.
Ayam Gunting yang dijual dipasar malam memang sedap rasanya. Bukan sahaja anak-anak kita suka malah kita juga menggemarinya.
Jadi alang-alang satu keluarga suka akan rasanya, jom kita layan cara untuk menyediakannya.
Jadi mudahlahkan, bila-bila masa boleh Kita sediakan menu ini.
Dalam seminggu 2 ni selalu beli ayam gunting dekat-dekat dengan rumah ni..nak jadi kan rezeki saya.. hari ni terdetik di hati nak tanya guna serbuk apa tabur atas ayam tu.. sebab rasa lain dan memang sedap.
Jadi brother tu cakap.. hari-hari beli ayam dengan saya kenapa hari ni baru tanya.
Brother tu cakap dia pun orang yang ajar dan bagi resepi ni untuk dia meniaga dengan percuma.
Jadi saya tolong share kan resepi ni untuk semua..moga allah murahkan lagi rezeki brother ayam gunting tu…amin….
Saya dah buat ni memang sedap…
ayam gunting:-
Isi ayam potong nipis-nipis
1 kotak tepung goreng ayam yang kecil
1 1/2 cawan serbuk roti
telur
Cara Penyediaan :
1. Campurkan tepung dengan serbuk roti
2. Masukan ayam
3. Gaul sekata
4. Celup dalam telur
5. Masukan kembali dalam tepung tadi
dan goreng
(buat sekeping ye jangan masukan semua ayam tu dalam tepung)
6. Angkat toskan
7. Taburkan serbuk yang kita buat td… siap.
resepi serbuk ayam gunting:-
1 kiub ayam
2 sudu serbuk paprika (kalau suka pedas boleh tambah)
twisties separuh sahaja guna dari 1pax tu
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar gula
cara cara nya mudah sahaja.
1. Kisar kering semua bahan diatas dan siap.
Sumber : are peace
Kredit Resepi : are peace
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Memasuki minggu kedua kita berpuasa, pastinya ibu-ibu sekarang sibuk membelek buku resipi untuk membuat biskut raya. Biarpun dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun tak salah kalau nak menyediakan keperluan menyambut raya seperti sebelum ini.
Antara juadaha wajib ada adalah samperit. Pelbagai bentuk , corak dan rasa boleh dicuba oleh ibu-ibu. Terbaru resipi dari puan Yusliana Amoy yang berkongsi resipi Samperit Cream Cheese dengan corak yang cukup menarik, unicorn. Admin pun teruja tengok. Jom cuba!
Semperit Cream Cheese 💜🌿
1st time buat hari tu asalnya saja2 utk mkn sendiri. Tp jadi sumber pendapatan plk pd musim PKP ni. Alhamdulillah.
Sy share resepi.
Bahan-bahan
🌸250 butter cup 🌸1/2 tin susu pekat 🌸5Og cream cheese tatura
Sebatikan bhn diatas. X perlu pakai mixer. Pastu masukkan..
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...