“Yang Sedikit Bila Dikongsi, Lebih Membahagiakan..”-Deep Perkongsian Cikgu Fadli Dalam Didik Anak!
Siang malam kita mencari rezeki untuk keluarga dengan harapan anak-anak dapat hidup dalam kecukupan. Kita tidak mahu melihat anak-anak hidup dalam kesusahan, begitulah naluri ibu ayah dalam membesarkan anak-anak. Serba serbi mahu yang terbaik untuk anak-anak tersayang.
Pun begitu, sebagai ibu bapa tidak dinafikan kita turut berasa bimbang tentang perlakuan anak apabila mereka dewasa kelak. Adakah mereka akan menjadi insan yang baik? Bagaimana pula dengan tahap kasih sayang mereka adik beradik?
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Pelbagai soalan bermain dalam fikiran, tetapi seperkara yang nyata ialah tingkah laku anak kita sebenarnya bergantung kepada cara dia dibesarkan.
Berkongsi berkenaan hal itu, Cikgu Mohd Fadli Salleh berkongsi kisahnya bagaimana dia membesarkan anak-anaknya dengan tidak berlebih-lebih dari pelbagai segi.
“Terlampau senang dan selesa hanya menjadikan mereka manja.”
Anak-anak dulu demand, kalau makan aiskrim ke, Starbucks ke, nak sorang satu. Kalau nak ke mana-mana nak naik kereta besar.
Selesa duduk satu seat seorang. Makan pun mewah satu sorang tak payah kongsi.
Tapi aku tak ajar gitu. Kalau beli air ke, aiskrim ke, satu tu kena kongsi dua orang. Kadang kongsi tiga. Biar berebut makan sampai bergaduh tak apa, asal kongsi.
ARTIKEL BERKAITAN :
Cikgu Fadli Salleh Rupanya Dibesarkan Dalam ‘Keluarga Guru’. 9 Beradik, 8 Ipar Semua Guru!
“Sakit Dia Mengalahkan Covid-19”. Cikgu Ni Kongsi Pengalaman Derita Influenza A!
“Untuk Bahagia Kita Perlu Membahagiakan…” Cikgu Ni Kongsi Pengalaman Hidup, Jadikan Inspirasi.
Sama juga nak ke mana-mana, kalau berdekatan, jarak kurang sejam, memang naik Kelisa je lah. Biar berhimpit, biar sampai beriba. Biar sampai gaduh menjerit semua.
Biar. Biar. Biar.
Kerana yang sedikit bila dikongsi lebih membahagia. Yang sempit bila terhimpit makin gembira.
Terlampau senang dan selesa hanya menjadikan mereka manja.
Kena rasa sedikit susah untuk dikenang di hari muka. Agar ada kenangan berebut airkrim, agar ada memori menangis bertolak dalam kereta kecil.
Ingatlah anak-anak. Kita cuma hamba yang menumpang di bumiNya.
Siapa pun kalian di suatu masa, jangan sesekali angkuh dan bongkak mendabik dada.
Kerana bumi di bawah ini bukan ibumu yang hamparkan.
Dan langit di atas itu bukan ayahmu yang tongkatkan.
Kita hidup berTuhan.
Sumber : Mohd Fadli Salleh
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club