Perbezaan usia 17 tahun tidak menjadi penghalang buat pelakon jelita, Intan Ladyana dan Harris Alif disatukan sebagai suami isteri. Majlis pernikahan pasangan ini diadakan di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Kuala Lumpur menyaksikan Harris sah bergelar suami dengan sekali lafaz.
Majlis pernikahan berlangsung sederhana dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat yang hanya dihadiri 14 ahli keluarga.
Acara akad nikah disempurnakan Penolong Pengarah Jawi, Muhammad Azlan Marukum selaku jurunikah dan wakil wali. Turut hadir menyaksikan penyatuan Harris dan Intan adalah Pendaftar Nikah, Cerai, Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Nasir Abdullah.
Pada majlis itu, Harris menyerahkan mas kahwin berupa set perhiasan barang kemas dan sebentuk cincin berlian. Sembilan dulang barang hantaran pengantin perempuan berbalas tujuh dulang tidak dibawa bersama sebagai mematuhi SOP ditetapkan.
Sama cantik, sama padan pasangan ini mengenakan busana tradisional Melayu berwarna ‘off white’ sekali gus menaikkan seri pengantin pada keduanya.
Intan dan Harris sebelum ini merancang untuk melangsungkan majlis perkahwinan pada Mac ini namun terpaksa dipercepatkan kerana kekangan tertentu.
Memetik laporan Berita Harian Online, Harris melafazkan syukur kerana majlis pernikahan dipermudahkan, walaupun terpaksa dilakukan sehari awal.
“Alhamdulillah, saya dan Intan selamat disatukan dalam keadaan sekarang. Apa yang penting, akad nikah. Mengenai perancangan majlis resepsi dan bertandang terpaksa ditangguhkan dahulu selepas situasi pandemik COVID-19 pulih.
Ads
“Kami sepatutnya bernikah esok, tetapi terpaksa dipercepatkan sehari ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Apa yang penting, saya lega dan gembira apabila semuanya selesai.
“Saya hanya ingin menikmati momen hari ini dengan gembira, tidak mahu kusutkan fikiran dengan perkara lain. Selepas ini saya perlu fikirkan tanggungjawab yang perlu dipikul sebagai ketua keluarga,” katanya dalam sidang media secara virtual yang diadakan Sony Music usai diijabkabulkan.
Ads
Intan bersyukur majlis pernikahan berjalan dengan baik, walaupun pelbagai rintangan terpaksa dilalui akibat COVID-19.
“Bagi kami, paling utama melakukan apa yang wajib terlebih dahulu. Tidak dinafikan, segala-galanya menjadi sukar dan kami tidak boleh membuat perancangan beriya-iya dalam keadaan COVID-19.
“Apa pun, saya bersyukur semuanya berlangsung dengan lancar hari ini,” kata Intan.
Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Begitulah peribahasa Melayu ada menyebut berkaitan rezeki perlu diusahakan dan tidak datang dengan sendirinya.
Inilah yang dikongsikan oleh seorang bapa di Facebook ini, memaparkan bagaimana dia memberi pendedahan kepada anak lelaki sulungnya betapa sukarnya mencari rezeki.
Tidak hanya dengan kata-kata, malah dibawa untuk merasai sendiri agar bila besar kelak dapat menggalas tanggungjawab yang besar untuk meneruskan apa yang diusahakan selama ini.
“Terima kasih teman ayah kerja. Nah gaji utk hari ni! Ingat Long hidup tak semudah yg disangka, org lebih gemar bercerita buruk dari kebaikan. Ayah cakap ni sbb bila ayah sudah tiada semua ni awak punya. Tanggungjawab awak besar. Jadi lelaki jangan suka duduk rumah.”
Kesibukan dengan pelancaran buku terbarunya membuatkan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor hampir-hampir terlepas temu janji bersama doktor untuk perkembangan bayi dalam kandungan isterinya.
Suami kesayangan Datin Dr Halina yang baru mengeluarkan buku bertajuk ‘My Way Of Parenting’ membuat pengakuan tersebut menerusi satu video yang dimuat naik ke Instagramnya.
Dalam perkongsian tersebut, Dr Sheikh Muszaphar turut berkongsi imbasan jantina cahaya mata kembar yang bakal lahir tidak lama lagi.
“Saya begitu sibuk dengan pesanan buku-buku sehingga hampir terlepas temu janji imbasan jantina semalam.
“Tapi yang penting, saya berjaya sampai. Kandungan Dr Halina dah masuk 17 minggu lebih. Alhamdulillah, progres kembar di dalam kandungan adalah baik,” tulis Dr Sheikh Muszaphar.
Menurutnya lagi, menerusi pemeriksaan tersebut , pasangan ini bakal menimang cahaya mata perempuan. Manakala seorang lagi belum menampakkan jantina kerana kedudukannya.
“Salah seorang daripada kembar sedang tidur dan seorang lagi bangun dan cuba ‘menendang’ untuk membangunkan seorang lagi.
“Seorang perempuan, seperti kemahuan Dr Halina, seorang lagi tidak dapat dipastikan jantina kerana kedudukannya,” terang Dr Sheikh Muzaphar.
Walau bagaimana pun, Dr Sheikh Muszaphar memberitahu tidak kisah jantina bayi dan hanya berharap agar kedua-duanya berada di dalam keadaan sihat.
Rata-rata mendoakan semoga dipermudahkan segalanya buat Datin Dr Halina sehingga selamat melahirkan.
deardayantiHave a smooth and happy pregnancy Dr Halina. Love seeing the babies. I wish i’ll have the chance to get twin babies too. Is it possible to get twin when we don’t have any family history of twins? Haha! But i always pray to get twin babies.
yynaaaaaaaIt must be hard for dr halina to handle morning sickness and work as frontliner .. Btw congratulation dr 😍
asiahkhadirAlhamdulillah, limpahkan lagi rezeki untuk dr sekeluarga.. kita geng doc.. my first twins boys and 2nd twins girl and boy
kamaliahkamalludinMy mom ckp dr akan dpt sepasang😍..semoga dipermudahkan
loisixviiiMasha Allah, Alhamdulillah..semoga lebih ramai insan2 hebat dilahirkan berjaya didikan org2 hebat seperti doctor berdua.. May Allah bless you & families, showered with love and mercy . Amin
queenie71enyAlhamdulillah… Dr Halina nampak sihat dan cergas… Moga terus dikurniakan kesihatan yang baik, twin sihat dan dipermudahkan urusan… Aaamiinn
Walaupun masih belum betul-betul sihat, namun Dato Seri Aliff masih sempat kejutan buat isterinya.
Kejutan sempena hari jadi isterinya, Dato Seri Aliff yang berpura-pura memarahi stafnya kemudian dilihat jatuh pengsan. Ketika itu, mereka berada di sebuah bilik mesyuarat yang turut dihadiri Datin Seri Shahida dan staf.
“Menjadi ke idok??? walapun dok tengah sakit masih gigih?? sila wish birthday @shahidadherbs di ruangan komen di bawah.. saya nak baca,” tulis Dato Seri Aliff.
Sejak dahulu lagi, Dato Seri Aliff Syukri Kamarzaman seorang suami dan ayah yang cukup penyayang dan romantis.
Biarpun isteri kesayangan , Datin Seri Shahida bukan jenis yang meminta-minta, tetapi beliau sering memanjakan ibu kepada anak-anaknya dengan pelbagai hadiah dan kejutan.
Menerusi perkongsiannya di laman instagram, rata-rata netizen memuji surprise tersebut menjadi dan mengirimkan doa dan ucapan hari jadi buat Datin Seri Shahida.
errafazira Ya Allahhhhh sweet nyaaaaaa Dt surprisekan isteri.. moga terus bahagia bersama hingga ke jannah kelak… amiiiinnnn..
mhaniffy Terbaek dato.. Isteri punca rezki yang tak ternilai
kamariyani So sweet dato..happy birthday datin..semoga panjang umur murah rezeki..
wanie_zuridi Nakal Dato ni…boleh sakit jantung Datin… apa2 pun Selamat hari jadi Datin.. moga dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, bertambah bahagia dgn org tersyg, moga berjaya didunia dan diakhirat…amin
aslegacyipoh Terbaik dato’ menjadi sgt ? anyway Happy Birthday datin ? moga terus bahagia hingga ke jannah dan menjadi serikandi yg sentiasa berdiri teguh dibelakang dato’
nor_hashila wahh.. menjadi laa dato.. hhehe.. meremang bulu roma tgok bile dato bt kejutan mcm tu.. apepon happy besday datin @shahidadherbsmay allah bless u..
xairafuhh dato ni buat risau je…patut laa kuar wad camtu je
yusoffarah@fadhli_aaziz18 xperlu berlakon jdi superhero dh dato’, coz as a wife bila ada suami yg pnyayang kat fmly itu dh superhero dnia n akhrat.
rohanajmld Klau sy jd Datin, silap2 sy pun pengsan tgk suami tegolek gitu..?? Tahniah Dato..surprise menjd tu..??.Happy Birthday buat Datin..moga sentiasa dlm rahmat serta lindunganNYA..bahagia di samping family tercinta.
aida89_alimin Pandai dato berlakon ye .btw sanah helwah datin
andinie03 Happy b’day Datin @shahidadherbs smue doa yg terbaik tuk Datin sekeluarga,, mantap lakonan dato
lyna.sbrn Ya Allah! Memula tgk cuakkk..staff dato’ pon semua mmg A++
hanisahngadimin2222 Alahaiii.. Sweet nya dato.. Apapun happy birthday datin. Semoga panjang umur, diberi kesihatan yg baik Dan sentiasa dlm rahmat Allah.
zuldhamira.empire Fuhhhh walaupun Dato sakit tapi still gigih buat Datin happy! MasyaAllah! Moga bahagia sampai syurga Dato n Datin!
azieadiah747 Ya allah.. Igt btul2 dato rebah. Adooi?.. Rupanya prank datin. Anyway happy bornday datin.? semoga sentiasa dlm rahmat NYA dan bahagia till jannah
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak membuatnya cukuplah mudah.