“Yang ni Kena Tulis, Memang Satu Kejutan.” Ayah Sebak Anak Peroleh 4A UPKK Walaupun Selalu Corot

Share

Dua hari lepas, ramai berkongsi result UPKK yang diduduki oleh pelajar tahun lima. Ada yang berkongsi rasa gembira, syukur tak kurang juga yang berduka dengan keputusan yang diperoleh. Apa pun yang diperoleh, percayalah anak-anak sudah lakukan yang terbaik. Maka terima dengan hati yang reda dan terbuka. Jauh lagi perjalanan mereka.
Seperti dikongsi bapa bernama Jalaludin Abd Aziz apabila anaknya memperoleh keputusan yang baik di dalam peperiksaan tersebut. Walaupun tidak cemerlang dan mendapat straight A, namun bapa ini cukup bangga dan terharu. Malah mereka seisi keluarga juga terkejut dengan keputusan yang diperoleh anaknya itu.
Apa tidaknya, anak yang selama ini berada di kedudukan tercorot dalam kelas, akhirnya berjaya membuktikan mampu raih 4A.

Yg nie ayah kena tulis…
Mira x dapat pun 8A… Tapi keputusan dia mmg buat satu famili terkejut…
Dgn xde A langsung masa percubaan. Dgn setiap exam dia yg kami boleh agak no kedudukan dia…

.

Dgn dia lambat berjalan dan lambat bercakap dulu….ia mmg satu kejutan!! Buku pun jng harap dia baca kat rumah..mmg harap 100% jasa baik cikgu sek petang je…Tima kasih banyak cikgu² semua…
dlm kepala kami mmg D..E..D..E….
4A..1B…3C…bagi kami dah Alhamdulilah dan sangat cemerlang..


Seminggu sebelum sek cuti dulu…mira menagis masa balik sekolah kebangsaan bila sorg cikgu suruh dia ge sekolah pendidikan khas… Aku nak ge jumpa n tanya cikgu tu….tp mira seboleh² tak bagi aku jumpa cikgu tu….aku cuma nak tau je keputusan exam anak cikgu tu…
Tak pe mira…its ok…ayah n mak tau mira banyak lagi keistimewaan lain.

.

Berani cakap english…
Pandai jaga hati mak ayah…
Pandai mengaji…
Kelakar…(nie paling best)
Sentiasa nak peluk mak n ayah wpun kat tempat public.
Tu yg paling best…

.

So..aku nak mintak maaf dulu kat sek keb..kalo exam UPSR mira nanti mungkin merosakkan peratus prestasi sekolah….tapi kena ingat gak, banyak je terjadi pelajar harapan sekolah pun gagal dapat Straight A masa exam….. …so itu pun merosakkan peratus sekolah gak…..

.

So..tak yah nak pandang rendah sangat kat beberapa pelajar…..terima kelebihan dan kekurangan setiap pelajar dengan hati terbuka dan kepala hotak kita akan selapang lapangnya…
banyak sejarah..yg tak berapa pandai nie lah yg jaga mak n ayah bila tua nanti….

Sumber : Jalaludin Abd Aziz