“Yang Menanggung Itu Bukannya Dia. Tapi Anak Dan Isterinya.” Doktor Ini Luah Rasa Terkilan Sikap Egois Lelaki Bergelar Suami

Share

Oleh kerana sikap suami yang tidak membenarkan isterinya mendapatkan rawatan susulan di sebuah hospital selepas bersalin, doktor ini melahirkan rasa kebimbangan mengenai ancaman nyawa pesakitnya yang boleh menggugat nyawat jika berlaku sebarang komplikasi yang diluar jangkaan.

Malah beliau melalui laman facebooknya Alifnunwau Nymous juga terkilan dengan sikap suami wanita berkenaan yang egois yang tidak bertempat tanpa mengambil berat kesihatan mereka. Sebagai pegawai perubatan, beliau hanya mampu memberi nasihat supaya pesakitnya bertindak segera.

 

Ikuti perkongsian ini, semoga bermanfaat sebagai panduan hidup.

Puan, awat takmau ambik darah anak?” Aku tanya seorang ibu.

Anaknya sudah berusia 42 hari. Kuning masih belum turun sepenuhnya.
Namun dia tidak mahu ambil darah untuk periksa fungsi hati anaknya.

(Baca : kuning berpanjangan pada bayi -melebihi 14 hari bagi cukup bulan dan 21 hari bagi pramatang, perlu diperiksa darah untuk memastikan tiada masalah dengan hatinya)

Si ibu menggeleng. “Takpalah doktor. Ayah dia kata tunggu baby besar sikit”

Besar sikit? “Nak tunggu besar mana. Dah lebih lama dah ni.. kuning tak turun-turun..”

Aku kemudian terangkan tentang mengapa perlu diambil darah, kemungkinan masalah yang ada serta risikonya. Ibu angguk faham. “Tak apalah doktor, suami saya tak bagi”

Aku menarik nafas. Rupanya suami tak bagi. Si ibu pula, merupakan high risk case.

Melahirkan anak secara pembedahan kecemasan disebabkan ‘severe Pre eclampsia (tekanan darah tinggi hampir menyebabkan sawan), complicated with cardiomyopathy and APO (kesan kepada paru-paru dan jantung). Masuk ICU beberapa hari dan memerlukan bantuan oksigen bertekanan tinggi.

Lepas lahirkan anak, si ibu tidak datang jumpa doktor-doktor pakar seperti yang dijanjikan.

Punya la bahaya keadaan dia. “Puan.. puan tak pergi hospital sebelum-sebelum ni sebab suami tak bagi juga ke?”

Sengaja aku tanya. Mengagak. Sebab anak tak ambil darah pun sebab suami tak bagi juga.

Dia angguk. Aku; yang sudah cukup penat pada hari itu. Hanya mampu nasihat.

Aku terangkan pada ibu mengapa perlu jumpa doktor pakar. Mengapa dia adalah ibu berisiko tinggi. Mengapa perlu rancang keluarga. Mengapa perlu optimumkan kesihatannya.

Ibu pula masih muda. 20an.  Ibu angguk faham dan akhirnya bersetuju untuk dirujuk semula (setelah default),

ANAK TAK CUCUK, SUAMI TAK BAGI

Selepas beberapa ketika, hampir bersurai. Aku lupa tanya satu benda.

“Anak dah cucuk ke?”Dia geleng. Bila aku tanya kenapa. Dijawab hari tu anak selsema. Hari ni tak payah lagi lah.

Setelah dikorek dan dikorek, baru si ibu mengaku. “Suami saya tak bagi lagi doktor”

Aku : yang dalam keadaan tenang terus rasa nak keluar asap di telinga. Huhu.

“Eh siapa yang sakit ni” “Suami duk tak bagi puan pergi hospital, dia ke nak tanggung sakit atau puan? Dia tak bagi anak vaksin, dia yang akan tanggung ke anak puan?”

Aku terkilan sangat masa tu. Terkilan dengan sikap seorang suami.

Seorang suami yang sepatutnya memimpin keluarga. Tapi akhirnya dia tak sedar dia menzalimi isteri sendiri dan anaknya.

Isteri jika tidak dijaga, tidak dipantau, bagaimana jantungnya? Bahkan mengancam nyawa.

Anak kuning berpanjangan, tidak dibenarkan diperiksa, tak dibenarkan imunisasi, pernah suami berfikir kesannya?

Yang Menanggung Itu Bukannya Dia. Tapi Anak Dan Isterinya. Aku menarik nafas.. Aku tahu isteri barangkali tersepit.

“Saya minta maaf.. saya tahu puan tersepit.. saya pun mampu nasihat je puan. Tapi jujur saya kesian kat puan. Suami tak bagi buat semua benda dan menyebabkan puan dan anak jadi mangsa”

Si ibu senyap. Ibu kepada ibu tadi juga senyap (ibu muda ini datang bersama ibunya”

“Saya cuba nasihat dia doktor.. saya pun takut juga”  Si nenek bersuara.

Si ibu muda tunduk. Tak pasti apa dia fikir atau rasa.

“Tak apa saya cuba pujuk suami saya dulu” .Aku tahu mereka semua tersepit.

Oleh kerana seorang suami dan ayah yang tidak berfikir panjang, tidak mencari ilmu dan tidak bersikap adil pada anak dan isterinya.

Jujur aku kecewa. Kasihan pada isteri dan anak yang terpaksa ‘tunduk’ tanpa dibela..

Ingatlah kita manusia, baik siapapun dan di manapun posisinya, ada amanah dan tanggungjawab yang besar di belakang kita.

Begitulah lelaki, akad yang dilafazkan membawa tugas yang berat di sebaliknya. Ada tanggungjawab yang amat besar di sebalik nama seorang ‘ketua’. Merekalah pemimpin, pembimbing dan pelindung buat keluarga.

Sumber: Alifnunwau Nymous