Rumah adalah kediaman buat keluarga untuk menjalani kehidupan dengan lebih sempurna. Biasanya pasangan yang baru berkahwin akan mengambil masa sebelum membeli rumah.
Namun ada juga pasangan yang lebih rela menyewa berpuluh tahun daripada membeli dengan alasan tidak mahu terikat dengan komitmen berpuluh tahun dan juga bercadang pulang ke kampung membina rumah di sana.
Bagaimana pun setiap keputusan yang dibuat ada pro dan kontranya. Begitulah yang dijelaskan oleh saudara Azizul Azli Ahmad yang bertindak menjelaskan persoalan adaah sewa lebih baik membeli rumah.
_______________________________________________
SEWA LEBIH BAIK DARI MEMBELI?
1. Kita bincang secara baik pemikiran ini agar dapat jawapan yang tuntas dan baik.
2. Jika gaji kita RM5000, median rumah yang baik untuk kita hanya harga rumah sekitar RM390,000 sahaja. (RM5000x12x6.5)
3. Bagi penjawat awam keupayaan meminjam sekitar RM500,000 ini memerlukan gaji sekitar RM4,500 hingga RM5,499.
Dalam kelas saya, saya tak galakkan maksimumkan pembiayaan ini. Mereka tahu kenapa
4. Jika kita kekal membayar sewa dengan kadar RM1500 sehingga 30 tahun dengan kadar kenaikkan setiap 3 tahun.
Kita sedang KAYAKAN tuan rumah sebanyak RM702,000.
“Apakah itu jumlah yang sihat?”
5. Sanggupkah kita berpindah randah bila usia meningkat jika kita tak mampu bayar nanti?
6. Bolehkah kita yang dah selesa tinggal di rumah sewa RM500,000 untuk turunkan taraf hidup dengan rendahkan martabat kita kerumah sewa RM300,000 lepas 20 tahun?
7. Jika dalam tempoh menyewa kita hilang upaya atau meninggal dunia, apakah tuan rumah yang mulia itu akan kekalkan anak isteri kita disitu atau dihalau tinggal dibawah jambatan yang ada permaidani?
8. Kadar pemilikan hartanah bumiputera masih lagi rendah dan mulia, apakah kita masih lagi nak kekal sewa tanpa beli harta.?
“Apa pilihan yang kita ada?” cakap memang la senang bro.
9. Beli kediaman yang sesuai dengan median gaji yang betul.
10. Pasaran subsale atau sekunder masih banyak sediakan jenis kediaman bawah RM250,000-RM400,000.
11. Benar, tidak semua hartanah akan naik. Beli hartanah yang betul dan semua orang ‘jatuh cinta’ dan perlukan ia.
Hartanah ‘Mass Market’ yang semua orang suka dengan keperluan 3 bilik dan 2 bilik air masih banyak diluar sana.
12. Hubungi agen hartanah berdaftar, mereka ada senarai hartanah yang luarbiasa berdasarkan kemampuan kita.
Jika mereka gagal sediakan, cari agen lain.
13. Belian hartanah yang betul jadikan kita komited untuk kekal membayar. Hartanah yang salah boleh jadi punca rumah kita terlelong.
14. Beli hartanah yang hanya telan bawah 35% dari gaji kita. Jika tidak kita mula rasa bahangnya.
Dengan RM1,750 setiap bulan, kita hanya mampu beli kediaman sekitar RM350,000 sahaja. Jangan mengada hingga RM500,000.
15. Jangan beli sebab ramai orang beli atau ingin bergaya. Jadikan hartanah sebagai pelindungan keluarga bukannya bebanan kita.
Jika saya, lebih baik beli dari menyewa. Takkan dah tua nak pindah randah lagi kemana mana.
Mesti nak merasa ada kabinet dapur lawa juga kan?
Sekadar pandangan saya yang lemah ini.
Sumber: Azizul Azli Ahmad