Siapa sahaja yang tidak pernah sakit kepala, kadang-kadang sampai tidak tahu hendak amalkan apa lagi agar sakit kepala tidak kerap mengganggu. Kalau boleh kita sendiri tidak mahu terlalu kerap menelan ubat tahan sakit. Bimbang juga kesan sampingan di kemudian hari.
Jadi apa kata, anda amalkan petua yang dikongsikan oleh Dr Rizal Abu Bakar untuk dijadikan sebagai tonik untuk merawat rasa sakit kepala tersebut. Menariknya lagi, amalan minum air yang dikenali sebagai air hikmat yang dikongsikan ini, dapat memberi manfaat untuk mengembalikan tenaga dan memberi ketenangan emosi. Senang cakap, baik untuk emosi dan fizikal.
Menarik bunyikan bukan?
Jadi usah tunggu lagi, jom semak satu persatu bahan-bahan yang digunakan dalam menghasilkan air hikmat tersebut.
Saya ada satu petua untuk kembalikan balik tenaga. Fokus dan ketenangan. Pada emosi. Pada mental serta pada fizikal tubuh. Yang kerap sakit kepala tu. Ni tonik untuk rawatnya.
Saya namakannya sebagai air hikmat. Saya letak 4 bahan superpower dalamnya.
– Longan kering- Klik SINI untuk beli
– Kurma merah – Klik SINI untuk beli
– Gojiberries
– Gula kelapa OCOC
(Optional – daun pandan, halia)
Longan kering ni bantu rendahkan kolesterol. Ada serat fiber. Ada potassium. Bagus untuk tekanan darah.
Kurma merah ni jarang orang Melayu guna. Yang selalu guna ialah orang Cina.
Ada 3 anti oksida hebat iaitu flavonoid. Carotenoid dan phenolic acid.
Flavonoids bantu hilangkan inflamasi. Juga dikaji dalam konteks kurangkan risiko diabetes, Alzheimer’s dan kanser.
Carotenoids penting untuk kesihatan jantung.
Juga didapati dapat jauhkan risiko penyakit mata seperti katarak dan macular degeneration.
Phenolic acid kurangkan risiko terkena kanser dan penyakit jantung.
Gojiberries tingkatkan imun sistem dan lindungi dari selesema. Paling disukai ialah bab bantu turunkan berat badan
Gula kelapa lagilah. Ciri unik ada inulin. Tiada dalam gula lain. Nilai GI rendah. Mesra diabetes.
Ramai dah bagi feedback. Sejak tukar gula putih dengan gula kelapa.
Badan rasa sihat. Paling padu ialah berat badan menurun. Hanya amal ni.
Hebat bukan?
Caranya cenggini:
- Basuh longan kering, gojiberries dan kurma merah.
- Kurma merah rendam sekitar 15 minit. Nak bagi lembut.
- Masuk air lebih kurang 1 liter atau 1 liter setengah.
- Masukkan semua bahan kecuali gula kelapa.
- Rebus sampai mendidih.
- Masukkan gula kelapa secukup rasa.
Minum ni setiap minggu terutama ketika mental tengah koyak. Badan penat.
Memang padu! Rasanya pun sedap ala ala lai chi kang.
Tak perlu dah ambil pil “Anda ingat saya ada masa untuk sakit kelapa?
Sumber : Dr Rizal Abu Bakar
ARTIKEL MENARIK : Simpan Bawang Elak Rosak, Lagi Terjamin Bila Buat Cara Ni. Mudah Sangat!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Ibu Ni Kongsi Pengalaman Jelajah Turki 30 Hari Guna Kereta Bersama Anak Beranak!
Baca Ini Juga :“Mahu Lihat Anak Jadi Doktor…” Lisa Selesa Tak Libatkan Anak Dalam Dunia Seni!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club