
Siapa yang tak kenal dengan pelakon Datin Paduka Eina Azman. Seringkali wajahnya menghiasi sosial media terutama instargram dalam berkongsi aktiviti hariannya.
Dia juga kerap berkongsikan resipi dan video masakannya buat pengikut-pengikut setia di Instagram. Telatah nya yang bersahaja dan cukup lemah lembuat membuatkan ramai suka dan tidak hairanlah video yang dimuat naik sering mendapat perhatian ramai.
Sekarang bakat memasaknya sudah mula bercambah kepada anak kembarnya. Ada sahaja gelagat pasangan kembar ini ketika memasak.
Terbaru, Eina berkongsikan video anak-anaknya membuat pancake. Comel betul lihat telatah comel kedua-dua mereka ketika dirakamkan.
selain itu Karl Kareef dan Arianna Aubrey juga berkongsikan cara-cara buat Laici Jelly buat semua.
Bukan sahaja memasak, Karl Kareef dan Arianna Aubrey juga turut menunjukkan cara-cara membuat Homemade Play Dough yang selamat dimainkan oleh kanak-kanak. Memang comel tengok telatah dua adik-beradik ini.
Sumber: Eina Azman
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Mungkin Saya Galas Kesilapan Sendiri.” Anak Terikut Gaya Hidup ‘Urban’, Azhar Sulaiman Usaha Bimbing Keluarga Dekati Islam!

Setiap ibu bapa punya cara tersendiri dalam mendidik dan membesarkan anak-anak. Tidak kira bagaiamana sekali pun, matlamatnya sama supaya anak-anak membesar menjadi orang berguna.
Namun perumpamaan ada mengatakan anak-anak itu ibarat kain putih. Ibu bapalah yang mencorakkanya. Jika salah percaturan pasti memberi kesan pada anak-anak. Demikian juga dengan aktor yang terkenal suatu ketika dahulu.
Menurut pelakon Azhar Sulaiman, dia mengakui membesarkan keluarganya dengan cara moden sehingga aksi dan penampilan anaknya terutama Kasih Iris Leona, 18, menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen.
Pun begitu, sebagai ketua keluarga Azhar berkata dia masih cuba berusaha untuk memperbetulkan apa yang patut dalam bimbingan dan didikannya.
“Saya akui kami hidup dalam keluarga yang agak moden dan ‘urban’ sejak dari awal lagi.
“Jadi apa yang berlaku pada anak-anak saya mungkin saya galas kesilapan saya sendiri. Saya ambil pengajaran ini untuk membentuk anak saya menjadi seorang yang baik sehingga tiada ruang untuk netizen kecam.
“Saya juga nasihati mereka jika buat kesilapan itu cuba perbetulkannya dan kembali mendekatkan diri dengan Islam.
“Apa-apa pun marilah berharap agar mereka mengambil langkah yang selamat dalam apa jua yang mereka lakukan. Insya-Allah mereka pasti sedar,” katanya kepada Gempak.
Leona sering menjadi tumpuan di kalangan netizen dengan aksi dan penampilannya yang lebih kepada kebaratan dan moden.
Terbaharu, Leona dikecam gara-gara merakam dirinya dari aplikasi TikTok ketika berada di dalam kelas dalam sebuah institusi pengajiannya.
Sumber: Astro Gempak & azharbsulaiman
Guna Sarang Telur, Sekali Buat Bertahun Tak Perlu Lagi Merumput Di Laman Rumah. Begini Tekniknya!

Meskipun hanya sekangkang kera sahaja tanah yang ada di sekeliling rumah, jika tidak dijaga rapi memang akan tumbuh rumput dan lalang. Hal ini menyebabkan paling tidak sebulan sekali kerja-kerja merumput perlu dibuat.
Jika dibiarkan hingga berbulan-bulan, tentu semak samun pula jadinya kediaman kita dek kerana bukan sahaja rumput malah lalang juga akan tumbuh melata. Hal ini tentu membuatkan kita sakit mata untuk memandangnya.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Oleh itu buat anda yang tiada masa untuk mencabut rumput-rumput yang ada di sekeliling rumah, sebenarnya ada cara mudah dan praktikal untuk anda buat sebagaimana yang dikongsikan oleh Hassan Khalid ini.
Dengan sekali buat, terus selesai masalah rumput hingga setahun lebih lamanya. Memang hebat idea ini dan modalnya pun tidak mahal, hanya menggunakan sarang telur!
ARTIKEL BERKAITAN :
Nak Elak Monyet Masuk Ke Laman, DIY Macam Lelaki Ni Buat Pada Pagar Rumahnya!
Dapat Upah Tanam Rumput Terus Belanja Ibu Ayah Makan KFC, Tindakan Anak Ni Dapat Pujian Netizen!
Guna Minyak Ni Untuk Sembur Rumput & Lalang Di Kawasan Rumah. Confirm 6 Bulan Rumput Tak Akan Tumbuh!
CARA MUDAH UNTUK HAPUSKAN RUMPUT & RUMPAI GUNA KOTAK TELUR
Benci rumput dan rumpai? Tak de masa potong dan merumpai?
Cuba tip saya tanpa ada kos!
Dah bertahun tak guna mesin rumput atau merumpai sampai rindu amalan tu. Hujan lebat tanah tak percik pun.
Bahan:
Kotak Telur
Cara Membuat:
1.Kotak telur dilapis bersebelahan dan bertindih disisinya.
2.Basahkan sampai lencun. Minta anak pijak sampai kemek serata. Siap.
Tahan hampir setahun lebih. Air boleh membolosi.
Sumber : Hassan Khalid via Berkebun Di Rumah
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Hampir 20 Tahun Allah Berikan Latihan Untuk Kami Sekeluarga.” Ini Kisahnya Dikongsikan!

Benarlah, berat mata memandang berat lagi bahu yang memilikulnya. Inilah dugaan hidup yang dilalui keluarga ini apabila dianugerahkan anak syurga, yang kini telah pun berusia hampir 20 tahun.
Ikuti kisah keluarga ini, semoga dapat menjadikan kita lebih sabar dan cekal dalam mendepani ujian hidup berkeluarga.
Cabarannya terasa sangat berbeza dalam kembara kami kali ini.
Dia bukanlah bayi, mahupun kanak-kanak, malah bukan lagi anak remaja. Balqis kini sudah di usia dewasa.Tubuhnya membesar selari dengan usia. Namun, kemampuannya tidak sama.
Balqis memerlukan bantuan kami sepenuhnya untuk uruskan dirinya.Kami akur, dia tidaklah membesar di hadapan kami sekelip mata.
Hampir 20 tahun, memakan masa.Hampir 20 tahun Allah berikan latihan untuk kami sekeluarga.
Sedikit demi sedikit perubahan kami lihat dengan hati dan mata. Dari tidak sedar, menjadi pemerhati.
Dari tidak mampu duduk tegak, sudah boleh duduk bersandar.
Dari sepi tidak bersuara, sudah bising dengan bunyian dan perkataan tertentunya.
Dari dijangka terbaring sahaja, sudah ligat tangan mahu menyalam dan menegur semua yang dia jumpa.Subhanallah.
Banyak sungguh perubahannya kesan diserang sawan ketika 6 bulan usia.
Cuma, semakin dewasa semakin besar jugalah cabarannya. Tubuhnya, ragamnya dan juga mood turun naiknya.
Sepanjang kembara kami kali ini, ragamnya sangat mencabar buat kami dan juga adik-adiknya.
“I used to feel bad for Kakak, but this trip…I was like Arrrrggghhh why do you have to make it so difficult, Kakak!” Luahan hati si adiknya ini ketika sesi bulatan keluarga diadakan pada malam terakhir kami di Pulau Redang. Ia luahan ikhlas sekadar mahu lepaskan dari dada yang dipendam.
Masing-masing tunduk memandang ke pasir. Naufal tidak sedikitpun menaikkan kepalanya. Menitis-nitis airmatanya.
Nadiyah dari awal sudah tulus dengan perasaannya, tidak disimpan rasa mahupun airmata. Nafis mengesat-ngesat mata dengan bajunya, tidak mampu bersuara.
Sungguh, anak-anak terasa lelah dengan kerenah kakak mereka, kali ini. Berbeza dari kembara sebelumnya.
Serba tidak kena. Serba mendesak dan merenggek. Serba kelam kabut dibuatnya.
Urusan yang sepatutnya mudah, menjadi amat payah dan memakan masa. Tenaganya kuat sekali mengalahkan kami yang semakin tua.
Pulau yang di kelilingi pasir, perlukan tenaga untuk menarik kerusi rodanya. Tolak di atas pasir, tidak akan bergerak. Maka, terpaksa ditarik secara mengundur Balqis di atas kerusi rodanya. Lelah si tua bergerak ke sana sini.
Waktu tidurnya pula sangat mencabar dalam chalet yang kami maklum, serba sederhana. Dia terlalu biasa punya ruang tidur sendiri yang sunyi penuh privasi. Tiada gangguan buka tutup pintu dari sesiapa kerana dia punya bilik dan katil khasnya yang tersendiri. Tidurnya sangat payah sepanjang di Pulau Redang. Lalu, dikacau, dicekau, dipunggah segala isi dalam chalet kami.
Menyiapkannya juga sangat melelahkan. Perlu dikendung tubuhnya yang besar dan panjang melewati ruang pintu chalet yang rendah dan sempat.
Trip snorkling, Balqis mengamuk di hadapan semua penumpang lain. Dia mahu turun snorkling, tidak mahu ketinggalan, tidak mahu sabar menunggu giliran. Digelongsorkan tubuh badannya mengambil perhatian. Lantas terjunlah si Abi ke dalam lautan dalam membawa si anak dewasa ini hingga terlupa telefon bimbitnya di dalam poket…. menyelamlah bersama kekalutan.
Sungguh!
Kalutnya hingga memerlukan tenaga dan menguji kesabaran yang luar biasa.
Malangnya, kami hanya ibubapa yang biasa-biasa. Sangat lemah tenaga dan iman yang sentiasa turun naiknya.
Namun,
Berhati-hatilah hati yang membaca.
Usahlah rasa ibubapa anak istimewa mengeluh bila berkongsikan hal-hal yang tidak nampak di mata biasa kita.
Usah terdetik di hati, “Mereka tidak redha dengan tentuanNya”.
Usah dijaja, “Itulah kifarah dariNya.”
Usah mendabik dada, “Lega aku tidak diuji sedemikian rupa.”
Usah penuhi hati dengan simpati semata-mata, tanamkanlah juga empati yang tinggi bila berhadapan dengan keluarga seperti kami.
Jangan sesekali ucapkan ayat klise; “Sabar lah ya”; kerana dengan bersabarlah anak ini masih sihat, selamat dan bahagia di bawah bumbung rumah mereka.
Jangan!
Jangan juga sesekali katakan kami hebat. Sesungguhnya kita ada Allah, Yang Maha Hebat ….bukan kita, manusia.
Lalu,
Bacalah dan dapatkan manfaat darinya.
Jadikan ia ilmu bermanfaat dan diamalkannya.
Agar kelak kami boleh bawa bersama persembahkan di hadapanNya. Agar bantu tutup lubang-lubang dosa dalam menjaga anak syurga amanahNya.
Inilah bantuan yang sebaik-baiknya untuk kami, dari para sahabat yang sudi membaca dan menyelami kisah-kisah kami bersama Balqis yang amat istimewa.
Biarlah tiada yang sia-sia di sisiNya.
Sumber : Ummu Naufal