Siapa tak kenal dengan Bos James, seorang usahawan dan juga influencer yang terkenal dengan sentiasa meraih perhatian ramai dengan konten-konten menarik yang dipaparkan di laman sosial.
Bagi yang mengikuti Bos James, beliau sangat terkenal dengan sifatnya yang rendah diri dan tidak lokek berkongsi terutama dengan pekerjanya.
Sejak terkenal, rezeki influencer berbangsa Cina ini semakin murah dan pernah menjadi duta bagi satu jenama pakaian pada bulan Ramadan yang lalu.
Bos James terus menjadi bualan netizen apabila baru-baru ini dia mengeluarkan sejumlah perbelanjaan demi memberi ganjaran kepada para pekerjanya sebagai menghargai jasa serta pengorbanan mereka terhadap syarikat.
“Hari ini hari penting, kejutan raya untuk orang hebat dalam team saya, untuk hargai hasil penat lelah mereka. Yang berusaha lebih tanpa meminta balasan.
“Kegigihan mereka perlu saya balas, dengan hadiah yang nilainya tidak seberapa. Sakit poket tak mengapa. Janji tak sakit hati. Senyuman mereka penting buat saya,” katanya.
Bukan itu sahaja, Boss James meluahkan rasa syukur mempunyai pekerja yang sentiasa menjadi penyokong dan tulang belakangnya selama ini dalam membangunkan perniagaan.
Bahkan, dia turut mengambil peluang dengan menzahirkan ucapan terima kasih kepada mereka kerana tidak pernah mengalah dan sentiasa mempercayainya sebagai majikan dalam merealisasikan impian.
“Syukur masih berjuang bersama, menjadi tulang belakang saya dalam apa yang kami kerjakan. Terima kasih sebab tak pernah mengalah, sentiasa percaya saya untuk kita sama-sama realisasikan impian kita.
“Korang memang hebat, semoga hubungan kita sentiasa dipelihara, dalam lindungan tuhan. Sayang semua!” ujarnya.
Di ruangan komen, ramai netizen yang kagum dengan peribadi Bos James dan menjadikannya sebagai inspirasi.
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club