Setiap hari kes Covid-19 meningkat. Jadi sudah tentunya, para petugas barisan hadapan (frontliners) khususnya petugas kesihatan sekali lagi berhadapan cabaran besar apabila negara dilanda gelombang ketiga pandemik koronavirus (Covid-19).
Salah satu negeri yang mencacat kenaikkan mendadak adalah negeri Sabah. Situasi ini mengakibatkan para petugas barisan hadapan bekerja dalam situasi yang genting.
Namun, mereka juga manusia. Sudah pastinya turut terdedah dengan risiko jangkitan.
Begitulah yang dihadapi oleh seorang frontliners wanita yang berkogsi coretan kisah bagaimana dirinya dijangkiti virus setelah 18 hari berada di Sabah.
Lebih menyedihkan, demi berbakti kepada negara, beliau terpaksa meninggalkan anak seramai lima orang. Sebak kisanya.
Ikuti perkongsian ini.
TINGGAL LIMA ANAK DAN SUAMI
Meninggalkan anak 5 dan suami untuk berbakti pada negara sebenarnya bukan keputusan yang mudah. Mana mungkin seorang isteri dan seorang ibu sanggup meninggalkan keluarga jika untuk berseronok.
Ya,memang ada mulut-mulut mengatakan aku BODOH sebab serah diri ke tempat yg sememangnya diketahui sebagai RED ZONE,ada juga mengatakan seronok sebab akan dpt elaun yg banyak yg aku sendiri x phm mksudnya..tapi aku tak kisah..bagi aku,tujuan aku pergi semata2 kerana ingin berbakti pada negara dan membantu rakan2 seperjuanganku yg lain.
Selain aku dpt menimba pengalaman di tempat org..ye la nak jd askar,pegang senapang aku x layak..jd ini saja la bakti aku pd negara..melawan musuh yang tak nampak di mata…
Membaca msg yang diberikan oleh cikgu pra pada aku,membuatkan aku menangis..sungguh hati seorang ibu sgt mudah tersentuh bila berkaitan anak5..
SEBAK
Dan hari ini,setelah 18 hari aku di bumi Sabah..aku disahkan positif Covid-19..Benda yg aku paling x jangka,yg aku tak pernah mimpi,yg aku takuti,terjadi jua….
Rasa down? Speechless? Menangis la aku sepuas hati td selepas dpt keputusan yg paling aku tak jangka.. namun menyesal tidak sekali..aku tau perancangan Allah lebih baik..Allah syg aku dan keluarga aku sebab tu mcm2 Allah uji aku..aku berdoa agar aku cepat sembuh dan dpt jumpa semula keluarga aku..terima kasih pd keluarga, rakan,org2 atasan yg call dan wassup kata2 semangat pd aku..sungguh sangat bererti doa kalian pd aku..
Dan sesungguhnya ujian yg paling tidak tertanggung adalah RINDU
AKU SEORANG FRONTLINER
Doakan aku bebas dari Covid
Sumber: Siti Nurjannah Abu Bakar