“Jujur Terkedu Sebab Juna Bukan Sejenis Kisah Mummy Dia Nangis.” Fynn Jamal Terharu & Sebak Anak Sapu Air Mata Di Wajahnya!

Share

Hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan Fynn Jamal dan suaminya Triz yang ke 10 tahun. Mungkin ada yang mengetahui  suami Fynn Jamal kini tidak sihat.  Namun tidak diketahui apakah penyakitnya.

Semalam, Fynn atau nama sebenarnya Affina Yanti Jamalludin dalam satu program live bersama Fara Fauzana dan Faizal Ismail dikejutkan dengan panggilan dari suami Fynn.

Dalam perbualan tersebut, Fara sempat  menitipkan nasihat supaya Triz menjaga diri dan cepat sembuh. Di sebalik niqabnya, Fynn dilihat tidak mampu menahan tangisan manakala Fara pula dilihat cuba berlagak biasa.

Sedar akan kesedihan yang dialami insan yang disayangi, Arjuna dilihat menyapukan air mata yang mengalir di wajah ibunya itu.

Momen tersebut nyata mengundang kesedihan di hati Fara yang dilihat terus menunduk kerana tidak dapat menahan tangisannya.

Arjuna merupakan anak angkat kepada Fynn dan suami. selain Arjuna, pasangan ini juga mempunyai seorang lagi anak angkat bernama Sakti Kencana Fitri.

Fara dan Faizal turut meraikan ulang tahun perkahwinan pasangan ini dengan menyediakan sebiji kek.  Para pengikut yang menyaksikan video tersebut mengakui cukup sebak dan tersentuh hati dengan keprihatinan Juna.


ellymedinaazhanAllah, sedih pulak tgk juna lap air mata kak fynn ??? sebak dan tros rasa terpanggil nak comment, mcm dia memahami je ape mommy dia rasa ?

mommiezaraIts ok Fynn. Ujian yg hebat adalah utk org yg hebat. Terus kuat ok. Didoakan Triz disembuhkan dari ujian sakitnya dan Fynn dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT. Aamiin

fasraisna._Omggggg! Junaaaaa ?????????????? im cryinggggggg! Kak @fynnjamal i felt youuu! ❤❤❤? nasib takda saya, maunya bah banjir kat situ. ??????????

fara_abdrahmankak fyn. u r a strong women.. Semoga kak fyn dan keluarga sentiasa di jaga dan dilindungi.. Allah permudahkan segala urusan akak dan abg triz cpt sembuh.. aminn.

nurulfakriahJuna …bahagianya Ada anak sepertimu juna… Sekali sis Tak rasa air mata terkeluar…Kau anak yang jujur juna…semoga Kau terus manjadi anak yang soleh…aamiin..

nadirahridzuanSemoga kak fyn dan abg tri kuat dalam menempuh dugaan yg Allah bg. As what u said, Allah knows the best whether you are strong enough to face it or not. Be bless in this dugaan because you keep on getting reminders from Allah.

aieda_azri83jsHappy Anniversary @fynnjamal ???semoga berbahagia hingga ke Jannah Allah. Dgn 2 bdk comel. So touching d video. Allahuakhbar?

mrseyzaaasubhanallah kak fyn. in the firstime mengalir airmata tengok reaksi juna . psemoga keluargaa kak fyn bahagia sentiasa . we all love youuu ❤️

Fynn dalam pada itu turut memuat naik satu catatan kisah perkahwinannya sehingga mampu bertahan seperti sekarang.

 

Semoga Triz cepat sembuh dan mendoakan semoga pasangan ini dipermudahkan dalam segala urusan.

Sumber: IG fynnjamal