Anak-anak sekarang mudah tersentuh emosi mereka. Jika ada hal yang membabitkan keluarga terutama ibu ayah, cepat sahaja metreka memberi tindakan. Jadi ibu bapa jangan ambil mudah tau.
Begitulah juga dengan anak Aeril Zafril dan Wawa Zainal. Baru-baru ini Wawa ada memuat naik satu video anak perempuannya, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 3, menangis kerana tidak membenarkan si ayah bermesra dengan wanita lain.
Menurut Wawa, Hayla bertindak memukul dan mencakar Aeril selepas melihat video bapanya sedang berlakon bersama pelakon Siti Elizad.
“Hayla tengok video ni tadi. Dia cakap ‘ayah janganlah dengan perempuan lain. Kesian mama’. Aeril terus mainkan video itu lama-lama, Hayla menangis habis dia pukul, dia cakar ayah dia.
“Dia jerit kesian mama!!! Ya Allah terharu I sampai nak menangis… Macam siapa ajar dia ni?,” ujar Wawa menerusi kapsyen di dalam laman instagramnya.
Rupa-rupanya, video tersebut memperlihatkan Aeril sedang melakokan salah satu babak bersama Siti Elizad dalam drama Cinta Tanpa Henti.
Sebagai ibu, Wawa tidak menyangka anaknya yang baru berusia tiga tahun sudah dapat memahami situasi tersebut. Namun, dia terpaksa menerangkan hal tersebut supaya Hayla memahami yang ayahnya sedang berlakon dan barulah berhenti menangis.
Comel kan Hayla ni, sayang betul dekat mama dia. Takut perempuan lain ambil ayahnya.
Ada antara netizen mengatakan anak perempuan cukup sensitif dengan hal sedemikian dan tak kurang yang memuji akan kecomelan Hayla berbuat demikian.
Sumber: IG w4w4_zainal