Ya Allah, Rezeki Abah.” PM & Isteri Tunai Ibadah Umrah, Berpeluang Kucup Hajarul Aswad!

Share

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diberi penghormatan untuk memasuki Kaabah ketika menunaikan ibadah umrah.



Lebih istimewa lagi, menjadikan beliau ketua pertama negara memasuki Kaabah selepas lebih setahun ditutup disebabkan wabak pandemik Covid-19.

Pintu Kaabah dibuka untuk Muhyiddin bersama isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta beberapa tetamu lain.

Ini merupakan kali pertama tetamu memasuki Kaabah sejak lebih setahun lalu.

Terdahulu, Ahli Parlimen Pagoh itu dan isteri tiba di Jeddah pada jam 5.31 petang Sabtu waktu tempatan (10.31 malam di Malaysia) untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi.

Lawatan itu adalah bagi memenuhi jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud yang juga penjaga dua masjid suci.

Sumber: Astro Awani, Twitter @NajibAroffAWANI , Facebook Haramain Sharifain , Facebook Bernama TV