“Ya Allah, Malunya Anak-Anak Semua Dah lama Berhijab.” Vicha Kini Bertudung, Mohon Doa Dari Semua!

Share

Seorang demi seorang Selebriti yang mengambil keputusan untuk berhijab. Terbaru, pelakon dan pelawak dari seberang Vicha Saywho berkongsi berita tersebut.

Vicha atau nama sebenarnya Refika Novianti Faturohman berkata dia masih belajar serta meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik.

“Bismillah Ya Allah. Saya minta tolong kepada semua untuk mendoakan yang baik-baik. Saya budak masih belajar. Insya-Allah.

“Niat untuk bertudung memang sudah lama. Malah, sepanjang Ramadan lalu saya cuba memakai tudung perlahan-lahan. Apa yang menjadi kebimbangan selama ini adalah jika keputusan untuk bertudung akan menyukarkan peluang saya untuk mencari makan dalam bidang ini sebab saya adalah seorang pelawak.

“Namun, melihat kejadian demi kejadian yang berlaku termasuk pemergian Allahyarham Siti Sarah benar-benar membuka mata saya untuk berhijrah.

“Bila-bila masa Allah boleh ambil nyawa saya dan sudah tiba masanya untuk saya berhijrah ke arah yang lebih baik.

“Saya terfikir sampai bila saya kena takut dengan pekerjaan sedangkan Tuhan yang maha memberi kekayaan dan rezeki kepada umatnya,” ujar Vicha Saywho yang berkongsi mengenai penghijrahannya itu.

Vicha berkata, selepas berbincang dengan rakan-rakan yang kebanyakannya sudah bertudung, dia kuatkan hati dan dekatkan diri dengan Allah.

“Hari ini adalah detik paling indah dalam hidup saya dan saya mohon doa daripada orang ramai supaya saya terus istiqamah.

“Saya juga berharap Allah akan terus beri perasaan ketakutan dalam dunia ini sampai bila-bila. Saya bimbang jika keadaan negara sudah kembali pulih dan kita mendapat semula nikmat dunia, kita lupa untuk dengan-Nya,” katanya.

Sementara itu, dalam satu perkongsian lain, Vicha turut mengakui berasa malu dengan anak-anaknya yang sudah lama berhijab dan hanya dirinya sahaja yang masih belum berhijab.

“Ya Allah, baru perasan dalam keluarga sayalah yang baru berhijab. Malunya sedangkan anak-anak saya semua pun pakai hijab dah lama.

“Ampunkan saya Ya Allah. Subhanallah, Insya-Allah tiada kata terlambat untuk hamba-Nya yang ingin belajar dan memperbaiki dirinya,” katanya.

Baru-baru ini, Vicha diserang penyakit gastrik sehingga terpaksa dirawat di hospital gara-gara terlalu memikirkan keadaan tiga anaknya di Indonesia yang sudah dua tahun tidak bertemu.

Sumber: vicha_barbie


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/  

atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520