Sebelum ini, peminat hanya mengetahui Neelofa dan PU Riz kali pertama berkenalan melalui urusan kerja di tahun 2017.
Siapa sangka, rupanya jodoh mereka sedang diatur dengan indah oleh Allah sebelum selamat mendirikan pernikahan tahun lalu.
Baru-baru ini, dalam rancangan temubual MeleTOP, Neelofa atau Noor Neelofa Binti Mohd Noor berkongsi tentang permulaan bibit -bibit percintaan mereka.
Menurutnya, dia mula jatuh hati pada suaminya itu saat Haris menjadi imam solat terawih di kediaman keluarganya pada dua tahun lalu.
“Sebenarnya, sebelum ini kami pernah bekerjasama beberapa kali. Di rancangan ini juga kami pernah sahaja bertemu. Ketika itu memang tidak dinafikan dia (PU Riz) seorang yang kacak.
” Masa bulan puasa ketika Covid-19 tahun 2020. saya ingin mencari imam untuk solat terawih di rumah. Ramai yang tidak lapang ketika itu.
” Sehinggalah saya terfikir tentang PU Riz kerana pernah bekerjasama dengannya.Jadi saya panggil dia sajalah. Bila dia pertama kali pergi ke rumah mak, saat itulah saya mula jatuh cinta dengannya,” kongsi Lofa.
Sumber : YouTube MeleTOP