Penghujung tahun lalu, tular satu kisah yang menimpa seorang rakyat Malaysia, Daniel Arif Ahmad Fuad.

Pemuda berusia 22 tahun ini terbabit dlaam kemalangan di tempat kerjanya. Akibat tragedi tersebut,  separuh dari kakinya hancur ketika bekerja di sebuah kilang pengisar sampah di Samseong, Seoul Korea Selatan.

Ya Allah Inikah Sakaratul Maut?” – Separuh Badan Hancur ‘Ditelan’ Mesin Kisar Sampah, Pemuda Ini Kongsi Cerita Sebenar. Sebaknya!

Baru-baru ini Danial Arief berkongsi kisah terbarunya selepas peristiwa tragik tersebut. Perkongsian danial arief dimuat naik olehnya melalui laman facebook.


PADA HARI KEJADIAN AKU….

Harini mood aku agak membosankan sebab tak pergi mana. Yelah cuaca sini kejap ok kejap tak kan. So aku harini rehat je dalam bilik aku. Ramai org yang baru follow aku nak tahu macam mana terjadi. Apa sebab terjadi. Ok. Ada sikit benda aku nak tulis cerita pada hari kejadian.

Ads

Isnin 19 Oktober 2018
Aku bangun pagi macam biasa pukul 6 pagi. Start keje pukul 7 pagi. Dah mandi apa semua pukul 6:40 aku turun ke bilik lepak hisap rokok. Yang anehnya, safety boot aku hilang pada hari tu. Dah mcm orang gila aku cari tak jumpa. Takpe la. Aku pinjam kasut member aku then terus pergi start mesin. Maklom la tu la keje aku. Start mesin recycle.

Ya Allah Inikah Sakaratul Maut?” – Separuh Badan Hancur ‘Ditelan’ Mesin Kisar Sampah, Pemuda Ini Kongsi Cerita Sebenar. Sebaknya!

Pukul 9 pagi aku punya agen kesayangan aku datag. Aku panggil dia Omma sebab dia dah macam mak aku dan layan aku macam anak dia. Dia ambik aku sebab nk pegi klinik check kaki aku. Seminggu sebelum tu, kaki aku terkena pisau bahagian betis. Dalam dia punya luka beb. Settle je kt klinik dia tanya aku nak makan apa. Aku jawab je la tak kisah pun. Sekali bawak aku pegi Lotteria. Haaa makan burger bhai breakfast. Katanya pizza tak bukak lagi. Hahaa. Habis makan terus hantar aku balik kilang.

Pukul 3 petang mesin stop sebab jem tetiba. So aku as operator, technician, engineer apa semua aku pegi tolong tengok apa yang jadi. Mesin tu tak bergerak beb. Takleh jalan. Kitorang pon heran. Aku pon tanya la kat aku punya leader means orang lama, nak tak masuk dalam mesin. Dia kata ok jap nk stop mesin. Dia dah settle ok aku masuk. Tengah clearkan benda yg boleh punca sangkut tetiba aku terjunam dalam pengisar. Allahuakbar! Aku jerit! Aku mengucap! Aku fikir aku nk mati. Kaki aku kebas! Aku tengok peha aku isi terkeluar. Menitik air mata aku. Aku mengucap banyak kali. Sempat mesin tu member aku stopkan. Ya Allah member aku semua keliling aku menangis tengok aku. Sahabat aku nak pengsan. Menggigil aku tgk. Diorang bagi aku air. Time tu aku meraung sekuat hati!! Aku jerit Laillahaillallah.

Ads

Lepas 3 minit bomba dan medik datang. Dia tenangkan aku. Check tekanan aku mcm mana. Memang aku haus ya amat. Aku fikir ya Allah inikah sakaratul maut??? Aku rasa dahaga sangat-sangat. Sebelum diorang datang aku minum 2 botol air member aku bagi. Org medik tu tanya aku nama apa, duduk mana. Aku dah stress dah. Aku minta air dia kata tak boleh. Bahaya. Aku heran laa. Pastu dia bagi bantuan oksigen  kat mulut aku. Boleh pulak dia ajak borak dengan aku. Ok kaki kanan aku memang hancur habis. Kaki kiri sangkut. So diorang decide untuk potong. Time dorang potong tu. Allahuakbar azab dia. Sakit yang tak pernah aku rasa. Lepas habis potong terus diorang angkat aku berjemaah masuk ambulans.Ya Allah Inikah Sakaratul Maut?” – Separuh Badan Hancur ‘Ditelan’ Mesin Kisar Sampah, Pemuda Ini Kongsi Cerita Sebenar. Sebaknya!

Dalam ambulans pulak aku minta air. Wehh memang aku rasa dahaga sangat2!!! Dia tetap tak nak bagi. Aku tak nak pandang langsung apa jadi kaki aku. Takut aku pengsan. Tetiba ambulans berhenti. Tudia helikopter mai. Aku naik helikopter pulak. Time tu aku dah nak pengsan dah. Ada sorang tu tah la aku tak tau dia tampar muka aku. Dia cakap wake up! Pastu dia tanya apa makanan kegemaran aku. Kenapa tak suka makanan korea? Aku time tu sabar je. Mengucap je kt hati ni. Masa sama aku nk melayang. Aku pening sangat. Lepas 5 minit aku sampai Hospital Ajoudae. Kelam kabut diorang bawak aku. Time tu aku nampak kabur dah. Pang kena tampar lagi kat muka. Masuk je dalam bilik bedah, aku tgk seramai tidak weh doktor sambil record aku ramai. Pastu dia letak anesthesia kat hidung aku terus pengsan…..Ya Allah Inikah Sakaratul Maut?” – Separuh Badan Hancur ‘Ditelan’ Mesin Kisar Sampah, Pemuda Ini Kongsi Cerita Sebenar. Sebaknya!

Lepas 3 hari aku pon sedar… Benda pertama aku cari air. Memang aku dahaga sgt2. Sakit betul tekak aku diorang letak apa benda tah. Esok hari pulak pukul 6 petang mak dan ayah aku masuk tengok aku. Ya Allah betapa sedihnya aku tengok diorang nangis. Sumpah aku tak kuat…

Ads

Ya Allah Inikah Sakaratul Maut?” – Separuh Badan Hancur ‘Ditelan’ Mesin Kisar Sampah, Pemuda Ini Kongsi Cerita Sebenar. Sebaknya!

So pengajarannyaa lepas ni nak kerja safety utamakan ok. Fikir logik. Jangan jadi macam aku.

Salam anak perantauan ?

Ya Allah Inikah Sakaratul Maut?” – Separuh Badan Hancur ‘Ditelan’ Mesin Kisar Sampah, Pemuda Ini Kongsi Cerita Sebenar. Sebaknya!

Sumber: Danial Arief

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI