Ibu mana yang sanggup berjauhan dan tinggalkan anak yang masih kecil kan, itulah situasi yang sedang dilalui pengacara Dayah Bakar selepas anak lelakinya, Achbar Muhammad Fahri, dihantar ke ‘playschool.’
Menerusi perkongsiannya baru-baru ini , isteri kepada kapten Hanif ini meluahkan rasa sedih apabila terpaksa ‘berpisah’ dengan anak tunggalnya itu.
Menurut Dayah atau nama sebenarnyaNur Hidayah Abu Bakar, perasaan sedih kian menebal bilamana mendengar tangisan Fahri yang baru sahaja dihantar ke pusat berkenaan bagi membiasakan diri dengan pengalaman baru.
“Perjalanan baru. Haritu kami hantar Fahri trial to playschool untuk beberapa hari dan hari ini adalah hari Fahri betul-betul mula. Ya Allah, tak senang ya, hati sungguh rapuh waktu hantar dia, lagi-lagi bila dia menangis,” ungkapnya lagi.
Dalam masa yang sama, bekas pengacara program bual bicara Borak Kopitiam ini turut meminta para ibu yang pernah mengalami situasi sepertinya supaya berkongsi pengalaman dan tips yang boleh digunapakai pada anak lelakinya itu.
“Tolong kongsi pengalaman ibu yang lain. Mereka cakap situasi macam ini normal untuk mula-mula, nanti akan okay.
“Semoga Fahri baik-baik sahaja. Main, belajar, berseronok, kenal kawan baru dan menyesuaikan diri dengan baik. Auntie uncle doakan juga sama-sama ya,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata berkongsi tip dan pengalaman sendiri.
rubydotmy Hehehe be strong okay! Memang akan rasa macam-macam. Tapi sekolah lah bagus utk mendidik anak. Sambil ibu ayah tenang-tenang bekerja. Nanti Dayah akan happy dengan perkembangan Fahri. Pandai ABC, pandai mengira, pandai potty sendiri, jimat diaper. Hahaha. 😍
nienabaharun.nbYes, awal2 sama la mcm ni perasaan sedih sebak bila hantar anak first. Lama2 InsyaAllah anak boleh adapt & dia pun happy. 😍
nur_zumrahSamala.. tadi anta anak dia nangis terus.. aduss xkuat betul mental mana.. Semoga Allah menjaga anak2 kita❤️
ainferraDay 1 i hantar anak, i nanges dlm kete. Stay dlm kete tepi skola dlm 15 min sbb dengar anak nanges lagi. Punya la kuat nanges kan.. lepas senyap baru gerak.. itu hari pertama.. now? Dia sendiri bukak pintu kete jalan masuk sendiri siap bye bye mama dia
nurhaslinaMula2 mmg gitu dayah.. Aqeel tu pun 2minggu jugak nanges😅😅😅😅😅 kita kena kuat laa. Skang ni dh okay. Seronok dah. Lega hati mak ni nyahhhh..
Dayah dan Fahri baru kembali ke Malaysia selepas setahun menetap di Canberra, Australia kerana mengikut Kapten Muhammad Hanif yang bertugas di sana.
Untuk rekod, Dayah dan Kapten Hanif mendirikan rumah tangga pada 2018 dikurniakan cahaya mata, Achbar Muhammad Fahri berusia dua tahun.
Gembira di hati tidak terkira bila mana mengetahui diri berbadan dua. Dalam usia 39 tahun, Puan Hamidah Tajuddin memang menantikan bayi keenamnya ini. Biar sedar diri hampir menghampiri 40- an, tetapi dia teringin untuk menimang anak lagi.
“Apatah lagi sepanjang kehamilan tiada sebarang masalah membuatkan dia dan suami menyangka segalanya berjalan lancar. Sehinggalah tiba dia melahirkan. Tanpa dia tahu anak syurganya itu mengalami pelbagai komplikasi termasuklah jantung berlubang, jaundis yang teruk, jangkitan paru-paru dan yang paling terkejut apabila diberitahu anaknya Sindrown Down.
“Selepas melahirkan, suami hanya mendiamkan diri tanpa memberitahu hal sebenar. Dia hanya cakap anak okey. Esoknya saya hairan kerana menunggu suami datang tetapi tak kunjung tiba. Lalu doktor yang bertugas memberitahu hal tersebut. Waktu itu sukar untuk saya ungkapkan dengan kata-kata perasaan ketika itu. Bayangkan 13 tahun yang lalu, masalah Sindrown Down tidak terlalu ketara dibandingkan dengan sekarang.
“Jadi saya rasa tak boleh nak hadapi dan uruskan anak ketika itu. Sampaikan darah tinggi saya naik dan ditahan di wad sedangkan sebelum ini saya tiada masalah darah tinggi dan kencing manis. Bukan kerana saya menolak takdir tetapi saya tidak tahu bagaimana nak uruskan anak istimewa ini.
“Apabila petang baru suami sampai dan dia cakap memang dah tahu anak kami istimewa. Dulu waktu saya mengandung 7 bulan, suami ada mengerjakan umrah dan di depan kaabah, terlintas bayangan anak. Tetapi suami tak ceritakan pada saya. Hanya selepas anak kami lahir baru dia cerita.
“Dua hari saya tak pegang atau tengok anak ketika itu. Sehingga suami akak suruh ambil dan susukan anak. Dia nak saya rasakan apa perasaan sebagai seorang ibu. Terus saya menangis dan apabila memangku anak ini, rasa kasih sayang seorang tiba-tiba ada. Saya dakap dan cium dia dengan sepenuh hati,” ujar ibu kepada Muhamad Syafiq, Muhamad Syauqi, Muhamad Syaqir, Farah Shuhada, Farah Shahida dan Muhamad Syukur.
Umur 5 tahun sudah boleh membaca
Tambah Hamidah lagi, ketika dalam pantang dia juga tiada masalah kerana anak sangat baik cuma Syukur lebih banyak tidur berbanding menyusu menyebabkan payu daranya bengkak.
“Memang sedih dan rasa sangat sedih ketika dalam pantang. Bayangkan saya tak pantang sangat sebab keluar masuk hospital Syukur kena jaundis yang teruk. Satu hari kawan suami datang dan beritahu dia juga ada anak istimewa dan katanya tak ada masalah untuk menguruskan mereka.
“Jadi saya tetapkan azam dalam masa 0-5 tahun saya nak all out dengan anak. Saya sekolahkan dia umur 6 bulan di Kiwanis Down Syndroem Foundation. Selepas 44 hari pantang, saya ke Kiwanis, dan ke IJN serta Persatuan Sindrom Down Malaysia. Di Kiwanis ramai anak-anak yang sama dengan anak saya. Daripada situ, semangat saya kian bertambah Cuma saya sedih sebab anak orang lain hanya bermasalah Sindrown Down, anak saya siap ada jantung berlubang lagi.
“Umur 1 tahun 7 bulan anak saya menjalani pembedahan dan nampak lubang di jantungnya membesar. Alhamdulillah berjaya pembedahan tersebut. Selain itu saya juga bawa anak ke sekolah khas. Anak-anak istimewa ini susah untuk bercakap dan ambil ambil masa, jadi saya tidak harapkan sekolah semata-mata.
“Sebaliknya di rumah pun saya ajar anak. Anak-anak istimewa ini lebih mudah dan cepat tangkap kalau kita gunakan Bahasa Inggeris. Dan saya guna flash card kerana ia sangat membantu. Malah, waktu dalam pantang lagi saya sudah praktikkan. Umur 5 tahun anak saya sudah boleh membaca,” ujar Hamidah yang memberitahu tak perlu kos tinggi jika ibu bapa kreatif, sebaliknya dia menggunakan manila kad untuk buat sendiri flash card.
Anak didiagnos kanser
Reda dan mampu menerima anaknya adalah sindrown down, namun sekali lagi ujian melanda pasangan ini bila mana Syukur di diagnos kanser .
“Waktu bersekolah di Putrajaya waktu umur 7 tahun, tiba-tiba Syukur demam. Waktu itu rasa sesuatu tak kena. Lalu di bawa ke hospital selepas nampak tanda bintik-bintik merah dan lepas ambil darah, doktor tengok keputusan darahnya rendah dan itu petanda ada kanser. Selepas keluar result doktor beritahu Syukur ada penyakit Leukimia.
“Waktu di dalam ambulans nak ke HKL, saya bisik pada diri mulai hari ini, bermulalah episod anak saya sebagai pesakit kanser. Sudahlah dia sindrown down, sekarang bertambah penyakit lain. Bermula dari hari itu, Wad KK3, HKL ibarat rumah kedua kepada saya.
“Di wad kanser, rupanya ramai kanak-kanak yang menghidapi pelbagai jenis kanser. Saya berkenalan dengan ramai ibubapa pesakit kanser kanak-kanak ini dan kami seperti satu keluarga dan saling menyokong antara satu sama lain. Ramai juga dari ibubapa ini yang berdepan dengan pelbagai masaalah semasa ank-anak mereka menerima rawatan di HKL.
“Jadi, daripada situlah saya tubuhkan kumpulan sokongan kerana kasihan dengan ibu bapa yang masih muda dan tiada sumber kewangan. Dalam masa yang sama mahu beri mereka kekuatan dan tertubuhlah Kumpulan Ibu bapa dan Sokongan Anak-anak Kanser (KIDS)” ujar Hamidah sambil memberitahu sambutan diterima baik dan setakat ini sudah ada hampir orang ahli di dalam kumpulan tersebut.
IQ tinggi
Setiap kali anaknya masuk wad, hati ibu gundah gulana dan sentiasa berdoa supaya Tuhan masih panjang kan umurnya dan beri kesempatan pada dirinya untuk membesarkan anak syurganya itu.
“Walaupun dia tidak bersekolah, tetapi tahap IQ dia cukup tinggi. Tanyalah apa sahaja pasti Syukur boleh jawab. Malah, dia juga pandai Google sendiri tanpa perlu kami ajar. Waktu umurnya masuk 11 tahun, doktor cakap kansernya sudah tiada dan sebagai ibu memang gembira dan bersyukur tak terkata.
“Tapi, kegembiraan itu tak panjang apabila Syukur lagi sekali diserang kanser pada usia 12 tahun. Tuhan mahu menduga kami lagi dan doktor cakap tiada harapan. Bayangkan kimo yang perlu Syukur lakukan 3 kali ganda lagi kuat dari sebelum ini.
“Sekali buat kimo, Syukur terus dimasukkan ke ICU dengan ulser penuh di mulut, muntah darah dan sebagainya. Sedih hati sebagai ibu apabila melihat keadaan dia ketika itu. Tapi Syukur seorang yang kuat dan dia jugalah yang menjadi sumber kekuatan saya untuk melalui semua ini.
“Disebabkan dia tak boleh makan, jadi saya kisar bubur dan guna sringe suapkan dia. Bila dia tak boleh makan saya nangis dan terus dia cakap Mami Don’t Cry Mami, I’m Strong. Lepas Tu Dia Sapu Air Mata Di Pipi Saya,”cerita Puan Hamidah yang tidak dapat menahan air mata lalu menangis sebelum ditenangkan oleh anaknya Syukur yang datang memeluk dan melafazkan kata sayang pada ibunya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon dan penyanyi terkenal, Ayda Jebat memuatnaik perkembangan anak sulungnya menerusi laman Instagramnya.
Ana Nayla yang kini sudah mencecah usia lapan bulan, sudah mampu bertutur beberapa patah perkataan dan kerap mahu bersama dengannya.
“I wanna post it! Coz you shooo cute! She can says ‘Mama’ yup! Thanks Baby for choosing Mommy instead of Daddy Bil. Daddy dia sampai merajuk. And few more words! I’ll record and tengok dekat Boss Baby @ananaylaofficial okay!
“And now she so clingy with me, 24 jam nak berkepit, and bila main dengan orang lain dia okay je gelak-gelak, but bila nampak je Mommy or dengar my voice, habis terus mood bertukar muka cebik nak mintak kena amik,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Untuk rekod, Ayda mendirikan rumah tangga bersama Nabil Mahir pada 1 Januari 2021 dan mereka menyambut kelahiran Ana Nayla pada 21 September tahun sama.
Ibadah haji merupakan rukun islam yang ke lima yang sifatnya wajib bagi umat muslim yang berkemampuan secara harta, fizikal dan masa. Menunaikan haji berbeza dengan umrah kerana ia melibatkan beberapa rukun yang perlu dipatuhi.
Salah satunya berwukuf. Ketika ini jemaah haji dari seluruh dunia yang mula bergerak ke Mina dan Padang Arafah untuk berwukuf. Jemaah haji akan bermalam di Mina. Ketika ini pastinya ia memberi pengalaman baru buat jemaah.
Begitulah yang dikongsi oleh pengguna twitter yang muat naik gambar ruang tidur di Mina. Perkongsiannya itu meraih perhatian ramai apabila melihat saiz tilam yang kecil.
Gambaran ini seakan mengingatkan kita tentang pengakhiran kehidupan kita di alam barzakh tiada yang luas melainkan amalan yang baik sahaja meluaskan sisi -Nya di sana.
Seterusnya ikuti perkongsian oleh @acaiijawe.
Inilah tempat tidur selama 4-5 hari di Mina. Tilam slim kata diaorang. Setiap orang dapat kawasan sebesar tu je untuk tidur dan letak beg. Kalau jiran ‘besar-besar’ kena tidur mengiring .
Inilah juga kawasan tidur, solat dan makan. Salah satu motivasi untuk kurus juga. Belah malam, kena banyak bersabar. Sebab suasana kadangkala panas, kadangkala sejuk sangat.
Banyak bunyi dengkuran sana sini. Tangan kena letak macam solat atau mengiring. Kalau tak, tangan kita boleh ada atas perut jiran sebelah.
Tapi Alhamdulillah. Ajar kita lebih sabar.
Sumber: Twitter @acaiijawe
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...