Teka-teki peminat sebelum ini berkenaan baby bump Wawa Zainal kini terjawab.
Ini berikutan pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel memaklumkan isterinya kini sedang hamil anak keempat mereka.
Berita gembira tersebut dimuat naik Aeril menerusi satu hantaran terkininya di Instagram bersama pautan video.
Dalam perkongsian tersebut, Aeril menzahirkan rasa syukur dan mendoakan agar isterinya sentiasa dirahmati Yang Maha Esa.
“Alhamdulillah ya Allah doa di makbulkan dapat baby no 4, tinggal nak 1 je lagi. Doakan semoga dipermudahkan urusan isteri saya bersalin tak lama lagi.
“Doa yang baik2 ya, terima kasih semua. Semoga @w4w4_zainal sentiasa dalam lindunganNya. Terima kasih syg. Jgn tutup kilang dulu ye,” tulisnya.
Kalau dulu bila mak kita hendak menanak pulut, pasti akan direndam semalaman pulut tersebut. Tapi sekarang ini ada trik untuk memasak pulut yang bukan sahaja tanpa perlu direndam, malah tidak perlu pun dikukus.
Nak tahu lanjut, jom ikuti perkongsian daripada No Or ini untuk manfaat bersama.
CARA MASAK PULUT DENGAN CEPAT DAN MUDAH
🎶Oh! kome deroyan udah luruh, 🎶
🎵moh kita cepat pegi suluh 🎵
Haaa lagu yang udah sinonim di musim durian ni. Ada orang suka makan gitu aje, ade lak yang suka makan dengan pulut dan santan.
Dedulu macam leceh je kan, nak masak pulut ni. Nak kena rendam bagai, tapi bila dah jumpa cara mudah ni. Alahai, pejam sebelah mata je kome oi.
Bagi yang belum jumpa cara mudah nak masak pulut, ni Cik No nak share cara yang amat mudah. Cepat pun iye jugak tau. Sebab dah tak perlu nak rendam merendam lagi. Dah tak perlu nak kukus kukus. Versi ni, Cik No guna rice cooker aje.
Okay, jom baca.
Untuk sukatan pulut tu, ikut koranglah berapa cawan pulut yang korang nak buat makan tu.
1- Cuci pulut bersih dan masukkan ke dalam periuk @ kuali. Cik No, guna periuk rice cooker tu aje.
2- Masukkan air ke dalam periuk tu, isi la banyak manapun takpe. Ikut suka korang la, pastu letak atas dapur, bukakan api.
Boleh letakkan pewarna @ serbuk kunyit atau biarkan aje warna putih, terpulang pada korang.
Cik No buat pulut putih je, sebab Cik boipren nak makan dengan durian.
Kalau korang nak letak pewarna, nanti kacau lah pulut tu, sebab nak bagi warna tu cantik sekata.
3- Tunggu sampai air rebusan pulut tu betul-betul mendidih. Pastu terus tutupkan api.
Bila air tu dah mendidih, jangan biar lama sangat, takut pulut kembang pulak bila kita nak masak dalam rice cooker.
4- Kemudian buang semua air rebusan tadi.
Pulut dah tak perlukan air.
5- Pindah periuk masuk ke Rice Cooker, pastu tekan button ‘Cook’ . Biar ia masak dalam rice cooker macam biasa, (sampai button tu bertukar pada ‘Warm’).
Ini bergantung pada berapa banyak pulut yang kita masak tu jugak.
6- Bila pulut dah masak / button keep warm, korang tabur lah gula dalam setengah sudu besar tu, pastu gaul-gaulkan rata. Kemudian tutup kejap periuk rice cooker tu.
Tujuan letak gula tu, nanti nak bagi pulut tu cantik, elok berkilat.
Lepastu bolehlah di masukkan pati santan dan di gaul rata. Boleh di hidangkan. Ikut suka lah nak makan dengan apapun.
InsyaAllah, walaupun pulut tak di rendam, elok je masaknya. Tekstur pulutnya pun cantik dan sangat-sangat menjimatkan masa.
Tak perlu menu berat atau yang mahal untuk menyediakan hidangan buat seisi keluarga terutama anak-anak. Janji kreatif dan pelbagaikan resipi barulah anak-anak dan suami teruja kan.
Apa kata cuba Roti Telur ni, pasti anak-anak sukakannya nanti. Boleh dibuat sarapan mahupun untuk minum petang.
IDEA BREAKFAST PAGI NANTI
Morning. pagi ni cikza breakfast dgn roti telur resepi cikza bagi sekali
8 keping roti 4 keping chesdale 4 biji telur 1 biji bawang Holland 1 biji cili merah Daun sup, lada sulah, lada hitam dan serbuk secukup rasa.
Satu kan semua bahan, panas kn kuali leper letak kn sedikit planta.celup kn roti kedlm adunan telur tadi.kemudian boleh lh goreng roti.letakan chesdale ditengah roti semasa roti masih panas nk bgi chesdale tu cair.kemudian potong roti ikut kepandaian masing2.
Kredit: @Norizaawanghamat
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Suasana paling meriah bulan Ramadan apabila berbuka bersama keluarga. Lebih meriah apabila berbuka bersama adik beradik dan suadara-mara di kampung. Ikatan sebuah keluarga yang bahagia terserlah apabila situasi ini cakna dalam setiap keluarga.
Malah, hidangan makanan untuk berbuka pun bagaikan lauk kenduri. Kena buat beberapa set untuk satu jenis lauk. Memang sangat meriah. Dah macam kenduri kendara dah.
Begitulah momen manis yang dikongsi oleh puan Cik Ning Hanieymengenai kisah keluarganya yang berbuka puasa beramai-ramai.
Alhmdulillah syukur…padamu Ya Allah kami Ank2 mak berkumpul adik beradik..ipar2 ..ank saudara…pakcik ..makcik..sepupu..anak sepupu ..berkumpul utk berbuka puasa bersama2 .
Katanya, majlis berbuka disertai oleh adik beradiknya, ipar duai, anak saudara, ahli keluarga sepupu dan ibu bapa saudara.
Meriahnya!
Berdasarkan gambar yang dikongsinya, memperlihatkan, menu dihidang ala kenduri dengan kain panjang dijadikan alas hidangan makanan.
Bukan itu sahaja, minuman pula diletakkan diruang khas untuk memudahkan ahli keluarga layan diri.
Sungguh inspirasi perkongsian ini. Lumrah apabila balik kampung sesetengah keluarga menjadikan momen ini sebagai tradisi. Malah suasana ini makin terasa apabila hari akhir Ramadan apabila anak-anak ramai yang pulang ke kampung. Ketika ini, penuh rumah di kampung. Lagi lah jika adik beradik 7 orang dengan semua yang dah berkahwin. Suasana yang sungguh manis di bulan Ramadan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...