“Ya Allah Berilah Kesihatan Sihat Tubuh Badan Suamiku.” Sweetnya Isteri Amy Search Mendoakan Buat Suaminya

Share

Sesungguhnya doa seorang isteri kepada suami menjadi salah satu doa mustajab. Hikmah doa seorang isteri memberikan impak yang besar dalam .kehidupan seorang suami.

Melalui kapsyen yang sungguh menyentuh hati yang ditulis oleh isteri kepada penyanyi rock Malaysia, Amy Search, Norhasniza Hassan. Telah muat naik sekeping gambar beliau bersama Amy Search dengan melahirkan rasa syukur dengan kehidupannya.

Jauh disudut hatinya, beliau mendoakan agar suaminya diberikan kesihatan dan dijauhkan hasad dengki manusia.

“Muka kami Suami Isteri kepenatan kelmarin .No filter.
Dulu cantik hensem mcm mana pun kita akan tua dan layu berkedut jgk , dulu kita disanjung suatu hari kita akan berada dibawah jgk Allah akan tarik satu2 nikmat dia makan dh tk boleh makan pedas , makan byk skrng dh mula muntah Allahuakbar .. Anak2 dh besar masuk remaja sekarang .”

Doa buat suami

“Ya allah berilah kesihatan sihat tubuh bdn Suamiku , jauhkan dia dr manusia hasad dengki dan khianat mati lah kami dlm husnol khotimah mu berilah kami Syurga firdaus mu . Aminnnn . . – love u Syurgaku . @aku.amysearch”

Keluarga bahagia

Bersyukur apa yang kita ada

Coretan yang sungguh sweet sebagai seorang isteri. Sungguh inspirasi!

Sumber: Instagram qasander