“Ya Allah, Beratnya Rasa Ujian Ni.” Ebit Lew Kongsi Berita Duka, Ayah Meninggal Dunia. Al-Fatihah!

Share

Bapa kepada pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew, Ibrahim Lew meninggal dunia sebentar tadi.

Berita duka itu dikongsikan oleh Ebit Lew menerusi media sosialnya. Menurut Ebit, jenazah bapanya masih berada di Hospital Gleneagles dan akan di bawa ke Masjid Bandar Baru Ampang untuk dimandi dan dikafankan.

Ebit berkata, jenazah bapanya itu akan di bawa ke Muadzam Shah, Pahang untuk dikebumikan di sana.

“Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Bapak saya yang tercinta baru sahaja meninggal dunia. Ya Allah beratnya rasa ujian ini. I love you bapak. Bapak pergi dulu. Nanti ebit sampai yer. Ya Allah ampunilah bapak.

“Sayangilah beliau, rahmatilah beliau,hadiahkan syurga Firdaus untuk beliau. Ya Allah temukanlah bapak dengan mak dekat sana. Letakkanlah mereka bersama. Ya Allah,inilah ayahku yang sangat baik. Terima kasih pinjamkan dirinya untukku.

“Saya dalam perjalanan ke Gleanagle Hospital untuk bawa jenazah ayah untuk dimandikan di Masjid Bandar Baru Ampang. Kemudian terus bawa ke Muadzam Shah Pahang. Pohon doakan buat ayah saya dan hadiahkan AlFatihah.

Ebit sebelum ini berkongsi kisah sedih mengenai keadaan ayahnya selepas disahkan menghidap penyakit kanser perut tahap akhir. Salam takziah buat Ebit dan keluarga. Semoga tabah dengan dugaan ini.