Setiap kali gambar atau video si cilik ini dimuat naik di media sosial, pasti ada sahaja gelagatnya yang mencuit hati. Terbaru, satu video Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama anak kesayangannya Siti Aafiyah Khalid telah menghiburkan ramai dengan gelagat lucu dua beranak ini.
Apa yang mengejutkan semua adalah buat pertama kalinya , anak perempuan buah hati penyanyi nombor satu negara ini menyebut nama penuh ibunya buat pertama kali ketika sesi live di Instagram.
Telatah spontan Aafiyah yang baru berusia dua tahun itu ketika membantu ibunya mempromosikan tudung membuatkan penyanyi nombor satu negara itu berubah riak muka terkejut.
Menurut Siti, itu pengalaman pertamanya mendengar Aafiyah menyebut nama pentasnya sebagai seorang penyanyi.
“Datuk Siti Nurhaliza ke? Ya Allah baru hari ini ibu dengar Aafiyah sebut nama Datuk Siti Nurhaliza.
“Aafiyah cakap cepat, heh, cepatlah…Ya Allah Aafiyah ni, satu-satu keluarkan,” katanya ketika meminta Aafiyah mengulang semula.
Ini menunjukkan perkembangan Aafiyah yang mula bijak bercakap itu kemudian turut dimuat naik di Instagram. Siti Aafiyah lahir pada 19 Mac 2018 hasil perkongsian hidup Datuk seri Siti dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.