Setiap kali gambar atau video si cilik ini dimuat naik di media sosial, pasti ada sahaja gelagatnya yang mencuit hati. Terbaru, satu video Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama anak kesayangannya Siti Aafiyah Khalid telah menghiburkan ramai dengan gelagat lucu dua beranak ini.
Apa yang mengejutkan semua adalah buat pertama kalinya , anak perempuan buah hati penyanyi nombor satu negara ini menyebut nama penuh ibunya buat pertama kali ketika sesi live di Instagram.
Telatah spontan Aafiyah yang baru berusia dua tahun itu ketika membantu ibunya mempromosikan tudung membuatkan penyanyi nombor satu negara itu berubah riak muka terkejut.
Menurut Siti, itu pengalaman pertamanya mendengar Aafiyah menyebut nama pentasnya sebagai seorang penyanyi.
“Datuk Siti Nurhaliza ke? Ya Allah baru hari ini ibu dengar Aafiyah sebut nama Datuk Siti Nurhaliza.
“Aafiyah cakap cepat, heh, cepatlah…Ya Allah Aafiyah ni, satu-satu keluarkan,” katanya ketika meminta Aafiyah mengulang semula.
Ini menunjukkan perkembangan Aafiyah yang mula bijak bercakap itu kemudian turut dimuat naik di Instagram. Siti Aafiyah lahir pada 19 Mac 2018 hasil perkongsian hidup Datuk seri Siti dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
“Usaha Dapatkan Penjaga Baik.” Mahu Beri Masa Depan Lebih Baik , Abby Abadi Cari Bayi Tak Mampu Dipelihara Keluarga!
Siapa tak kenal dengan pelakon Abby Abadi yang sejak dulu lagi gemar membantu anak-anak kecil terutama bayi yang baru lahir yang tidak berkemampuan. Terbaru menerusi laman instagramnya, Pelakon Gerak Khas ini memaklumkan dia memerlukan bayi yang tidak mampu dipelihara oleh ahli keluarga.
Menurut Abby lagi, usaha yang dilakukan olehnya ini adalah demi menjamin masa depan yang baik untuk bayi yang dilahirkan.
SAYA MEMERLUKAN BAYI YG TIDAK MAMPU DIPELIHARA
Mcm pelik je bunyinya kan.. tp itulah dia. Sy menyeru pada adik2, kakak2, ibu2 yg tidak mampu menjaga bayi mereka, jika segan utk berurusan dgn jabatan2 yg sepatutnya, boleh berurusan dgn Saya untuk Saya berikan masa depan yng lebih baik buat bayi itu.
Tak kisah warganegara atau bukan warganegara, asal dari manapun.. sah atau tidak sah.. Sy akan usaha utk bantu mendapatkan penjaga yg baik & mampu menjaga dgn penuh tanggungjawab 😊
Yg sudah lahir di alu alukan. Kalau belum lahir kita bincang & rancang awal ye. DM tau.. 🤗
Ps: Yg tak berminat, mencari salah, sibuk nk pertikaikan itu dan ini.. komen anda tidak diperlukan disini ye. ALLAH sebaik2 Penilai 😇
View this post on InstagramA post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on
Rata-rata yang membaca perkongsian Abby itu memuji usaha murni pelakon tersebut dan mendoakan semoga segalanya dipermudahkan.
Tak kurang juga ada yang bertanyakan prosedur jika mahu berurusan dalam pengambilan anak angkat tersebut.
Masalah Tidur, Mata Tak Boleh Nak Lelap. Dr Ni Jelaskan Kesannya!
Adakah ada antara kita pernah alami masalah tidur yang terganggu dan menyebabkan di siang harinya berasa letih dan lesu?
Andai ini berlaku bagaimana pula cara anda atasinya dan apa pula anda lakukan untuk membuatkan mata boleh terlelap?
Bercerita tentang masalah tidur ini, apa kata kita baca perkongsian daripada Dr Azima untuk info bersama.
Ini perkongsiannya.
Hakikat masa kini ramai orang berasa letih selepas bekerja dan ingin tidur, tetapi tidak dapat melelapkan mata.
Dah lama terbaring namun mata masih tak nak lelap. Otak pula masih ligat berjalan.
Bila dah nak pagi, antara 4 pagi – 5 pagi baru mata rasa dah tak boleh nak bukak. Tapi masalahnya pukul 6 pagi dah nak kena bangun, ada yang nak uruskan anak ke sekolah, siapkan kerja rumah dan bersiap nak ke pejabat.
Bagi mereka yang boleh tidur pula, tengah malam terbangun jam 2 pagi. Otak masih lagi berjalan. Lepas tu tak boleh tidur sampai pagi.
Mengapa keadaan ini berlaku?
Hasil tinjau selidik Pertubuhan Kesihatan Sedunia, mendapati 35% rakyat Malaysia mengalami masalah tidur atau sesuatu bentuk gangguan tidur.
Selain itu, lebih 53% tenaga kerja Malaysia mendapat kurang daripada minimum tujuh jam tidur dalam tempoh 24 jam.
Persoalannya, apa sebenarnya ‘di sebalik’ tidur?
Apa pula akan terjadi jika sering berhadapan masalah sukar tidur?
Salah satunya ialah ketika tidur, kebanyakan organ-organ dalaman badan akan berehat setelah penat bekerja seharian. Sel-sel mati di dalam badan dan sel-sel rosak ditukar dengan sel-sel baru.
Tahukah anda hati (liver) akan mulakan sesi detox mulai dari jam 11 malam sehingga 3 pagi. Bayangkan jika tika waktu ini, anda masih riang menjamu selera, ada yang sedang mengeteh atau mengopi. Hati akan terpaksa bekerja dan tidak dapat melakukan proses detox yang sepatutnya berlaku. Akibatnya, detoxification yang berlaku dalam masa yang singkat. Kerana itu adakalanya kita rasa letih, tak bermaya. Kesian Hati kita.
Kurang tidur menurunkan proses kognitif melalui beberapa cara iaitu:
#1. Ia akan mengganggu proses penumpuan, mengurangkan fokus dan mengganggu proses penyelesaian masalah. Ini menyebabkan kesukaran untuk belajar secara optimum.
#2. Fasa tidur di waktu malam memainkan peranan penting untuk menguatkan memori di dalam otak.
#3. Yang lebih membimbangkan, kurang tidur akan menyebabkan pelbagai penyakit perubatan lain seperti serangan dan kegagalan jantung, tekanan darah tinggi, angin ahmar, kencing manis dan kanser.
Satu kajian mendapati bahawa 90% penghidap insomnia juga menghidap penyakit lain antaranya masalah seksual serta kadar hormon testosteron yang rendah dan tanda-tanda awal depresi.
Ubat tidur memang boleh diberi untuk memudahkan tidur, namun tidak digalakkan kebergantungan dengan ubat tidur, kerana ia bukan solusi yang bagus bagi masalah insomnia. Ketahuilah Ubat tidur hanyalah solusi sementara sahaja.
Jalan terbaik ialah dengan mengenalpasti apakah yang penyebab utama mereka sukar tidur pada waktu malam dan bagaimana nak ‘shut down’ otak dari terus berfikir/bekerja sepanjang malam.
Membiarkan diri anda berada dalam keadaan ‘antara tidur dan tidak’ setiap malam seolah-olah membiarkan diri terbuka kepada risiko masalah kesihatan tanpa sedar.
Adakah anda sayang diri anda?
Sumber : Dr Azima
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Belajar Matematik Makin Mencabar. Cikgu Ni Kongsi Untuk Ibu Ayah Sama Fahami!
Sebaiknya kita sebagai ibu ayah perlu menyesuaikan diri terhadap skop pembelajaran anak-anak di sekolah. Apatah lagi, soalan-soalannya begitu mencabar, walaupun pada peringkat sekolah rendah.
Menyedari itu, seorang guru ini menggariskan beberapa tajuk dalam subjek Matematik bagi anak-anak yang belajar di darjah tiga untuk sama-sama difahami oleh ibu ayah bagi membantu anak-anak menguasai subjek yang dianggap sukar oleh anak-anak.
Jom baca perkongsian cikgu ini.
Apa yang anak kita di Tahun 3 akan belajar nanti? Jom saya 'BEDAH' untuk kalian.
1. TAJUK 1 ialah Nombor Hingga 10000.
Haa, makin advance dari Tahun 2 tau. Tajuk pertama ini sama macam anak di Tahun 2. Cuma nombornya makin besar main ribu riban dah.
Jika anak dah kuasai pada Tahun 1 dan 2, Tahun 3 Tajuk ini sepatutnya tiada masalah. Cuma perlu beri tumpuan pada sub topik Pola Nombor dan Penyelesaian Masalah. Makin tinggi aras KBAT soalan Penyelesaian Masalah.
Soalan Penyelesaian masalah ada dalam setiap Tajuk. Dan topik Penyelesaian Masalah PALING RAMAI murid tak faham dan tidak kuasai. Paling ramai. Titik!
2. TAJUK 2 ialah Operasi Asas.
Macam tahun 2, anak-anak perlu kuasai tambah, tolak, darab dan bahagi. Jika anak kalian di tahun 3 belum hafal sifir, ia merupakan masalah yang SANGAT BESAR!
Dan di Tahun 3 anak-anak kita mula belajar Operasi Bergabung tambah dan tolak. Contoh :-
4523 + 1089 – 268.
Juga dalam tajuk ini anak-anak dah didedahkan dengan Penggunaan ANU. Apa itu Anu? Bukan yang kat celah kangkang tu.
Penjelasan secara video ada saya buat dalam Telegram saya t.me/MohdFadliSalleh. Join, lihat pengajaran saya, fahamkan dan ajar anak pula ya.
3. TAJUK 3 ialah Pecahan, Perpuluhan dan Peratus. Ha, dah makin tinggi aras pecahan, perpuluhan siap masuk peratus lagi di Tahun 3. Sebab tu saya cakap silibus kita bersifat kesinambungan. Ia berhubung dari tahun ke tahun.
Tak kuasai sedari tahun 1 dan 2, memang bermasalah bila masuk tahun 3.
Pecahan dah diajar pecahan tidak wajar pula. Kena pula sebut pecahan perseratus. Dan paling payah nak bagi anak faham ialah tukar ke dalam BENTUK TERMUDAH.
Topik perpuluhan tidak kurang cabarannya. Dah kena kaitan dengan petak seratus dan garis nombor tau. Penambahan dan penolakan nombor perpuluhan hingga dua tempat perpuluhan juga dah diajar pada masa ni.
Manakala sub topik Peratus agak ringan. Ia sekadar pengenalan simbol, perwakilan peratus dengan petak seratus dan menyatakan kaitan peratus dan perpuluhan.
Dalam topik ini pun ada sub topik penyelesaian masalah tau. Pendek kata, topik ini agak berat. Saya sangat sarankan ibubapa beri pengukuhan topik ini di rumah.
4. TAJUK 4 ialah Wang.
Di tahun 3, topik wang makin mencabar. Selain tambah, tolak, darab dan bahagi wang, ada juga operasi bergabung melibatkan wang.
Di tahun 3 juga anak mula diperkenalkan dengan mata wang asing (ASEAN). Mana la tau kalian bawa anak pergi melancong ke Vietnam ke, mereka dah kenal mata wang tu tau.
Juga tidak dilupakan, sub topik Simpanan dan Pelaburan juga ada. Pendedahan kepada pentingnya menyimpan dan melabur. Last sub topik semestinya Penyelesaian Masalah. Fuh, berasap juga topik ni.
5. TAJUK 5 ialah Masa dan waktu.
Makin jauh dah anak-anak kalian belajar masa dan waktu di Tahun 3 tau.
Perkaitan tahun dengan bulan, minggu dengan hari, membaca kalendar Masihi, tambah dan tolak masa, operasi bergabung, darab dan bahagi masa pun diajar di tahun 3.
Kasar juga mainan Tajuk 5 ni.
6. TAJUK 6 ialah Ukuran dan Sukatan.
Ha, ni tolong bagi tumpuan ya mak ayah. Pastikan anak-anak dah boleh menukar unit m – cm, kg – g, l – ml tau.
Juga mereka kena tahu menyelesaikan ayat Matematik tambah, tolak, darab dan bahagi hingga tiga unit ukuran. Fuh, berasap lagi.
7. TAJUK 7 ialah Ruang.
Dalam tajuk ini anak-anak dah diperkenalkan apa itu prisma dan ciri-cirinya. Prisma tu apa? Hah, aku tanya kau yang tua.
Mereka juga belajar apa itu Poligon Sekata dan Paksi Simetri. Sekali lagi aku nak tanya yang tua ni, ingat lagi apa itu Poligon Sekata dan apa itu Paksi Simetri tak?
Haaa, termenung panjang nampak. Ke dah buka Mak Cik Google nak cari jawapan?
8. TAJUK 8 ialah Koordinat.
Ni tajuk baru yang anak-anak tak belajar di Tahun 2. Koordinat ni topik senang nak bagi murid faham. Biasanya topik ini tiada masalah bagi anak-anak kita.
9. TAJUK terakhir ialah Pengurusan Data.
Di Tahun 3 anak kita diperkenalkan pula dengan carta pai. Ya tuan puan, dah kena tahu ciri-ciri carta pai dan cara baca carta pai dah bila masuk Tahun 3 ni tau.
Tidak dilupakan, pada tahun 3 juga anak-anak kena tahu Perkaitan Antara Piktograf, Carta Palang dan Carta Pai. Tu dia. Bakal pakar statistik anak-anak kita bila kuasai topik Pengurusan Data ni.
Ha, itulah semua 9 TAJUK yang anak-anak kita akan belajar di Tahun 3.
Suka aku ingatkan, di tahun 3 ini mereka WAJIB kuasai dan hafal sifir. Wajib juga kuasai topik PECAHAN yang dinamakan ibu segala topik.
Bahan pengajaran beserta video yang saya sarankan untuk membantu anak kalian faham pecahan dan kuasai sifir saya tulis di ruangan komen ya.
Yang terlepas pembedahan saya untuk tahun 2, baca di link ini :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2768404103181167&id=100000348124684
Yang terlepas pembedahan saya untuk tahun 1, baca di link ini :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2764658083555769&id=100000348124684
Sekian, terima kasih.
#MFS
– Membedah DSKP Tahun 3 agar semua bersedia –
sumber : Mohd Fadli Salleh
.