“Ya Allah Aku Belum Sedia Terima Perkara Tak Diingini Berlaku.” Ashraf Muslim Mohon Doa, Bapa ‘ditidurkan’ Positif Covid-19 Tahap Lima.

Share

Khabar duka daripada pelakon Ashraf Muslim apabila ayah tercinta sedang bertarung nyawa akibat Covid-19 tahap 5.

Menerusi muat naik terbaru di Instagram miliknya, Ashraf memohon agar para peminatnya mendoakan bapanya.

Muslim Bulat, 67, dijangkiti Covid-19 tahap 5B dan dirawat dengan bantuan mesin pernafasan di Unit Rawatan Separa Kritikal Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.

Ya Allah. Hari ni bangun tidur rasa sangat-sangatlah sayu.. puas pujuk hati ni tapi gagal jgak pagi ni. Memang pagi ni saya paksa diri saya utk sampaikan berita ini.

Saya mohon maaf kepada semua dan meraih doa dari sahabat semua mendoakan ayahandaku Hj Muslim bin Bulat. Diberi kekuatan dan kesembuhan kepadanya.

Dalam hidup terlalu byk pengorbanan yg telah ku lakukan tapi yaAllah aku belum sedia lagi utk terima perkara yang tak diingini berlaku terhadap ayahandaku.

Apa yang diharapkan skrang ialah keajaiban yg berlaku terhadap ayah kembali sihat seperti biasa. Allahuakbar.. ya Allah.. bantulah kami semua.

 

Ashraf bersama bapanya ketika dimasukkan ke hospital hujung tahun lalu.

Sumber: Ashrafmuslim