Setiap kali video mahupun gambar anak-anak kesayangan Dato Seri Siti Nurhaliza dimuatnaik menerusi media sosial, pasti meraih perhatian ramai.
Mana kan tidak, macam-macam gelagat Dan karenah terutama anak sulung pasangan ini, Siti Aafiyah yang gemar menyakat adiknya.
Dalam video terbaru, kelihatan Aafiyah mengusik Adiknya Muhammad Afwa yang sedang duduk Di atas walker. Tidak cukup duduk Di bahagian belakang, tiba-tiba Aafiyah beralih tempat dan duduk depan sehingga menyukarkan adiknya untuk melihat.
Walaupun sudah ditegur oleh ibunya,namun Aafiyah tetap selamba. Sambil si adik Cuba menolak walker tersebut supaya bergerak walaupun nampak sukar kerana berat si kakak.
Akhirnya Afwa berjaya menggerakkan walker berkenaan ke belakang sambil disambut ketawa oleh kakak dan ibunya.
“Ya Allah adik gagah juga, kakak tumpang. Tengoklah tu kakak, penat adik.”
“Anak ibu ni Ya Allah tengok tu. Kakak, kesian adik. Tengok tu berat. Adik nak jalan macam mana tak Nampak sayang,” Omel Siti Nurhaliza sambil ketawa kecil kerana terhibur dengan gelagat anak-anaknya itu.
Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai. Rata-rata turut berpendapat Sama dengan Siti tentang Aafiyah yang rajin menyakat adiknya. Pun begitu, gelagat dua beradik tersebut membuatkan ramai terhibur.
@Imanja:kuat jga kakak ni menyakat adik😂😂
@.:masyaallah geramnya tengok afwa comel putih handsome sgt mcm ibu n ayah….conratulations tok ti 🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰
@🎀AnUgR@h teR!Nd@H💐:Untung afiya afwa🥰ank siti,😂diorg ni xthu lg mak dia pnyanyi trsohor😅
@Anis Basha🌹:lembutnya cakap, tak pernah tengok mak tak marah dekat real life 😅
@miszjue82:dua2 comey bijak adik nye x leh ke dpn ngundur blkg eh afwa gear reverse ye@🌹 Zulaiha abdullah_91🌹:x baik aafiya buli adikk😂😂😂😂… comel 22
@Qaseh Atikah:olo ksian adik…kakak pn nyakat adk.slumber ja kak tumpang depan mcmtu..adk pn sabo jla nsib ku kcik lg dy ckp😂😂
Anak Tergamam Terima Mesej Ibu, Mengatakan Terlibat Kemalangan & Meninggal Dunia!
Umumnya di dalam keluarga, kita sering menghantar mesej antara satu sama lain untuk berkomunikasi, bertanya khabar mahu pun beri pesanan dan sebagainya. Tidak dinafikan juga, melalui hantaran mesej itu boleh membuatkan kita terasa dekat dan diingati selalu. Apatah lagi andai mesej daripada ibu ayah dan anak-anak yang disayangi.
Namun lain pula kisahnya terjadi pada keluarga ini, apabila di suatu pagi seorang anak yang dikenali sebagai Munirah Ezuddin menerima mesej daripada ibunya dengan ayat yang buat mereka adik beradik tergamam.
“Saya tak percaya mulanya bila ada orang hantar mesej guna telefon ibu beritahu pemilik telefon kemalangan dan meninggal dunia.
“Saya anggap mungkin telefon ibu tercicir dan harapkan orang itu tersalah, tapi terpaksa reda dengan ketentuan Allah apabila kehilangan ibu dan ayah serentak akibat dilanggar pemandu mabuk,” kata Munirah Ezuddin, 21, ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Jasin, hari ini.
Difahamkan menurut laporan myMetro, Munirah adalah anak kedua pasangan orang kurang upaya (OKU), Ezuddin Mohammad, 50, dan Surayah Muhamat, 48, yang maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh Perodua Myvi dipandu lelaki dipercayai mabuk dalam nahas jam 7.45 pagi tadi di Jalan Serkam Pantai, di sini.
Tak Sempat Merasa Tinggal Di Rumah Baharu
Munira berkata, ketika kejadian dia bersama empat lagi adiknya sedang tidur di rumah pusaka nenek mereka di Tambak Bugis, di sini, sebelum menerima kiriman WhatsApp sekitar jam 8 pagi berhubung kejadian.
“Biasanya, jika ibu dan ayah hantar mesej tidak begitu teratur, tapi mesej diterima cantik dan jelas serta disertakan dengan lokasi menyebabkan kami adik beradik terus bergegas pergi mencari.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, saya tergamam apabila melihat jenazah ayah dan ibu yang OKU bisu sudah terbujur kaku dan ditutup dengan kain.
“Hanya Allah yang tahu. Lebih menyedihkan apabila mengenangkan arwah ayah tidak sempat tinggal di rumah baharu di Sebatu, Sungai Rambai yang sudah 90 peratus siap.
“Itulah impiannya untuk tinggal bersama ibu sehingga ke akhir hayat selain hasratnya untuk menjadi nelayan selepas berhenti kerja di kilang membuat berus pada April lalu,” katanya.
Munirah berkata, ketika pulang daripada bersiar-siar di Bandar Melaka termasuk melawat Kota A Farmosa tengah malam tadi, ibunya ada memberitahu akan keluar untuk berjumpa semula rakan-rakan jam 8 pagi ini untuk sambung bersiar-siar di pusat beli belah.
“Ayah tidak menunjukkan perubahan sikap ketara dan ceria seperti biasa, begitu juga ibu.
“Arwah seorang penyayang dan kenangan yang tidak dilupakan dia gemar mencium kami dari kecil hingga kini,” katanya sebak.
Sumber : myMetro
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Sangka Anak Sakit Mata, Rupanya Denggi Berdarah! Naluri Ibu Selamatkan Nyawa Anak.
Kasih sayang seorang ibu sepanjang jalan. Papatah tersebut menggambarkan betapa jiwa penyayang seorang ibu seakan tidak berbatas (tak terkira) kepada anak-anaknya.
Ibu pastinya selalu menjaga dan membesarkan anak-anaknya dengan penuh kasih sayang, dengan hati yang tulus. Malah seorang ibu itu tahu dan memahami perasaan anak-anaknya. Biarpun hanya melihat riak wajah dan gerak geri anak-anaknya.
Begitulah yang terjadi kepada seorang ibu. Kuatnya nalurinya telah menyelamatkan nyawa anaknya. Demikian kisah yang diceritakan oleh Doktor Rashdan Mohamed menerusi facebook miliknya.
Ikuti perkongsianya.
Dan sebaik-baik naluri itu, naluri wanita. Dan sebaik-baik naluri wanita itu naluri ibu
Suatu ketika (lama) dahulu
“AsSalam Dr R, ada patient kat red zone”, beritahu pegawai bertugas. “OK, saya datang stat!”, pantas aku bergegas ke kecemasan. Red-zone (zon merah) adalah ruang di mana pesakit yang kritikal dirawat di jabatan kecemasan, keutamaan (priority) kami dan sentiasa didahulukan (berbanding pesakit lain yang lebih stabil).
(Maaf, jika sedikit lama menunggu rawatan di zon kuning dan zon hijau bagi pesakit-pesakit yang lebih stabil kerana kebiasaannya doktor bertugas tertumpu merawat dan menyelamatkan nyawa pesakit di zon merah)
“Alhamdulillah, hantar pesakit segera ke ICU untuk rawatan lanjut”, ujarku setelah bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa si anak kecil, yg dgn izin Allah, berjaya di selamatkan, distabilkan dan sekarang ini perlu disegerakan ke ICU untuk rawatan selanjutnya.
“Fuh, 2 jam, tak perasan pun masa berlalu, mujur dah solat”, monologku dalam hati
Alang-alang di kecemasan.
“ED team, ada kes nak refer (rujuk) Paeds tak? Saya nak tengok stat (segera) ni. Yang belum refer pun boleh refer terus”, pelawaku separa memberi “pengumuman”
Mungkin di tempat lain petugas ED akan terkesima, jarang doktor jabatan lain “volunteer” untuk lihat pesakit, terkadang pesakit yg dirujuk pun mereka “diceramah” oleh si doktor yang menerima rujukan tersebut. Very territorial. Very difficult. Tapi tidak di sini. Semua orang kenal. Kalau Dr R dah turun ED baik refer kes paediatric (kanak-kanak) siap-siap. Maka gegap gempitalah ED refer case. Satu per satu dilihat, dirawat dan disantuni. Settle semua sekaligus. Tatkala kaki baru hendak melangkah keluar.
DISANGKA SAKIT MATA,
“Dr R, maaf, ada satu lagi nak discuss”, teriak MA bertugas (yes, MA pun boleh refer terus, kita permudahkan)
“Boss, sorry, patient ni takde kat ED. Kat Ophthalmology (mata) sekarang. Private, surat dari “Consultant Paediatrician” refer, fever dan conjunctivitis (sakit mata, mata merah). Jadi, kita channel lah ke Ophthal. Mak dia nampak bimbang, jadi kita pun ambil lah FBC (full blood count) tadi, sebab fever,” beritahu pegawai tersebut sambil hulur keputusan darah
Allahu Akbar. Sel darah putih, rendah. Sel darah platelet, rendah. Kepekatan darah, tinggi
(……… diagnosis?)
“Baby OK tak?”, “Vitals?..” Semua diam. “OK, panggil patient datang sekarang ke ED dari ophthalmology”, keputusan darah ini pun dah sejam lebih yang lepas, aku perlu lihat segera.
Bergegaslah pegawai ED ke jabatan ophthalmology mencari pesakit ini dan segera dibawa ke ED semula
NADI LEMAH – RED ZONE
Baby, lingkungan usia 8 bulan. Comel, diperiksa..
Mata nya bukan merah. Bukan conjuctivitis. Sebaliknya beliau menangis “air mata darah”. Ya air mata darah sebenar. Bukan relativiti. Not literally. Ini pendarahan. Sebab bacaan plateletnya rendah (platelet penting utk pembekuan darah, jika rendah, berlaku pendarahan spontan)
Baby ini lemah. Pucat. Nadi nya lemah. Tekanan darahnya lemah
Lantas dia segera dihantar ke zon merah. Jarum dimasukkan. Segera oksigen diberi. Bantuan pernafasan tersedia untuk dimasukkan. Aliran air dimulakan. Tanda vitals diambil segera.
“Patient in compensated shock. Run NS bolus. 20mls per kg, stat!” arahku pantas
RUPANYA DENGGI BERDARAH!
Alhamdulillah, tindakan segera dan cekap petugas-petugas di ED (sekali lagi dengan izin Allah) menyelamatkan nyawa si baby. Kalaulah lambat 15 minit lagi, mungkin… mungkin tidak berjaya diselamatkan
“Maaf puan, adik sebenarnya dapat denggi. Dan ini denggi berdarah! Beliau sedikit stabil sekarang. Tetapi perlu pemantauan rapi di ICU, kita doa yang baik-baik ya, sama-sama”, terang ku sambil memberitahu ujian darah awal yang diambil menyebabkan kami syak denggi dan terbukti melalui ujian susulan Dengue serology. Dan hakikatnya mata merah itu sebenarnya pendarahan spontan
Pegawai di kecemasan, bila melihat rujukan dari pakar pediatrik sebuah institusi swasta dengan rujukan conjunctivitis, menyangkakan kes sakit mata biasa dan sewajarnya menerima rawatan di unit mata. Namun mereka telah terlatih untuk sentiasa berhati-hati
NALURI IBU SELAMATKAN NYAWA ANAK
Dan ibu ini, nalurinya kata bukan sakit mata biasa. Ibu bukan perawat kesihatan. Tetapi dia ada naluri. Nalurinya kata “tidak sedap hati, masakan ini sakit mata biasa, ada sesuatu… ada sesuatu yang lain. Tidak bisa dizahirkan, tetapi pastinya bukan sakit mata biasa…”.
Sebab itu beliau lantas ke kecemasan. Bimbang. Dan memohon ujian lanjut. Naluri ibu ini yang disantuni pegawai, dan ujian darah diambil. Bayangkan, jika tidak diambil ujian darahnya. Dan dianggap kes yang biasa, di hantar pulang dgn ubat titis mata. Bayangkan… Kita terlepas…. Nauzubillahiminzalik
Sesungguhnya. Sebaik-baik naluri itu, naluri wanita. Dan sebaik-baik naluri wanita itu adalah naluri ibu (…. dan isteri).
Mohon HCWs (perawat kesihatan) untuk ambil berat sebarang kebimbangan keluarga dan tidak terus memperlekehkannya. Do not brushed off parental concern
+++++++++++++
Astaghfirullahalazim
Sahabat semua, hari Jumaat penuh barakoh ini, mohon titipkan doa untuk anak rakan baik saya
Anak ini baru berusia 15 tahun, sudah hafaz 20 juzuk AlQuran
Anak yang baik, sewaktu kecilnya itu di hadapan mata saya
Kedua-dua ibu bapanya doktor, dan sama-sama bertugas sebagai HO/PPS bersama saya dahulu
Anak ini baru sahaja disahkan kanser tulang
Dan naluri ibunya juga yang berjaya “mengesan” masalah ini awal
Moga dikurniakan kesembuhan & kemudahan, InSyaAllah
R & F, tabah pleassssseeeee
Sumber: Rashdan Mohamed
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Semua Raya Dia Nak Tapau. Dia Tak Tahu Dia Anak Angkat…. “ Adelia Buat Hal Lagi, Ibu VC Tak Nak Layan
Adelia buat hal lagi, ibu VC tak nak layan.
“dia xtau dia anak angkat patti je tu tapi dia punya lagak macam patti tu dia sorang ja punya. ” – IG Araavaniella
Sejak tular kisah adik Adelia yang dijaga oleh pengasuh berketurunan India, seronok baca komen-komen yang rata-rata bangga dengan keharmonian di Malaysia walaupun terdiri dari berbilang kaum.
Seumpama Adelia ini adalah ikon baru pada perpaduan di Malaysia. Mana taknya, sejak kisahnya tular, kami turut terkena tempias apabila pengikut-pengikut baru Keluarga ramai yang terdiri dari masyarakat berbangsa India dan juga Cina.
Jika lihat pada posting yang memaparkan kisah Adelia dan Patti, pelbagai bangsa yang turut memberikan komen positif dan kagum dengan keakraban keluarga ini.
Artikel Trending: ‘Surat Beranak Bukti Adelia Anak Ibu..Tapi Adelia Tetap Cucu Patti Walaupun…..’ Kapsyen Ibu Buat Ramai Terhibur..
Seperti yang kita semua tahu, masyarakat India baru menyambut Hari Deepavali semalam. Sejak awal lagi, ramai yang tak sabar nak tengok Adelia menyambut perayaan tersebut bersama Patti kesayangannya.
Namun, Ibu Adelia menerusi ciapannya seperti tidak puas hati apabila anaknya itu tidak mahu melayan video call darinya.
arravaniella budak ni dah sambut raya puasa n raya haji sebelum ni.. semalam dia sambut depavali pulak.. semua raya dia nak tapau ibu vc pun dia xmau layan.. dia xtau dia anak angkat patti je tu tapi dia punya lagak macam patti tu dia sorang ja punya.
Sabarlah ibu. Kasi la Adelia peluang nak sambut Hari Diwali ini bersama patti. Dah pakai baju lawa ni.
Kalau anda perasan, gaya Adelia berkerut pun dah macam patti.
“Thanks aunty and family for creating this memories”
Ok Jom kita layan gambar-gambar Adelia bersama patti.
Sumber : IG Araavaniella
Mesti Baca
Sesekali Artis Malaysia Melaram dengan Sari, Persis Bintang Bollywood
Juadah Istimewa Sempena Deepavali. Mana Satu Yang Anda Suka?
Pesanan Aunty Cina Ini Mengenai Cara