Mewujudkan rumah yang selesa untuk dihuni bukan sahaja menitik beratkan adanya ruangan yang luas dengan menepati konsep dekorasi sebagaimana yang diidamkan.
Pun begitu mungkin ada yang terlepas pandang dalam mewujudkan keselesaan, perlu mewujudkan ruang untuk tetamu.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Khairunnisa ini yang juga merupakan Pereka Hiasan Dalaman dan penulis buku. Jom semak apa katanya.
Bagaimana ruang tetamu yang sesuai untuk rumah orang Islam?
Adalah lebih baik jika tetamu tidak dapat melihat langsung aktiviti dan dalaman rumah keluarga.Cukuplah pergerakan tetamu di ruang tetamu sahaja.
“Minta maaf, nak tumpang tandas, boleh?” Biasa tetamu akan buat permintaan mengejut sebegini apabila datang berkunjung.
Sekiranya ada tandas di ruang tetamu, tetamu tidak perlu lagi masuk ke dalam bilik-bilik tuan rumah atau terus terjah ke dapur.
Saya ada menonton kuliah agama seorang ulama Indonesia yang mengatakan:
“Yang terbaik adalah jika kamu boleh mengasingkan ruang tetamu dengan ruang keluarga. Kalau boleh, diasing terus dari rumah kamu sehingga apabila kamu menutup pintu dan menguncinya sekalipun, tetamu masih boleh aman di situ”
Maksud beliau kita sememangnya wajib melayan tetamu sebaiknya. Oleh itu sediakan ruang untuk tetamu semampu boleh namun paling penting ialah mengambil kira aurat dan aib tuan rumah sekeluarga.
Ads
Siapkan ruang duduknya, ruang bersucinya (tandas), ruang solatnya dan juga ruang berehatnya (bilik tidur) di satu kawasan yang sama yang tidak perlu melalui ruang keluarga.
Ini dapat membataskan aurat, pandangan dan pergaulan antara tetamu dan ahli keluarga.
Orang putih ada wujudkan ‘powder room’ di ruang tamu. Ia adalah bilik bersiap yang dilengkapi dengan kemudahan tandas. Namun berbeza dengan rumah-rumah di negara kita yang kebanyakkannya tandas diletakkan di ruang dapur atau di dalam bilik tidur.
“Nisa, macam mana ya nak buat? Kalau tetamu datang, dari pintu masuk terus boleh nampak akak tengah memasak di dapur. Tak selesalah. Kadang tak sempat pakai tudung atau baju lengan panjang”
Luah salah seorang pemilik kediaman masa sesi makeover rumahnya.
Sekarang banyak rumah buat konsep terbuka (open concept). Namun, apabila menerima kehadiran tetamu secara mengejut, ia menyebabkan wanita Islam tidak selesa kerana belum bersedia menutup aurat. Apatah lagi ketika itu sedang sibuk beraksi dengan kuali di dapur.
Ads
Jika kita lihat senibina rumah lama dahulu, mereka sudah ambil berat tentang hal ini terlebih dahulu.
Di dalam rumah mempunyai ruang publik, semi publik dan ruang privasi.
Apabila tetamu yang tidak rapat datang berkunjung, mereka hanya ditapis dan dilayan hanya di serambi (ruang publik).
Sekiranya merupakan tetamu rapat seperti kenalan atau saudara, barulah dapat masuk sehingga ke ruang menonton, ruang rehat, ruang makan (semi publik).
Manakala bilik-bilik tidur, ruang keluarga dan dapur (ruang privasi) hanya untuk tuan rumah sahaja.
Ramai kita sudah siap beli rumah dari pemaju. Jadi bagaimana untuk menjadikan rumah kita terpelihara aurat dan pandangan dari tetamu?
Ads
Mungkin boleh buat begini:
1. Boleh buat penghadang pandangan seperti tambahan tembok atau tabir yang menghalang pandangan terus ke ruang privasi tuan rumah.
2. Boleh tambah tempat wuduk dan ‘powder room’ (tandas) di hadapan rumah.
3. Boleh siapkan bilik tidur/bilik solat tetamu di hadapan rumah.
Saya pernah datang berkunjung ke rumah kenalan di Indonesia. Ia merupakan rumah bertingkat (apartment).
Apa yang menariknya, setiap rumah itu dilengkapi dengan ruang yang sangat menarik perhatian saya. Pemaju menyiapkan ruang untuk pembantu rumah yang boleh dipisahkan terus dari rumah keluarga. Ini bermakna apabila tutupnya pintu dapur dari dalam, maka pembantu rumah boleh menjalankan aktivitinya seperti biasa kerana dilengkapi dengan tempat tinggal, tandas, fasiliti lain dan boleh terus keluar dari kawasan pagar rumah di bahagian tersebut. (Ada 2 akses)
Mungkin apa yang boleh kita buat akan datang ialah merekabentuk rumah di mana ruang tetamu boleh direkabentuk sebegitu. Iaitu mempunyai akses yang berlainan dan terpisah terus dari rumah keluarga.
Seorang ibu sanggup berkorban masa dan tenaganya demi anak-anak yang tersayang. Meskipun terpaksa bangun seawal 4.00 pagi sekali pun, akan diusahakan demi memenuhi keinginan anak untuk membawa bekal makanan ke sekolah.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Yakinlah bukan itu sahaja pengorbanan yang kerap dilakukan oleh seorang ibu, malah tidak dinafikan kita lebih sanggup berlapar asalkan anak-anak kenyang perutnya, begitu juga akan dahulukan keperluan anak-anak daripada membeli keperluan untuk diri sendiri.
Begitulah hati nurani seorang ibu, seperti pelakon yang juga merupakan ibu kepada enam orang cahayamata ini, Ozlynn sanggup berkorban bangun seawal 4.00 pagi demi menyiapkan bekal dengan menu permintaan anaknya untuk dibawa kesekolah.
Sanggup Bangun 4 Pagi, Siapkan Bekal!
Seperti umum mengetahui Ozlynn dan suaminya Johan sering dilihat berkongsi kisah keluarga di Instagram. Malah tidak keterlaluan dikatakan pasangan ini sering dijadikan inspirasi dalam mendidik anak-anak dan hubungan baik dalam keluarga oleh wargamaya.
Meskipun kita ketahui pasangan ini sibuk dengan tugas harian namun dalam hal membina keluarga bahagia menjadi keutamaan.
Terbaharu perkongsian Ozlynn tentang bekal yang disediakan untuk anaknya yang begitu teringin makan Nasi Lemak Lauk Sambal Udang menjadi perhatian.
Walaupun terpaksa bangun seawal 4.00 pagi namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk menyediakan menu yang diingini oleh anak demi memenuhi impian orang yang disayangi.
“Bila anak kau mintak bekal nasi lemak sambal udang pepagi.. 4am mak kau bangun nak.. sebab 5.40am kena keluar pegi mencari rezeki.. ni la pengorbanan setiap ibu-ibu.
“Tak kisah la mak yang berkerjaya ataupun surirumahtangga.. jangan pandang remeh tanggungjawab seorang ibu..
“Baru tau macam mana penatnya arwah mak dulu sediakan makan kami 8 beradik.. patut la mak setiap kali sebelum pergi rumah sedara atau memane la mesti sumbat kita orang makan dulu.. supaya kita orang behave dekat rumah orang dan sentiasa bersyukur dengan setiap rezeki yang ada depan mata.. sekalipun biskut kosong celup air suam..
“Tak lupa juga buat anak-anak yang ambil bahagian menjaga kedua orang tua, ataupun yang mengambil alih tanggungjwp mak ayah yang telah tiada dan menjaga adik beradik.. termasuk juga single mom or single dad!! Semoga Allah melindungi kita semua dan diberikan kesihatan yang baik buat kita semua supaya kita dapat berkhidmat untuk orang yang dikasihi.. Amin,” kongsi Ozlynn.
Meninjau diruangan komen ramai yang memuji dan terinspirasi dengan perkongsian Ozlynn, betapa seorang ibu sanggup berkorban menyediakan menu meskipun terpaksa bangun awal. Bahkan menu yang disediakan juga nampak cukup menyelerakan dan mendapat pujian netizen.
Siapa yang tak Kenal dengan susuk tubuh bernama Puan Sri Normala Samsuddin. Setiap kali berkongsi gmbar atau video pasti mendapat perhatian ramai.
Terbaru, beliau telah berkongsi satu video yang menunjukkan cara membuat kompos ‘semp0i’. Kompos adalah bahan organik yang telah terurai, dikitar semula sebagai baja dan pinda tanah.
Menariknya baja kompos ini hanya menggunakan sisa lebihan makanan yang telah basi.
Rupa-rupanya, ramai yang tidak tahu bahawa sisa makan juga boleh dijadikan kompos. Hingga kini video oleh Puan Sri Normala telah mendapat lebih 1,300 tanda suka oleh warga maya sejak dimuatnaik ke Instagram.
“Ada yang minta saya share macamana nak buat kompos sempoi hasil dari bahan makanan basi, isi ayam, ikan, daging dan segala yg tak boleh makan, asingkan plastik dan getah.
“Bahan-bahan ~ Baldi lama, lubang kan di bawahnya, gali sedikit dan letak di tanah… tepi pokok. Sekam padi bakar- mengompos makanan selama 2 bulan. Tidak berbau.
“Daun kering ~ bertindak sebagai bahan pembakar dengan cepat. Kalau paling sempoi lagi, nak cepat dan takda baldi… gali lubang 1 kaki tanam makanan basi tersebut di bawah pokok, bukan pangkal pokok.
“Selamat mencuba…. Allah sayang kita kalau kita sayang makanan, rezeki yg rosak. Kita jangan bazir, pulangkan semula ke bumi, InsyaAllah hasilnya membawa berkat.
Rumah bukan sahaja tempat untuk kita berlindung, berehat dan meluangkan masa bersama keluarga. Persekitaran rumah juga boleh beri impak mood seseorang tau! Bukan sahaj persekitaran yang kemas, tapi bau yang menyenangkan.
Tak selesa jadinya bila tempat tinggal kita ada bau yang tak berapa nak enak di bau kan? Haaaa jangan risau! Tak payah nak keluarkan duit mahal-mahal untuk beri kesegaran pada rumah. Cukup hanya guna bahan di dapur sahaja mampu untuk menyelesaikan masalah bau tu! Jom cuba!
1.Kulit limau dan kulit kayu manis
Pertama sekali sediakan kulit limau dan kulit kayu manis. Kemudian didihkan air bersama kulit limau itu. Setelah didih, masukkan sedikit serbuk kulit kayu manis. Biarkan ianya masak sehingga naik bau yang beraroma. Setelah itu, biarkan ia sejuk dan masukkan ke dalam botol spray. Siap! Sekarang anda boleh gunakan ia untuk mengharumkan ruang dapur dan rumah anda.
2.Limau kasturi
Siapa sahaja yang tidak suka bau limau kasturi yang menyegarkan? Anda hanya perlu hiris limau kasturi dan letakkannya ke dalam bekas berisi air. Jika ingin ia kelihatan cantik, boleh letakkan ia ke dalam bekas kaca dan jadikan dekorasi ruang tamu anda. Mudahkan? Ruang rumah cantik di samping menghasilkan bau yang menyegarkan!
3.Arang
Walaupun bentuk dan warna arang ini tidak cantik tetapi ia mampu menghilangkan bau busuk dalam rumah anda. Hanya ambil beberapa ketul arang dan letakkannya di sudut ruang rumah. Ia akan menyedut segala bau busuk di ruang itu. Kalau nak nampak cantik, anda juga boleh meletakkan arang itu di dalam sebuah bekas kecil dan letak di atas sudut meja sebagai hiasan.
4.Soda bikarbonat
Cara penyediaan soda bikarbonat ini sama seperti arang tadi. Hanya perlu letakkan soda bikarbonat dalam bekas kecil dan letakkannya di sudut rumah. Ia turut mampu menyerap bau yang tidak menyelerakan.
5.Daun pandan
Jika anda seorang yang sukakan bau ala-ala haruman bunga, anda boleh gunakan daun pandan. Caranya simpulkan daun pandan dan letakkannya di dalam bekas. Jika anda ingin bau daun pandan ini lebih semerbak, anda boleh hiriskannya dan letak di dalam bekas yang terbuka. Pasti harum ruang rumah anda.
Inilah antara bahan-bahan yang boleh disediakan untuk memberi haruman dalam ruang rumah anda. Mudah sahaja untuk menyediakannya. Selamat mencuba!
Sumber : Suhaila Ali via Sinarplus
Nak jadi sebahagian dari komuniti kami? Jom sertai di keluargagaderclub
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...