Wow! Samperit Susu Paddle Pop, Ringkas Hanya Guna 4 Bahan Saja, Anak-anak Pasti Teruja!

Share

Kanak-kanak secara semulajadinya memang mudah tertarik pada warna. Apa lagi kalau warna-warni. Pasti buat mata tak bergerak memandang.

Makanan yang berwarna pasti jadi tarikan anak-anak kita. Tak percaya? Jom buat resipi ni.

Bukan hanya kaya warna, malah cara nak buatnya pun senang sahaja. Perkongsian ibu muda, Zai Seroy Asyraf

di facebooknya mendapat perhatian netizen.

Menariknya, ibu muda ini hanya guna empat bahan sahaja untuk buat samperit khas untuk anak-anak ini. Menarik dan paling penting samperit paddle popnya menjadi kesukaan anak-anak.

Jom kita cuba.


Samperit Susu Paddle Pop

Bahan-bahan:
250gm mentega
100gm tepung ubi
1/2 tin susu manis
450gm tepung jagung
Pewarna merah jambu, biru dan kuning.

Cara-cara:
1. Campurkan mentega dengan susu manis. Gaulkan rata tetapi jangan terlalu lama.

2. Masukkan tepung ubi bersama tepung jagung dan uli hingga adunan tidak melekat di tangan.

3. Bahagikan adunan kepada tiga warna dengan warna pink (strawberi), kuning (vanila) dan biru (keladi). Gentelkan menjadi kecil dan buat sampai habis adunan.

4. Ambil sedikit setiap warna dan gabungkan menjadi satu. Bila da siap cantumkan senang la nak masukkn dalam acuan…

5. Masukkan ke dalam acuan samperit dan paipkan di atas dulang yang telah disapu dengan mentega.

6. Letakkan coklat cip di bahagian tengah.

7. Bakar selama 13 minit dengan suhu 170 C, panas atas dan bawah. Pastikan letak loyang di rak paling bawah supaya tak hangus atasnya.. 😉

8. Angkat dan sejukkan.

Kredit: Zai Seroy Asyraf.