Menjadi satu kewajipan ibu untuk memastikan anak makan dengan berselera setiap hari. Bila anak tak mau makan, ibu mulalah mencari macam-macam idea untuk pastikan anak makan.
Ketika inilah ibu mula kreatif dengan bermacam jenis resipi yang menarik. Resipi yang dikongsikan oleh Sariah Hairol di grup Makan Apa Hari Ini (MAHN) ini
boleh juga kita cuba.
Menghasilkan aiskrim berasaskan coklat Choki-Choki memang langsung tidak terfikirkan oleh kita. Namun inilah yang dihasilkan wanita kreatif ini. Anak-anak mesti suka ni.
Kita yang tengok pun rasa teruja, inikan pula anak-anak kita. Jom cuba petang ni. Resipinya pun cukup ringkas. Senang nak buat.
As salam warga MAHN. Malam ni saya nak share step by step cara-cara nak buat aiskrim choki-choki. Yang mana tak tau boleh ikut cara ni, yang dah tau tu
dok diam-diam yer.
Ni resepi bancuhan susu.
Bahan-bahan:
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
5 1/2 tin air
Secubit garam
1. Masak semua bahan sampai mendidih.
2. Bila dah sejuk baru masuk ke dalam plastik aiskrim.
Bancuhan susu ni boleh buat aiskrim oreo, sumi jelly, cloud 9 dan macam-macam lagi. Ikut la nak letak apa-apa yang sesuai.
Langkahnya:
1. Choki-choki tu potong 2.
2. Guna sudu tolak choki-choki tu pelan-pelan. Tolak sampai tinggal plastik je.
3. Jadilah seketul-seketul macam ni..
4. Masukkan choki-choki dalam plastik aiskrim, macam dalam gambar.
5. Cari pencanai karipap kalau ada. Macam saya ni kebetulan ada mainan playdoh anak yang tak guna, saya buat lenyek choki-choki tu.
6. Lenyek choki-choki tu pelan-pelan ye sebab takut plastik tu koyak.
7. Ni kejadian choki-choki lepas kena lenyek.
8. Masukkan susu separuh dulu, lepas tu picit-picit plastik tu sebb nak bagi choki-choki tu bercampur ngan susu.
9. Ni kejadian lepas picit-picit plastik tu. Lepas tu tambah susu lagi. Jangan banyk sangat susu tu sebab takut susah nak ikat.
10. Last sekali, macam ni la kejadian choki-choki bila dah siap.Dah boleh masuk dalam peti ais.
Selamat mencuba.
Kredit Resepi : Sariah Hairol
Menumis Sambal Nasi Lemak Bertambah Wangi & Sedap. Ada Rahsianya & Bolehlah Dicuba!
Berkongsi resipi adalah antara aktiviti yang boleh membuatkan kita orang perempuan ni seronok dan bertambah puas hati jika resipi yang kita kongsikan itu turut dicuba dan digemari oleh orang lain.
Sama halnya dengan Puan Juriah ini, yang sudi berkongsi resipi bagaimana untuk menyediakan sambal nasi lemak yang bukan sahaj sedap rasanya malah bila ditumis berbau harum satu rumah.
Nak tahu apa rahsianya, jom baca perkongsian daripadanya ini.
Semalam sibuk mama Fatim masak nasi lemak untuk anak-anak. Maklumlah hari minggu. Dah namapun beranak ramai, kalau nak puas makan nasi lemak dari pagi sampai ke tengahari (tak sempat malam~ dah habis.. haha!), kena lah buat sendiri.
Mama fatim ni bukan buat untuk berniaga, tak sempat buat berniaga, belum sempat jual keluar, nasi tu nanti LAKU KERAS kat rumah sendiri je. Pelanggannya anak-anak . Haha!
Belajar masak nasi lemak pun sejak zaman belum kahwin lagi, mula dengan tak berapa pandai, kemudian sikit-sikit mahirkan lagi cara-cara masak nasi lemak sedap dan enak.
Sambal pun sama, mula-mula belajar mestilah tak berapa sedap. Kemudian, mahirkan lagi, tanya sana sini, lama-lama ok lah kan?
Yelah, keluarga sendiri nak makan, mestilah kena masak dengan KASIH SAYANG. Supaya aura nasi tu bagus. Yang nak makan pun keluarga kita.
Nak didik anak dengan baik pun perlu dimulakan memasak dengan aura yang bagus-bagus. Kalau sedang memasak tu tak perlu membebel-bebel.
Sekiranya sedang membebel sambil memasak, bayangkan macam manalah agaknya perangai anak-anak kita tu ye?
Ok, mama fatim nak share masak SAMBAL WANGI untuk nasi lemak. InsyaAllah, sambal ni wangi dan secukup rasa, berseleralah nak makan , nak pulak kalau dengan nasi lemak wangi special .
Kalau nak share dan simpan resepi, TAK USAHLAH SHARE SENDIRI-SENDIRI. Boleh jugak kongsikan dengan orang lain yang mahu buat sambal wangi untuk keluarga sendiri. Mama fatim pun nak juga dapat saham akhirat. InsyaAllah, boleh la mama fatim tumpang dapat PAHALA yang berpanjangan.
(Campur yang KERITING dan yang GEMUK) sebab keriting tu pedas, yang gemuk tu kurang pedas. Sorilah, lupa letak gambar. REBUS dan BLENDBawang merah besar – 4-5 biji blend
Bawang merah besar – hiris 1-2 bijiGula kabung ori/ gula melaka ori/ gula merah/ gula putih kalau takde sangat dah gula.
Daun pandan – 2-3 helai
Asam keping – 1
Ikan bilis segenggam – TUMBUK KASAR
2. Tumis gula putih bersama daun pandan, sehingga daun pandan layu dan gula hancur.3. Gula yang hancur akan memberikan warna yang CANTIK pada sambal, daun pandan akan memberikan bau yang WANGI.
Bila kering, masukkan lagi air dalam secawan. Masakkan lagi cili tu supaya betul-betul masak dan garing lagi sekali, dalam 10-15 minit lagi.
6. Bila dah garing kali kedua, masukkan lagi air. Biarkan mereneh dan sebati air dan cili.
8. Bila dah sebati , masukkan ikan bilis yang ditumbuk kasar tadi. Mama fatim gunakan ikan bilis tumbuk, sebab kalau yang seekor-seekor tu nanti, habis kena letak tepi. Anak-anak ni , memilih. Nanti kuah kering, ikan bilis je tinggal. Haha!
9. Letak asam keping sekeping aje, masak hingga sebati air dan sambalnya.
Dah masak dan tutup api, baru masukkan garam. Kacau-kacau. Rasa-rasakan supaya ada rasa manis, pedas dan masin. Asam tu kalau dah agak-agak lama, angkat dan buang. Kalau tak nanti , terlalu masam pulak sambal tu.
InsyaAllah, sambal ni wangi je dan secukup rasa.
“Dia Boleh Dapat Anugerah Suami Paling Proaktif Dalam Labor Room Ni.” Doktor Ini Terharu Lihat suami Bantu isteri Bersalin.
Menantikan detik kelahiran cahaya mata pastinya momen yang dinantikan oleh setiap suami isgeri.
Tak sabar menantikan si kecil menjengah dunia. Waktu inilah sokongan suami sangat diperlukan dalam membantu isteri dalam proses kelahiran.
Bagi suami yang berpeluang masuk menemani isteri bersalin, inilah masanya untuk anda menyaksikan sendiri pengorbanan isteri melahirkan cahaya mata anda.
Perkongsian seorang doktor bernama Nur Hanisah akan gelaagat seorang suami yang patut dijadikan contoh oleh para suami lain.
ANUGERAH SUAMI CONTOH
Asyik bercerita tentang perangai mak-mak je dalam labour room kan. Apa kata sekali ni kita cerita pasal bapak pulak?
Kalau haritu ada cerita tentang doktor dan misi sebagai pasukan sorak ibu bersalin. Bila sebut pasal ayah ni, boleh kata mewakili coach agaknya.
Teringat satu kenangan menyambut kelahiran bayi pertama sepasang suami isteri.
Sang suami begitu proaktif sekali dalam membantu si isteri. Apa yang kami sebut, itulah yang dia ikut.
“Teran kuat, ayang! Panjang! Panjang!”
Terharu saya dibuatnya. Sungguh, suami seperti dia benar-benar membantu kerja doktor dan misi semua.
Bila isterinya tak teran kuat mana, dia ikut menegur kesalahan isteri pula.
“Eh, jangan bunyi gitu! Ketap gigi! Kuat lagi! Lagi!”
Tersenyum saya dibuatnya. Teruja dengan kesungguhannya.
Apabila doktor memanggil sang suami,
“Encik, cuba tengok sini kepala anak dah sampai mana. Suruh isteri encik teran kuat lagi.”
Maka, dia encourage lagi dengan bersungguh-sungguh.
“Sambung! Sambung!”
Hampir tergelak saya dibuatnya.
Semangat betul dia!
Di saat kepala bayi kelihatan sudah mula mahu keluar, dia membuka kaki luas bagi tujuan merendahkan badan. Memastikan bisikan benar-benar sampai ke telinga isteri. Macam nak bersilat dah gaya dia waktu ni!
“Ok sayang! Last shoot! Last shoot!”
Allahu! Masa ni memang saya tak boleh tahan nak tergelak! Dia ingat agaknya dalam perlawanan bola sepak?
Akhirnya, si bayi selamat lahir.
Apabila doktor mengangkat bayi sambil bertanya, “Puan, sebut anak lelaki ke perempuan?”
Sang suami terlebih dahulu memberi respon teruja. Dia menekup muka dengan mata terbeliak. Antara terharu dan gembira.
“Doktor, saya dah boleh keluar, kan?”
Saya sangka, pasti dia mahu sujud syukur atas kegembiraan dikurniakan anak pertama mereka.
“Aha. Dah boleh encik.”
“Ok, doktor. Asyik suruh isteri teran, saya sendiri pulak nak terberak.”
Haha! Masa ni memang dah terpecah gelak! Lawak!
Memanglah dia boleh dapat Anugerah Suami Paling Proaktif dalam labor room ni!
So, nak share sikit tips untuk para suami yang teman isteri bersalin.
1. Pastikan isteri ikut arahan doktor/misi.
Maksudnya kat sini, para suami kena peka! Dengar apa yang doktor/misi sebut. Ikut je ulang semula kepada isteri. Macam contoh suami dalam cerita tadi. Sampai doktor dan misi pun puji sebab dia telah membantu memudahkan urusan kami. Terbaik!
2. Jaga aurat isteri
Ini boleh dilakukan semampunya. Di ambang masa kemuncak isteri untuk mula bersalin, selalunya si isteri akan tak senang duduk melawan sakit kontraksi. Bergolek ke kanan. Bergolek ke kiri.
Tak kena cara, boleh terdedah aurat mereka. Begitu juga tentang tudung. Selagi tidak memudaratkan isteri, jagalah bab ini. Si isteri memang tak mampu nak jaga aurat sendiri dah waktu ni. Kesakitan menguasai diri. Maka, tolonglah ‘jaga’ mereka ya, para suami mithali.
3. Baca zikir ke telinga isteri
Terharu bila tengok ramai suami berbuat begini. Teruskan ya! Semoga isteri sentiasa dalam keadaan mengingati Tuhan Yang Esa. Dia jua yang Maha Memudahkan Segalanya.
4. Jaga solat isteri
Tolonglah para suami. Cakna hal yang satu ini. Ikut mazhab Syafie, selagi tak keluar bayi, selagi itu wajib solat. Maka perlu cakna waktu solat dan arah kiblat ya. Belajar juga cara ambil wudhu guna spray.
Boleh dalami lagi ilmu tentang ni daripada ustaz ustazah. Islam itu mudah. Tetapi bukan untuk diambil mudah.
5. Berterima kasih kepada isteri
Fuh! Sendiri tengok orang bersalin pun dah dapat rasa penat dia macam mana. Struggle tahap tinggi punya!
Para suami, ringankan mulut. Ucapkan terima kasih kepada isteri. Kucup dahi isteri tanda penuh menghargai. Ada saya tengok, suami lebih excited tengok bayi yang baru dilahirkan daripada isteri yang baru habis menang ‘berlawan’.
Memanglah si isteri dah tak kisah pun sebab lebih nak berasa lega daripada penat yang amat sangat. Tetapi alangkah sejuknya hati bila dapat lihat suami yang sudi layan isteri macam bidadari.
Oh ya! Apa salahnya berterima kasih juga kepada pasukan sorak (doktor dan misi) yang turut menyumbang jasa. Hormatilah mereka dengan tutur kata yang baik dan riak wajah yang manis. In syaa Allah, semua gembira!
Sekian sahaja.
Selamat menjadi seorang bapa yang penyayang kepada ibu dan anaknya!
.
.
Nur Hanisah
Yang Memerhati
.
P/s: Kongsikan tips ini kepada pasangan sendiri, adik-beradik, mahupun rakan-rakan yang bakal melalui perjalanan yang sama nanti!
Jemput Follow dan set See First Nur Hanisah supaya dapat selalu baca post santai dan bermanfaat tentang dunia #HospitalTarbiah
Jaga Kesihatan Keluarga Dengan Limau Kasturi! Fakta Dari Sudut Sains Dah Terbukti, Rugi Kalau Tak Amalkan.
Jika disebut khasiat lemon, seakan semua sedia maklum. Memandangkan sering disebut sebut antara kita, namun bila ditanya tentang manfaat limau kasturi mungkin tidak ramai yang tahu selain hanya digunakan untuk dijadikan perisa minuman yang menyelerakan atau pun sebagai sebahagian ramuan sambal belacan yang memberi rasa enak.
Tak sangka limau kasturi yang selama ini sering digunakan untuk dijadikan air minuman atau pun sebagai penyedap sambal belacan rupanya mengandungi banyak khasiatnya.
Ini dibuktikan seorang penyelidik di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. Suri Roowi yang terkenal dengan kejayaan meneroka potensi dan khasiat pelbagai jenis tanaman dan herba yang boleh dimanfaatkan terutama untuk tujuan kesihatan seperti dalam channel youtube ni
1. Kandungan phloretin jauh lebih bagus dari epal. Mengandungi aktiviti antioksidan yang jauh lebih tinggi berbanding green tea.
Phloretin biasanya di dapati di dalam buah epal, sebahagian limau tropika dan teh rooibos. Namun kajian mendapati bahan ini banyak terdapat pada limau kasturi atau limau sambal.
Bila disebut teh hijau, kebanyakan kita akan sebut “minum teh hijau”, tapi limau kasturi sebenarnya lebih bagus dari green tea.
2. Vitexin ni juga bahan yang bagus ada dalam buah limau kasturi. Selalunya ia hanya dijumpai dalam ‘hawthorn berry’. Ianya digunakan untuk rawatan jantung dan kanser.
Surprisingly vitexin ini banyak dalam limau kasturi.
3. Sesuai sangat untuk orang perempuan yang suka nampak cantik sebab dalamnya ada Ferulic Acid. Asid ini bagus untuk hilangkan kedut pada kulit dan perlahankan proses penuaan. Ia membina kolagen, meremajakan kulit, dan meningkatkan tekstur kulit secara keseluruhan.
Untuk kaum lelaki nak kuatkan jantung pun bagus makan limau kasturi ini.
Sebab itu, petua orang tua tua kata “sebelum makan daging, perah limau dahulu atasnya”
Memang betul! Sebab, ia potong lemak. Ia akan menurunkan kadar kolesterol.
Kalau kandungan creatinine kita tinggi dalam badan, ianya akan merosakkan buah pinggang. Dengan mengamalkan limau kasturi, ia akan membantu menurunkan creatinine.
Mengetahui hal ini, Puan Noriza Rahman pula telah berkongsi cara penyediaan minuman yang berkhasiat dengan menggunakan limau kasturi. Jom semak cara penyediaannya itu.
Hari ni meqza nak kongsikan cara menyediakan minuman untuk menurunkan kadar kolesterol dalam badan dengan minuman air limau kasturi.
Bahan-bahan
Satu sudu teh chia seed
Jus 4-5 biji limau kasturi
Satu sudu madu. (Kalau tiada pun tak apa)
Satu setengah gelas air sejuk
Cara penyediaan :
- Rendam chia seed dalam setengah gelas air sekurang-kurangnya satu jam sebelum penggunaan.
2. Masukkan jus limau ke dalam segelas air ais dan kacau dengan satu sudu kecil madu.
3. Selepas chia seed telah direndam, tambahkannya ke dalam gelas.
4. Kacau dengan sudu dan minum minuman pagi ini setiap hari dengan perut kosong.
InsyaAllah jika diamalkan selalu, ia boleh memperbaiki kesihatan jantung, meningkatkan kolesterol sihat untuk tubuh dan pada masa yang sama dapat mengurangkan jumlah kolesterol, merendahkan paras LDL dan trigliserida.
sumber : Noriza Rahman via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri