Kajian Kata Ibu Cantik Cenderung Dapat Anak Perempuan. Wow, Menarik ni!

Share

Memiliki anak perempuan cukup mengujakan. Nak-nak lagi buat si ibu yang suka bergaya. Waktu inilah boleh tampil sedondon atau membeli baju yang cantik dengan pelbagai rekaan.

Bukan itu sahaja, ada ada satu kajian yang dijalankan oleh London School of Economics tentang teori untuk dapat anak perempuan. Kononnya ibu yang cantik cenderung untuk mendapat anak perempuan. Contoh terdekat selebriti, Che Ta, Wawa Zainal, Scha Al Yahya, Faezah Elai dan ramai lagi. Anak selebriti ini bukan sahaja comel, bahkan keletah anak perempuan mereka cukup menarik hati pengikut di laman sosial.

Dr. Satoshi Kanazawa menerusi kajiannya memberitahu,  wanita yang cantik akan cenderung untuk melahirkan anak perempuan. Kajian dijalankan pada 1958 terhadap 17,000 bayi British dengan meminta guru-guru mereka untuk memberikan rating terhadap rupa paras kanak-kanak tersebut. Kajian ini dilakukan ketika kanak-kanak ini memasuki usia 45 tahun. Kemudian mereka ditemubual semula pada usia 45 tahun. Hasilnya memang mengujakan!

Rumusan daripada kajian ini adalah wanita yang telah menerima rating tinggi terhadap rupa paras mereka sememangnya cenderung untuk menimang cahaya mata perempuan.

Penemuan Dr. Kanazawa ini disiarkan di dalam Journal of Reproductive Sciences yang turut memuatkan rumusannya tentang evolusi dan pemilihan pasangan.

Mungkin ada yang berfikir hasil kajian ini hanyalah satu kebetulan dan sama ada seseorang itu mendapat anak lelaki atau perempuan tidak bergantung kepada rupa paras ibunya.

Jadi, kami mencari lagi kajian lain yang ada kaitan dengan teori untuk dapat anak perempuan.

Ada lagi satu kajian yang telah dijalankan di Universiti Helsinki oleh Markus Jokela. Kajian ini menilai tahap tarikan dan kecantikan 1,244 wanita dan 997 lelaki.

Hasilnya? Wanita yang diperakui “cantik” mempunyai 16% lebih anak berbanding yang mempunyai rupa paras biasa.

Malah, lelaki yang tidak mempunyai rupa fizikal menarik mempunyai 13% kurang anak berbanding yang lain.

Sudah pasti hipotesis ini akan membawa kepada lagi satu kajian yang akan cuba untuk membuktikan yang sebaliknya.

Andrew Geltman, seorang pakar statistik dari Universiti Columbia, telah menganalisis majalah People edisi “Most Beautiful Celebrities” dari tahun 1995 sehingga 2000.

Menerusi pemerhatiannya pula, selebriti yang dinobatkan sebagai antara yang tercantik dan terkacak cenderung untuk mendapat anak lelaki. Antaranya David Beckham, Gwen Stefani dan supermodel Giselle Bundchen.

Mungkin ada yang mempersoalkan sama ada kajian ini boleh dianggap sebagai bukti yang cukup kukuh atau tidak tentang teori untuk dapat anak perempuan.

Malah, pasangan yang sama cantik sama padan juga dikatakan mudah untuk menimang cahaya berbanding mereka yang berupa paras sederhana. Hmmm…menarik juga teori ini kan.  Tapi yang ada anak lelaki tu jangan lah terasa pula ye. Tidak kisahlah sama ada anak itu lelaki atau perempuan, yang pastinya ia adalah pemberian dan nikmat dari Tuhan yang  perlu disyukuri.

Sumber: Newidea.com.au dan theAsianparent Singapore