Puding kastard dengan kuah susu dan koktail buah-buahan campuran ini seringkali menjadi pilihan hidangan pencuci mulut sama ada untuk sebarang majlis atau untuk hidangan minum petang seisi keluarga.
Rasa pudingnya yang enak, kuah susunya yang manis berlemak di samping buah-buahan yang berwarna warni mampu membuka selera sesiapa sahaja, terutamanya anak-anak.
Apa kata sesekali cuba buat puding istimewa ini.Cara-cara membuatnya tidaklah sesukar mana, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.
Bahan-Bahan (Puding):
1 tin susu cair jenama IDEAL
1 tin tepung kastard Bird Custard (ikut sukatan tin susu)
4 tin air
Setengah tin gula pasir
Cara Membuat:
Ads
1.Larutkan semua bahan didalam kuali.
2.Setelah larut, barulah letakkan kuali tersebut diatas dapur dan buka api.
3.Guna api yang paling perlahan dan kacau selalu adunan tersebut sehingga ia nampak pekat dan berkilat.
4.Kemudian,masukkan ke dalam bekas-bekas kecil atau boleh juga masukkan ke dalam loyang.
5.Biarkan puding sejuk seketika dan simpan didalam peti sejuk.
Bahan-Bahan (Kuah Susu):
Ads
2 tin susu cair jenama (IDEAL)
1 tin susu pekat
1tin @ 3/4 tin gula pasir (ikut kemanisan)
1/2 tin air
1 tin buah-buahan koktail
Ads
Cara Membuat:
1.Campurkan semua bahan-bahan tersebut ke dalam periuk kecuali buah-buahan koktail didalam tin.
2.Kacau sebati atas dapur dengan menggunakan api yang paling kecil, cukup sekadar memanaskan kuah susu dan tidak perlu sehingga kuah susu mendidih.
3.Setelah suam,masukkan air dan buah-buahan koktail dan simpan didalam peti sejuk.
Tip ekstra:
Simpan semalam di dalam peti sejuk semalaman dan jangan letak ais pada kuah susu kerana ia akan membuatkan kuah susu cair.
Boleh juga campurkan dengan buah-buahan segar seperti strawberi, kiwi, peach dan sebagainya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sering kali kita dihidangkan dengan kisah ibu tiri yang pemarah dan suka mendera. Namun jarang yang mengangkat martabat dan berkongsi kisah manis dengan wanita kedua dalam hidup selepas ibu kandung.
Berbeza dengan pengacara TV bagi program 9999, Anim Ezati yang baru-baru ini berkongsi kisah yang sangat bersyukur kerana dikurniakan seorang ibu tiri yang menjaga dirinya sejak kecil lagi.
Menerusi entri di Instagram (IG), Anim berkongsi gambar bersama ibu tirinya beserta kapsyen menyentuh hati.
“Seorang wanita yang cukup tabah, cekal, ikhlas dan kuat semangat. Menjadi ibu tunggal besarkan kami lima beradik tanpa membezakan kasih sayang. Dia lah Ibu tiri yang ku anggap Ibu Bapa kandungku.
Terima kasih Mak sebab jaga Anim dengan baik lepas Abah dan Mama pergi. Sayang mak. Sangat,”ungkap Anim Ezati menerusi laman instagramnya.
Membaca di ruangan komen, rata-rata mengakui tersentuh dengan kapsyen yang ditulis oleh Anim dan ada yang mengakui ibu tiri Anim seorang yang baik dan tabah.
aidamohd72 Alhamdulillah. Kalau tak baca caption; saya ingat kan ibu kandung Cik Anim
sadiq0723 Allah.. Aamiin .. Yang ni mahal…?cukup berharga….kirim salamku pada bonda..
yuyuenothman Sedekahkan al-fatihah untuk kdua2 ibu bapa anim..anim pon strong women mmbesar brdikari dr umur kck lg..da xde kdua2 org tua.aku sayang kau ok.tc nim
aiman_372 Tapi muka sama ingat ibu masyaallah sedih pulak rasanya
Menjadi kelaziman, asal hujung tahun sahaja ramai antara kita akan manfaat cuti yang ada untuk membawa keluarga melancong. Tidak kiralah sama ada bercuti di dalam negara mahupun ke luar negara.
Begitu juga buat keluarga artis ini, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar atau lebih dikenali dengan nama Que Haidar antara pelakon yang berbakat besar bersama isterinya Linda Jasmine telah membawa anak mereka iaitu Tengku Ratu dan Tengku Cleopatra bercuti ke Korea.
Perkongsian gambar percutian musim sejuk mereka sekeluarga di Korea mencuri tumpuan peminat dan warganet. Dapat dilihat Linda kekal cantik dan terlihat awet muda, malah hingga ada menyamakan seperti adik dan kakak bila bergambar bersama anak gadisnya itu.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Bahkan wajah Ratu yang nampak begitu jelita berjaya mencuri tumpuan warganet. Sekilas pandang wajah ratu seakan gadis Rusia manakala Cleo pula sangat comel saling tak tumpah seperti wajah ayahnya.
Meninjau di ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh warganet dan antaranya yang menarik perhatian adalah seperti berikut :
Sebut sahaja wasiat, boleh kata ramai antara kira faham mengenainya. Pun begitu memberi gambaran atau senario jelas bagaimana keadaannya bila wasiat dibacakan dan manfaatnya, ayuh kita baca perkongsian daripada saudara Najmi Nawawi ini.
Macam ini, cuba bayangkan. Ahli keluarga dikumpulkan. Maka dia (peguam) datang dan bacakan wasiat. Bayangkan apabila wasiat dibaca. Pada permulaannya.
“Wahai anak-anakku, adik-beradikku dan dan saudaraku yang lain. Jika kalian mendengar ini, pastinya aku sudah tiada lagi bersama kalian….”
(tangisan kedengaran)
“Aku sangat mencintai kalian semua, adik jangan gaduh dengan kakak. Tolong bantu ibu dan jaga ibu. Abang belajar rajin-rajin…”
(tangisan makin sayu)
“Aku harapkan dengan bacaan wasiat ini, kalian menerima dan bersetuju seadanya. Janganlah kalian bergaduh dan berebut harta peninggalan ini. Ingatkah kalian pada zaman kita masih kecil dulu…”
(semua ahli keluarga menangis rindu)
“Ingin juga aku ingatkan kalian pada hadis baginda….”
Pada akhir bacaan wasiat, barulah peguam akan minta kata persetujuan. Lalu dipandang ahli keluarga satu per satu, dan mereka angguk tanda bersetuju. Selesai.
Kan lebih mudah.
Semua ahli keluarga dapat dengar hajat dan permintaan terakhir arwah. Dalam suasana yang baik, semua keluarga berhimpun, mendengar kata-kata arwah dibaca oleh peguam sendiri.
Ianya ialah satu suasana yang sangat berbeza. Percayalah.
Pastinya tiada yang sampai hati tidak bersetuju dengan harapan dan hajat arwah yang terakhir. Jika adapun yang mahu melawan.
Sanggupkah mereka melawan hajat terakhir arwah dan seolah-olah melupakan sahaja tangisan isteri dan anak tadi.
Begitulah, indahnya Islam, membenarkan wasiat kan.
Sekarang untuk diri kita sendiri yang masih bernafas. Masih hidup, masih pergi kerja dan balik kerja. Kerja kuat untuk mencari rezeki. Kita perlu ingat. Kita perlu bersedia, kerana kematian itu tidak mengira usia.
Zaman sudah berubah. Sekarang kita hidup dalam zaman ekonomi yang tersangat menekan. Sudah-sudahlah dengan ayat.
“Ini semua dunia, tak bawa mati pun.”
“Tak payah wasiat sangat, harta bukan banyak pun.”
“Kita hidup lagi kan, kenapa la nak fikir jauh sangat.”
“Buat apa buat wasiat, kena bayar membazir duit je.”
Kerana kita perlu sedar realiti. Orang sanggup buat apa sahaja pada zaman sekarang untuk harta dan duit. Ya, sanggup buat apa sahaja.
Kita buat wasiat bukan kerana risau ahli keluarga kita jahat. Tetapi kita lakukan kerana kita sayang mereka. Kita lakukan kerana kita cintakan mereka.
Kita mahu mereka semua dapat teruskan kelangsungan hidup dengan bahagia. Ikatan yang terus terjalin dengan cinta dan sayang.
Kerana hakikatnya, kita semua manusia yang fitrahnya suka pada kedamaian dan ketenangan.
Aku pun, pada mulanya memang tidak faham bagaimana wasiat berfungsi. Tetapi lepas aku dengar sendiri penerangan dari sepupu aku ini. Membuatkan aku faham kenapa pentingnya wasiat.
Sepupu aku ini, Irfan Ronie seorang peguam syarie yang telah membaca dan membentangkan wasiat kepada begitu banyak keluarga.
Katanya juga, ada 3 bahagian yang paling penting perlu masuk dalam wasiat.
1. Kita beritahu ahli keluarga siapa yang akan dilantik untuk uruskan harta kita, pembahagian dan sebagainya. Boleh lantik isteri seperti contoh.
2. Kita beritahu ahli keluarga juga siapa yang akan jadi pemegang amanah harta yang turun kepada yang masih dibawah umur.
3. Kita beritahu ahli keluarga dimana semua hutang kita. Bukan semua hutang kita ada dalam rekod bank. Begitu juga dengan hutang akhirat.
Lepas selesai tiga perkara ini barulah boleh dibaca pecahan harta mengikut wasiat yang kita mahu buat. Begitulah.
p/s: Berwasiatlah. Ia sebagai panduan dari kita untuk memudahkan urusan ahli keluarga setelah perginya kita nanti. Kita sayang keluarga kan.
Tag pasangan anda. Baca dengan hati. Sama-sama fikir dan rancang yang terbaik untuk masa depan keluarga ya.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...