Cabutan WOW! Tentu sahaja ramai yang ternanti-nanti saban waktu berkenaan promosi hebat yang ditawarkan oleh PTPTN melalui Kempen Cabutan WOW! yang begitu istimewa dan sinonim dengan Simpan SSPN Plus sejak poduk ini diperkenalkan pada tahun 2015 hingga kini. Istimewa tahun ini, Kempen Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN sempena sambutan jubli perak perbadanan itu.
Umumnya ada pepatah Melayu mengatakan, tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah jika ingin diibaratkan bagi setiap pendeposit Simpan SSPN, setiap pendeposit mempunyai peluang yang sama dan jika sudah rezeki, pendeposit akan berjaya memiliki hadiah yang bukan calang-calang hebatnya daripada Simpan SSPN.
Apa yang pasti Cabutan WOW! ini diadakan bagi menggalakkan ibu ayah untuk lebih mengutamakan tabungan pendidikan anak-anak di samping membuat simpanan secara konsisten. Usaha dan pengorbanan ibu ayah membuat tabungan dengan memilih Simpan SSPN sebagai produk simpanan utama untuk anak-anak, tidak dibiarkan begitu sahaja. Bahkan sebagai tanda penghargaan, Simpan SSPN ‘raikan’ dalam bentuk memberi hadiah yang cukup luar biasa.
Semarak Sambutan Jubli Perak
Apatah lagi bagi memeriahkan sambutan 25 tahun penubuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), setiap pendeposit sama ada Simpan SSPN Plus dan Simpan SSPN Prime berpeluang memenangi hadiah yang cukup istimewa dengan mengangkat angka ‘25’ sebagai simbolik sambutan Jubli Perak yang julung-julung kalinya diadakan.
Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN memperkenala tiga (3) kategori iaitu Cabutan Siri, Cabutan Tahunan Jubli Perak dan Cabutan Khas Babyku Simpan. Simpan SSPN mencari 250 orang bayi yang lahir pada tahun ini dan telah pun membuka akaun SSPN Prime bagi memenangi Cabutan Khas Babyku Simpan.
Ads
Pendeposit hendaklah membuka akaun Simpan SSPN Prime atau Simpan SSPN Plus dalam tempoh kempen bagi penerima manfaat yang dilahirkan pada tahun 2022 dan kelahiran didaftarkan pada tahun 2022.
Siapa sangka rezeki anak, dengan menabung ibu ayah berpeluang memenangi wang tunai bernilai RM1,000. Memang Wow!
Hanya Untuk Pendeposit
Ads
Rebut Peluang
Bagi Cabutan Siri, ganjaran yang ditawarkan cukup mengujakan pendeposit dengan menawarkan hadiah bernilai RM2,525 untuk 25 pemenang bermula 1 April hingga 31 Disember 2022 untuk setiap siri
Itu belum lagi jika dilihat hadiah yang ditawarkan untuk Cabutan Tahunan Jubli Perak yang bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2022, memang WOW!
Ads
Pendeposit berpeluang memenangi hadiah utama iaitu berupa Kereta Mercedes-Benz A250 AMG Line, manakala untuk pemenang tempat ke dua layak menerima wang tunai bernilai RM100,000, sementara tempat ketiga pula akan menerima RM50,000 dan seramai 22 pemenang akan membawa pulang Motosikal Honda Dash 125 sebagai hadiah saguhati.
Nyata sekali, hadiah yang ditawarkan cukup hebat dan besar nilainya. Rugi kiranya jika ibu ayah lepaskan begitu sahaja. Mana tahu dengan tawaran hampir RM1 juta ini akan menjadi sebahagian rezeki buat keluarga anda.
Untuk itu, bagi ibu ayah yang ingin dapatkan info lebih lanjut boleh layari www.lovesspn.com atau muat turun aplikasi myPTPTN.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Keputusan sama ada aktiviti di masjid dan surau dibenarkan adalah bergantung kepada garis panduan yang disediakan oleh Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama).
Menerusi laporan yang dipetik daripada Harian Metro, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata garis panduan tersebut telah pun siap dan sudah dibentangkan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) pada 30 April (Khamis) yang lalu.
Menurut Dr Zulkifli, garis panduan berkenaan telah disediakan oleh Unit Penyelidikan Ilmiah JPM (Hal Ehwal Agama) dan Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Pertimbangan utama kerajaan adalah melihat kepada kesiapsiagaan dan persediaan teknikal di tahap optimum semua pihak iaitu Majlis-Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri sebagai badan berautoriti dan pihak berkuasa utama negeri dalam hal ehwal pentadbiran agama serta persediaan masjid dan surau di tahap terbaik.
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
Sementara itu, Dr Zulkifli turut memberitahu bahawa pembukaan masjid dan surau kemungkinan akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini tetapi ianya tertakluk kepada keputusan kerajaan terhadap garis panduan yang disediakan. Tetapi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini berlangsung, segala aktiviti di masjid dan surau masih lagi tidak dibenarkan.
Bagi menjawab pertanyaan adakah wujud kemungkinan ia dilaksanakan dalam masa terdekat, ini jawapan Dr Zulkifli.
Ya, jika kerajaan berpuas hati dengan garis panduan disediakan, juga tahap kerjasama dan keprihatinan rakyat secara umumnya sepanjang PKPB disamping mengambil kira nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Bukan itu sahaja, kebenaran daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sangat penting sebelum membenarkan pembukaan semula rumah ibadat ini. Menurut Dr Zulkifli, sekiranya garis panduan ini diluluskan oleh kerajaan tetapi ianya masih perlu pertimbangan oleh pihak berkuasa di setiap negeri.
Sedapnya jika dapat hirup kuah sup ketika suam-suam. Lebih-lebih lagi ketika cuaca sejuk atau badan kurang sihat.
Namun di sebalik keenakan rasa kuahnya, jangan tidak tahu disebaliknya tersimpan masalah lain terutama pada kesihatan kita.
Sup tulang misalnya mengandungi lemak dan sum-sum tulang yang menambah jumlah lemak dalam sup yang kita masak.
Bagi peminat sup tulang memang arif dengan kandungan sup yang berminyak ini. Tapi ada sesetengah pihak merasakan ini cara yang tidak sihat untuk menikmati sup tulang.
Justeru, ada beberapa kaedah untuk menyingkirkan lemak dari sup sebelum menyajikannya. Jom kita semak!
Cara Pertama: Menggunakan Tisu
Biasanya bila anda membuat sup lemaknya akan berkumpul di bahagian atas. Lemak dalam masakan sup boleh dihilangkan dengan cara menggunakan kertas tisu. Letakkan perlahan-lahan kertas tisu di permukaan sup dan tarik keluar.
Anda akan dapati lemak tadi melekat pada kertas tisu. Lakukan begini sehingga lemak tadi habis di-buang.Perlulah anda menukarkan ker-tas tisu setiap kali anda membuang lemak pada sup.
Cara Kedua: Menggunakan Senduk Sejuk
Rendam senduk logam dalam air berisi ais. Isi mangkuk besar dengan air berais, kemudian celupkan senduk logam besar ke dalamnya. Biarkan sendok terendam selama beberapa minit.
Anda harus menggunakan senduk logam untuk cara ini. Senduk harus menjadi sangat sejuk, kemudian sapukan bawah senduk ke seluruh permukaan sup kemudian angkat senduk dan buang lemak yang menempel di bawahnya. Ulang sehingga kesemua lemak tidak lagi menempel pada senduk.
Cara Ketiga: Menyejukkan Sup
Selepas anda memasak sup, biarkan ia sejuk sendiri. Kemudian letakkan sup tersebut di dalam peti sejuk supaya sup menjadi lebih sejuk. Oleh itu, akan muncullah lapisan lemak pada permukaan sup tersebut.
Jadi ambillah sudu dan buang lemak-lemak tersebut. Bolehlah anda memanaskan kembali sup anda dan nikmatilah ia semasa masih panas.
Bagi mereka yang tidak kisah dengan penampakan lemak dalam sup yang anda hidangkan, anda perlu abaikan kesemua cara di atas dan nikmati sup anda dan jangan lupa minum air suam semasa makan sup supaya lemak-lemak yang anda makan tadi tidak menjadi punca tersumbatnya saluran darah anda nanti.
Sumber: Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hasil kreativiti sendiri, lelaki ini mengubah suai bilik yang dahulunya adalah milik anak lelaki kini kepada lebih feminin memandangkan kini ia menjadi bilik untuk anak-anak perempuannya.
Dengan rona cat yang simple dan kombinasi cadar bercorak kartun rona merah jambu membuatkan bilik yang cukup minimalis dekorasinya tampak sweet je. Jom kita tengok hasil yang dikongsikan oleh si ayah bernama Saiful Bahrin ini menerusi Kelab Kaki Deko.
Sebelum dan selepas… Asal bilik anak lelaki sulong…tp ayah tukarkan bilik… Dan deko kan semula supaya blk ni nmpk gegirl sket… Bilik abam dorg nnt ayah deko kan semula….
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.