Anak-anak ni macam-macam karenah, itulah yang dikongsikan Pelakon dan pengacara, Amyra Rosli mengenai anak sulungnya, Aqeff Anaqi.
Dalam laman Instagramnya, isteri kesayangan Amar Baharin ini memuatnaik ‘perbualannya’ bersama anaknya yang kini sudah mencecah usia lima tahun.
Amyara mengakui terharu apabila anaknya Itu walaupun belum mahir menulis, tetapi tetap berusaha menulis meskipun pelbagai abjad digunakan dan langsung tidak difahami apa yang ingin disampaikan.
“Anaqi belum pandai writing/typing but always ada effort nak chit chat dengan mommy while mommy shooting. Love you son,” kongsi Amyra Rosli menerusi kapsyennya.
Untuk rekod, Amyra dan Amar Baharin mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan selain Anaqi, pasangan ini turut mempunyai seorang cahaya perempuan, Ayra Aryssa yang lebih setahun usianya.Perkongsian tersebut mendapat perhatian warganet. Ada yang memuji Amyra yang tetap melayani anaknya, tak kurang yang berkongsi pengalaman yang sama.
schizell Sama mcm ank sy. Dia tgk org guna wasep, dia pun nak. Tapi merapuu je la tulis. Tp Kalau dgn nenek dia, mmg akan guna voice je la. Yg tu mmg btul2 berborak. Nenek pun melayannnn 😂
ashraf_zafran Owh faham dia ckp dgn mummy dia… Mummy i miss u so much… Please come home early today… I love u so so much pndai anaqi ni 😍😍
pkaamastar Comel !!..nie chat dri hati terus ke jantung😂 dorang je paham 😍😍
Melihat kes harian Covid-19 yang semakin melonjak dan kini jumlahnya mencapai angka lebih 20 ribu, timbul perasaan bimbang dan menyebabkan kita semua lebih berhati-hati.
Selain memastikan setiap kali keluar rumah akan memakai pelitup muka dan kerap menggunakan hand sanitizer. Bahkan tidak dinafikan kita juga akan kerap menggunakan kit ujian lebih meluas untuk memastikan diri dan keluarga benar-benar sihat untuk langkah berjaga-jaga.
Viral Kid Ujian Covid-19 Guna Air Paip Keputusannya Positif
Pun begitu, kesahihan keputusan kit saringan kendiri atau juga dikenali sebagai Rapid Antigen Test menggunakan sample air liur mula dipersoalkan apabila viralnya satu video yang dimuat naik oleh pengguna aplikasi TikTok.
Menerusi video berdurasi satu minit 14 saat, terlihat seorang lelaki membuat ujian kit tersebut dengan menggunakan air paip.
Apa yang mengejutkan keputusan ujian tersebut menunjukkan positif, terlihat jelas dua garisan pada kid tersebut.
Beli Yang Original & Lulus KKM
Ekoran daripada video tersebut Pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan awam Dr Hanafiah Bashirun mengingatkan orang ramai supaya mendapatkan kit ujian kendiri Covid-19 yang disarankan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mendapatkan keputusan tepat.
Ujarnya hanya kit ujian kendiri Covid-19 ‘asli’ dapat bertindak balas dengan air liur dan antibodi dalam sampel air liur yang diambil.
Jika palsu melakukan ujian terhadap air longkang sekalipun, kemungkinan keputusannya juga adalah positif.
Beliau berkata, tidak dinafikan ada kit ujian kendiri Covid-19 menunjukkan keputusan tidak jitu, sebab itu KKM menyarankan penggunaan kit ujian yang diluluskan sahaja.
“Pengguna perlu membeli kit ujian kendiri Covid-19 disarankan kerajaan dan di farmasi, ada banyak kit ujian itu yang murah dan palsu di pasaran sekarang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau memberi reaksi itu bagi mengulas berhubung video tular memaparkan keputusan kit ujian kendiri Covid-19 yang positif hanya dengan menggunakan air paip.
Video berkenaan mengundang pelbagai reaksi warganet sehingga ada yang mempersoalkan berhubung keputusan kit ujian kendiri Covid-19 terbabit.
Dr Hanafiah berkata, penggunaan kit ujian kendiri Covid-19 yang tidak sesuai akan menyebabkan keputusan tidak jitu terhasil.
“Jika menggunakan kit ujian kendiri Covid-19 palsu dan melakukan ujian terhadap air longkang sekalipun, kemungkinan keputusannya juga adalah positif.
“Harga kit ujian kendiri Covid-19 kini sudah murah, hanya RM6.90. Pengguna disarankan untuk mendapatkan kit ujian kendiri yang disarankan KKM,” katanya.
Jangan pandang ringan jika ada sebarang simptom tau! Lebih-lebih lagi yang membawa ke arah kanser. Jangan ambil mudah! Jom dengar perkongsian dari Dr Salmi Daraup tentang kanser serviks.
Jom saksikan juga video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!
Tonton juga video ini bagi anda yang mempunyai airfryer. Rupanya macam-macam aksesori ada untuk memudahkan kita memasak menggunakan airfryer.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Memang tidak dinafikan ramai wanita suka jika suaminya seorang yang romantik. Bukan kata-kata aje tau, tetapi dengan melakukan perkara yang romantik. Boleh dikatakan ramai wanita suka jika suami membuat perkara romantik. Jom ketahui cara supayaa suami lebih romantik.
Beri pasangan 12 bunga mawar dengan sentuhan gubahan kreatif. Contohnya dengan menggabungkan kreativiti bermain dengan elemen warna. Beri sebelas mawar merah dan satu mawar putih. Sambil itu sertakan lampiran nota yang berbunyi: “. Terdapat sahaja bunga cantik yang banyak tetapi ada satu istimewa yang berdiri di luar dan awaklah yang satu itu”
Belikan pasangan anda sebuah jam tangan. Tidak perlu terlalu mahal, bersesuaian dengan badget. Sertakan nota dengan tulisan: “Saya sentiasa mempunyai masa untuk awak.”
Lampirkan bil not RM 100-200 atau giftcard, voucher membeli-belah, bersama-sama dengan nota kepadanya, dengan berkata, “Pilihlah, itu semua untuk awak.”
Raikan peristiwa penting hidup anda. Kenal pasti satu peristiwa penting anda berdua bersama-sama. Raikan peristiwa itu setiap tahun.Biasanya hari penikahan anda.
Amalan hari ganjil dan genap percintaan. Ianya adalah amalam setiap hari. Contohnya anda memilih hari genap untuk menjadi romantik, dan pada hari-hari ganjil seterusnya tiba pula giliran pasangan anda untuk menjadi romantik.
Mandi bersama-sama dengan isteri. Balutkan dirinya dan bantulah mengeringkan rambutnya.
Tulis kepada pasangan surat cinta atau puisi pada satu lembaran kertas.Boleh sahaja besar atau kecil . Ataupun buat puzzle .Gamkan pada kadbod nipis, potong ia menjadi kepingan berbentuk teka-teki, kemudian kirimkan semua kepingan tersebut. Ataupun, untuk kesan romantik lagi, emel sekeping potongan teka-teki setiap hari! Biar dia ternanti-nanti.
Tulis banyak perkataan ‘ciuman’. Potong ia kecil-kecil dengan gunting. Isi dan letaknya dalam kotak perhiasan. Tulis satu sijil menjelaskan bahawa kupon boleh ditebus dan hadiahnya adalah ciuman daripada anda.
Beri hadiah trofi atau pingat kepadanya. Pergi sahaja kedai trofi untuk mendapatkan pelbagai idea. Contoh hadiah yang dapat diberikan adalah seperti plat, pingat, reben, tanda nama, sijil dan sepanduk.
Setiap bulan bila tengok bil yang sampai di rumah boleh naik pitam dibuatnya. Nak nak lagi musim cuti sekolah ni kan.
Lagi tinggi penggunaannya terutama sekali bil elektrik dengan penggunaan pendingin hawa, televisyen dan sebagainya lagi.
Untuk ibu-ibu jangan risau anda boleh jimatkan bil di rumah jika lakukan tip yang dikongsikan oleh TNB ini.
Tak susah pun malah ia juga tidak menggunakan sebarang modal. Tak percaya, jom baca ni!
1. Guna ruangan mesin basuh semaksima mungkin. Jika boleh masuk lagi banyak baju, lagi bagus!
2. Pastikan filter penghawa dingin anda telah dicuci supaya ia boleh beroperasi secara efisien
3. Semasa penghawa dingin dihidupkan, tutup semua pintu dan tingkap. Lebih kecil ruangan, lebih rendah bil yang perlu ditanggung.
4. Pilih lampu mentol yang menggunakan tenaga yang sikit untuk penjimatan yang lebih
5. Gosok baju dalam jumlah yang banyak setiap seminggu sekali
6. Maksimumkan air dalam cerek elektrik ketika masak. Lebih jimat sebenarnya!
7. Pilih peralatan elektrik yang mempunyai 5 rating serta logo merah seperti di dalam gambar:
8. Jarak peti sejuk dengan dinding sejauh 10cm untuk peredaran yang lebih efisyen
9. Jangan biarkan PC, laptop atau monitor LCD berada dalam keadaan standby jika tidak digunakan
10. Boleh gunakan timer untuk peralatan yang diperlukan pada masa yang tertentu sahaja
11. Gunakan lampu fluorescent T5 sebagai langkah penjimatan elektrik anda
12. Suhu penghawa dingin yang paling efisien adalah antara 23-25 darjah celcius untuk kesejukan optimun
13. Cara susun barang di dalam peti sejuk juga menjadi faktor utama dalam penjimatan elektrik. Pastikan barangan anda tersusun kemas dan rapi.
14. Gunakan mod ‘Cold Wash’ semasa mencuci pakaian menggunakan mesin basuh untuk mengelakkan penggunaan tenaga yang banyak untuk memanaskan air
Tip lain yang boleh anda lakukan:
Gunakan lampu meja untuk pencahayaan khusus sahaja. Boleh juga gunakan cahaya semula jadi untuk menerangi bilik pada waktu siang.
Elakkan membuka peti sejuk dengan kerap kerana lebih tenaga diperlukan untuk mengekalkan suhu rendah.
Jangan meletakkan makanan yang panas ke dalam peti sejuk kerana ia boleh menyebabkan peti sejuk menggunakan tenaga yang lebih untuk mengekalkan suhu rendah.
Tukar peralatan elektrik yang melebihi tempoh 10 hingga 15 tahun bagi penggunaan tenaga yang lebih cekap.
Tutup dan tanggalkan plug peralatan elektrik yang tidak digunakan bagi menjimatkan penggunaan elektrik.
Gunakan tangga ke aras terdekat bagi menjimatkan elektrik.
Senang bukan? Jika ada yang masih belum tahu tentang tips ini, boleh kongsi untuk manfaat bersama. 😉
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...