
Jika kediaman anda berdepan dengan masalah ruang yang terhad untuk menyimpan barang-barang, maka dengan memiliki bangku yang bertindak sebagai ruang menyimpan atau dipanggil sebagai storage bench adalah pilihan yang tepat.
Adanya bangku jenis ini, bukan sahaja menjadikan masalah storage dapat diatasi malah tidak dinafikan menyuntik gaya ruangan lebih kemas dan cantik.
Selain anda boleh membelinya di kedai perabot, anda juga boleh lakukan DIY seperti yang dikongsikan oleh pasangan suami isteri ini yang turut berkongsi hasil kerja pertukangan tangan mereka di group Kelab Deko Rumah.
“Ada member saya minta tolong buatkan storage bench. Maka terhasillah wooden storage bench.
“Semoga tuan rumah berpuas hati dengan hasil air tangan kami berdua suami isteri.
Kami bermula dengan projek DIY kecil kecilan di kuaters guru. Masih banyak lagi ilmu bidang pertukangan yang boleh dipelajari,” tulisnya di kapsyen salah satu group pertukangan.
Melihat hasil DIY yang kemas dan cantik, membuatkan ramai yang teruja untuk turut memiliki ruang penyimpanan seperti ini. Apatah lagi kos untuk menyiapkannya tidaklah mahal, difahamkan kos kayu yang digunakan hanya RM 400 sahaja.
Menyempurnakan lagi rekaan storage bench turut digunakan kayu jenis rubber wood sebagai kemasan top.
Sumber : Suzaitul Adwini
ARTIKEL MENARIK : Akui Sibuk Kerja & Kini Ibu Ni Kesal Biarkan Anak Bermain ‘Phone’ Sampai Mata Merah & Sembab!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
“Ada Yang Masuk IPG Famili Paksa, Tapi Kini Dia Paling Hebat Dalam Batch.” Padu Nasihat Guru Kepada Bakal Mohon Jadi Pendidik Isi Kekosongan 18K!

Baru-baru ini Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengumumkan akan membuat pengambilan khas guru secara ‘one-off’ bagi mengisi kekosongan guru yang dihadapi di seluruh negara terutama di Sabah, Sarawak, Johor dan Selangor.
Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata ia akan membabitkan pengambilan sejumlah 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41.
Justeru pelbagai pandangan yang dilontar mengenai kreadiliti bakal pendidik yang akan mengisi kekosongan jawatan kosong berkenaan.
Bagi guru ini, dia mempunyai pandang tersendiri mengenai hal ini. Malah menyahut baik hasrat kerajaan.
Buat yang minat bergelar pendidikan, anda pasti boleh!
“Kalau korang rasa tak sure nak jadi guru, tak payah la, nanti menyesal, susahkan diri susahkan anak bini susahkan sekolah pula..”
“Kalau korang takda skill nak handle pelajar, baik tak payah!”
Ni nasihat biasa kita dengar, kan? Tapi hari ni saya nak bagi nasihat lain sikit, hehehe, dari pendapat saya yang lemah ni.
Kalau korang minat, cuba saja, try. Cari pengalaman. Kita tak akan tahu benda tu sesuai dengan jiwa kita selagi kita tak cuba. Kalau profession ni sesuai dengan hati kita, kita sendiri akan ada kemahuan nak improve kemahiran yang di perlukan di sekolah, yang di perlukan bila bersama murid. Kita akan belajar dengan cara langsung dan tak langsung.
“Tapi kami ni tak terlatih,,,” Tak apa, saya yakin akan ada latihan khusus di sediakan nanti, dan pengalaman akan mengajar anda nanti.
Saya ada member masuk IPG kena paksa family, sepnjang pengajian merengus saja, sekarang dia antara yang paling berjaya dalam batch kami.
Ada member yang tiba-tiba di hantar ke sekolah untuk berkeperluan khas, basic tak ada, setahun awal tu murung je rupa dia,, tapi sekarang, bila dah ternampak hikmah kenapa dia di hantar ke sekolah tu, dia la paling semangat sekarang, bentang sana sini, lepak makan pun sembang pasal inovasi MBK,, hahaha sengal ah
Pada saya, kedatangan korang dalam profession ni saya bukan sekadar nak tengok apa yang korang boleh buat untuk sesuatu subjek tu,, (ada tak kemahiran ajar subjek tu subjek ni), tapi lebih dari tu. Saya tengok dengan kemasukan anda beribu-ribu ni, sekolah nanti dapat beribu-ribu kelebihan, talent, passion and minta masing-masing dan lain-lain.
Korang akan offer sekolah perlbagai benda yang korang boleh buat, bukan sekadar cara mengajar. Lebih lagi. Tak kira apa kemahiran dan kelebihan korang, selagi tak langgar peraturan, manfaat akan dapat pada pelajar, generasi di bawah kita.
Saya ada senior lelaki yang agak lembut dan selalu di ejek, sekarang asyik sekolah beliau je dapat wakil ke pertandingan tarian kebudayaan, ke level tinggi-tinggi, hasil kemahiran beliau.

Ingat content knowledge ni kita boleh belajar, tapi passion dan minat ni adalah dari kecil kita pupuk dalam diri kita. Dan saya percaya kat sekolah adalah salah satu tempat yang sesuai nak kembang bakat dan inspirasikan jiwa lain.
Bagi saya, jom cuba. Kalau dah rasa tak sesuai dengan hati nanti baru la, rasa stress depress kaunseling dan lain-lain pun tak dapat baru la kita fikir jalan keluar, saya ada member yang dari batch saya, baru tahun ke empat, dari daerah saya, dah keluar dan sekarang tengah further bidang lain. sedih tapi salute dan respek denga dia, sebab dia tak jumpa happiness dalam bidang ni, kita sebagai kawan, kita tak halang, tapi kita support.
“Jangan sampai pilih jalan, nanti kau tak happy,” ada yang kata macam tu nanti, tapi dia tak tahu kita boleh ‘patah balik’ kalau salah jalan. Tak salah mencuba, dan tak salah ‘tersalah jalan’.
Yang salah tu geng-geng yang dia dah tau dia salah jalan, tapi choose to redha and stay je dalam bidang ni. Bila dah rasa hati tak ada sebagai pendidik, dia redha je, jadi parasit makan gaji, tak ada motivasi, xda semnagat pendidik, tapi redha je sebab gaji, pentadbir pun malas dah nak layan dorang, nak bagi tugas kat dorang, letak semua dekat yang rajin, lantas mensia-sia kan pelajar kita,,pastu bagi nasihat salah, “kalau ko rasa tak boleh, sila balikk!”
Akhir kata jom cuba, kami sambut dengan tangan terbuka, dan sedia bantu. Serius weyh kekurangan guru sekarang, waktu mengajar saya sendiri saja sudah 42 waktu seminggu haha.
Kita bukan tak suka dengan projek dan program yang banyak di bagi oleh pihak atasan tu, kami nampak manfaat dan objektifnya, CUMA kami tak cukup tangan kat sekolah, pihak PPD pun nampak kelam kabut, kesian haaaa.. ok,, thats all from me.
Manatau ada dapat kat SK Luagan Lawas nanti, saya belanja popia time melapor nanti hehe.
Sumber: Muhammad Nazmi
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Tukar Sofa Lama Jadi Baru, Buatkan Sarungnya Dengan Cara Begini. Mudah Sangat Tanpa Guna Mesin Jahit!

Biasanya kalau sofa di rumah sudah terlihat lusuh dan cover sofa terkoyak, apa yang terlintas difikiran kita ketika itu?
Mungkin ada yang tersenyum, itu tandanya kena beli sofa baru!
Tapi sebenarnya, tanpa membeli sofa baru sekali pun kita sebenarnya boleh buat sesuatu untuk jadikan sofa tersebut nampak baharu.
Ini sebagaimana apa yang dilakukan oleh LennOn Haniff baru-baru ini ketika musim PKP.
Ini perkongsiannya.
Projek DIY pkp lg.. kali ni kita kasi projek sofa buruk pulak.. lama dah nak buat tapi tak tau nak start dr mana.. sekali darling saya Zakina KinaCafe kasi link https://www.keluarga.my/buat-sarung-sofa-baru-tak-perlu-jahit-mesin-kos-murah-je-begini-stepnya-2/.. terus berkobar semangat..
Memula kita kluo cari kain.. saya beli yg murah² je.. ikut kemampuan sendiri, bukan kemampuan orang lain tau.. saya dah catat siap² ukuran sofa (length x width x height).. sampai kat Nagoya, towkey kedai boleh syorkan berapa meter nak pakai kain ikut ukuran kita kasi..
Selain dr kain, saya cadangkan prepare jugak alat² lain untuk projek sofa buruk ni.. di antaranya
– benang (saya pakai benang biasa je)
– jarum (refer gambar untuk jarum yang saya pakai). Jarum pelbagai saiz dan bentuk.. beli kat kedai jahit rm 9.50.. yg guna cuma jarum
no 1 dan 7 je pon.
– stapler gun (bullet dia saya guna yg 8mm, bole refer gambar jugak). Bullet stapler gun beli kat kedai alat tulis..tak ingat baper RM. saiz 8mm
– screwdriver flat head kecik + playar (yg ni guna untuk korek bullet stapler yg lama dan juga kalu tersilap stapler dlm proses DIY nanti)
DIY sofa buruk ni takde guna mesin jahit.. proses cuma stapler dan jahit tangan je..
Sofa buruk 1 yang bahagian atas tu dah
pernah sarung kain lain, tapi dah lusuh
balik.. sofa ni jenis ada ruang simpanan
kat bahagian bawah..
Step 1 : Memula bukak segala skru untuk pisahkan bahagian atas and bawah.
Step 2 :
Sofa jenis ni straightforward je.. potong
kain ikut ukuran sofa, ukur sekali tinggi
sofa tu.. dan lebihkan kain untuk stapler
ke bawah sofa.. lipat kasi cantik bahagian
tepi u.
Jahit lipatan kat bahagian tepi sofa..
Ni hasil bila dah siap jahit.
Sofa cleopatra
Ni sofa buruk no 2.. Cleopatra sofa ke
apa nama dia.. kesan koyak tu hasil
tangan anak meow pada suatu ketika dahulu.
Step 1 :
Kita buka lapik bawah sofa standby
vacuum untuk sedut habuk yg bertahun
terkumpul.
Step 2:
Getah sofa dah kendur.. saya malas nak
cari baru, kasi tarik tegang skit then
stapler 3 4 round. harap-bertahan la
hendaknya.. huhuhu
Step 3:
Saya mula dari bahagian tangan belah depan.. macam yg disyorkan dlm link yg saya tempek kat post saya..
Step 4
Pastu kasi jahit yang bahagian curvy? tu
saya gunting then tarik and jahit.. janji dari depan nampak kemas..
Step 5
Setelkan dulu bahagian bawah dan belakang.. sebab senang. bersegi je..
Step 6
Part ni yg mencabar.. bahagian sandar tu
saya stapler dari belah belakang + jahit
guna jarum bengkok, then tarik tegang
kain ke depan and selit masuk celahs sofa. pastu stapler.
Yg bahagian duduk tu pon sama. Stapler
then jahit, pastu tarik tegang selit celah
sofa… Then stapler lg..
Step 7
Last sekali tutup bawah sofa guna apa
kain then pasang kaki. saya guna kain
asal sofa ni jugak.. belah bawah,
bukannya nampak.
Tips..
1 – plan dulu part mana yg nak di cover so that hasil nampak lebih kemas
2 – potong kain jangan ngam², kasi lebih banyak skit takpe..
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Beruntungnya Kalau Suka Makan Tempe. Harganya Murah Malah Dr Ni Senaraikan Begitu Banyak Kelebihan Makan Tempe!

Makanan berasaskan kacang soya seperti tempe ini cukup enak dimasak dengan pelbagai resipi. Jadi tidak hairanlah ramai yang menggemarinya, bahkan ada juga yang boleh makan mentah sahaja tempe tersebut.
Pun begitu, apa yang lebih menguntungkan makan tempe ini selain menepati citarasa, seorang doktor ini menjelaskan begitu banyak khasiat dan manfaat makan tempe dari sudut sains. Jadi rugi rasanya kalau makanan yang mudah didapati dan murah harganya ini tidak dimanfaatkan sebaik mungkin dalam pemakanan kita seisi keluarga.
Nak lebih jelas apa disenaraikan oleh doktor Zubaidi Hj Ahmad ini, jom baca perkongsian penuh daripadanya.
KELEBIHAN MAKAN TEMPE
Tempe adalah makanan yang biasa dimakan oleh orang Jawa di Malaysia terutama di Johor dan Selangor. Ia adalah kacang soya yang melalui proses fermentasi dengan menggunakan ragi.
Tempe mempunyai kandungan nutrisi yang hebat. Dalam setiap 100 gram, tempe mengandungi:
Air: 55.3 gram
Kalori: 201 kCal
Protein: 20.8 gram
Lemak: 8.8 gram
Karbohidrat: 13.5 gram
Serat: 1.4 gram
Kalsium: 155 mg
Fosfat: 326 mg
Zat besi: 4.0 mg
Natrium: 9 mg
Kalium: 234 mg
Copper: 0.57 mg
Thiamin: 0.19 miligram
Riboflavin: 0.59 miligram
Niacin: 4.9 miligram
Tempe mempunyai harga yang agak murah, mudah didapati dan rasanya sedap. Ia merupakan sumber protein dari tumbuh-tumbuhan yang terbaik. Protein dari tempe digunakan untuk memperbaiki sel tubuh yang rosak. Ia mempunyai protein (asid amino) yang bagus untuk mengelakkan penyakit diabetes, penyakit jantung, dan menjaga menurunkan berat badan.
Selain itu protein dalam tempe dikatakan lebih larut dalam air dan ini meningkatkan aktiviti enzim proteolitik. Enzim proteolitik atau protease akan memecahkan rantai panjang protein menjadi sebatian yang dapat dicerna oleh tubuh. Menurut penerbitan dari jurnal Biomolecules, enzim ini juga membantu fungsi pembelahan sel, pembekuan darah, meningkatkan sistem pertahanan tubuh, dan penting untuk fungsi tubuh lain yang penting.
Tempe juga menurunkan risiko mendapat risiko mendapat osteoporosis. Dengan mengambil 100 gram tempe mampu memenuhi 15 peratus keperluan kalsium dan 65 peratus keperluan fosfot untuk sehari bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. Ia juga dapat mencegah osteoporosis pada wanita yang telah mengalami menopause.
Dalam terbitan dalam International Journal of Food Sciences and Nutrition, menyebut penyerapan kalsium dari tempe tidak berbeza jauh dengan susu lembu. Untuk mendapatkan nutrisi yang sama dengan segelas susu, kita hanya perlu mengambil potong tempe. Hal ini tentu bermanfaat bagi mereka yang mengalami masalah alahan pada protein susu lembu.
Tempe juga membantu mencegah anemia. Ini kerana tempe mengandungi vitamin B12 yang membantu tubuh dalam menghasilkan sel darah merah. Dalam setiap 100 gram tempe mengandungi sekitar 1.7 mikrogram vitamin B12. Ia memenuhi 42 peratus keperluan vitamin B12 setiap hari. Kekurangan vitamin B12 dalam tubuh akan menyebabkan rasa pening, penat, pucat pada kulit, keseimbangan tubuh menurun, dan mengganggu mood.
Tempe juga dapat menangkis tindakbalas radikal bebas kerana ia mempunyai sebatian antioksida (dalam bentuk isoflavon) yang sangat diperlukan untuk menghentikan tindakbalas dan pembentukan radikal bebas.
Salah satu kesan dari radikal bebas adalah mempercepatkan proses penuaan. Dalam setiap 100mg tempe, mengandungi sekitar 10-38 miligram isoflavon yang mempunyai pelbagai manfaat.
Kajian yang dilakukan oleh University of North Carolina menunjukkan bahawa sebatian antioksida pada tempe dapat membantu pencegahan kanser prostat dan payudara. Selain itu, ia juga menurunkan risiko masalah pada jantung.
Tempe membantu menurunkan berat badan. Dalam setiap 100 gm tempe mengandungi 20.8 gram protein. Dalam kajian yang diterbitkan The American Journal of Clinical Nutrition menunjukkan diet tinggi protein berasaskan kacang soya memiliki keberkesanan serupa dengan protein yang diambil dari daging haiwan. Efektivitas yang sama seperti pada daging atau produk hewani lainnya. Selain mampu mengurangi berat badan, diet ini juga bisa menurunkan rasa lapar dan meningkatkan rasa kenyang.
Dalam kajian yang lain juga menunjukkan diet kaya protein dapat merangsang thermogenesis, iaitu membantu tubuh membakar lebih banyak kalori setelah makan.
Tempe goreng adalah salah satu bentuk makanan yang paling digemari. Namun sayangnya, kandungan nutrisi yang terdapat dalam tempe, seperti prebiotik yang diperolehi melalui proses fermentasi mungkin akan rosak apabila digoreng.
Tempe boleh dimakan mentah. Cuma pastikan ia bersih. Tempe yang dikisar boleh dimasukkan ke dalam jus buah-buahan.
Semoga bermanfaat.
Sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad
Nak mudah boleh beli online je tempe ni. Klik di sini untuk buat tempahan.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club