Bila ‘perginya’ seorang insan yang kita sayangi, ia satu kehilangan yang sukat dicari ganti. Bukan sahaja dirasai oleh ahli keluarga bahkan susulan pemergian Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang, Abd Aziz Usoff yang sebelum ini menjadi antara pegawai yang bertugas ketika operasi tanah runtuh di Batang Kali, nyata membuatkan kita semua sayu mendengar perkhabaran kematiannya.
“Beliau seorang pegawai yang sangat berdedikasi dan komited terhadap tugas serta tanggungjawab terutama ketika melakukan operasi kebombaan. Kematian tuan Abd Aziz satu kehilangan yang sukar dicari ganti,”
Itu kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis susulan pemergian Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang, Abd Aziz Usoff kerana serangan jantung, semalam.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Memetik daripada laporan Harian Metro, Norazam berkata, Abd Aziz meninggal dunia jam 7.55 pagi pada usia 49 tahun.
Katanya, jenazah kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat sebelum dibawa ke Masjid Jamek Nurul Iman, Rawang untuk disolatkan.
“Allahyarham antara pegawai yang bertugas ketika operasi tanah runtuh di Batang Kali, baru-baru ini.
“Malah, beliau antara yang terawal tiba di lokasi kejadian bagi membantu operasi penyelamatan walaupun tragedi berkenaan bukan berada di bawah kawasan jagaan beliau,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
ARTIKEL MENARIK
Noorazam berkata, Allahyarham yang berasal dari Kampung Banggol Penyegat, Karangan, Kulim di Kedah sudah berkhidmat dengan pasukan JBPM selama 15 tahun.
Katanya, Allahyarham meninggalkan seorang balu iaitu Siti Mardhiah Nayan@Ahmad serta empat cahaya mata lelaki.
“Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Al Ittihad, Sungai Kob, Karangan, Kulim, Kedah, jam 9.30 malam semalam,” katanya.
Sumber : Harian Metro & Facebook abdulaziz.usoff
ARTIKEL BERKAITAN :