Betapa ikhlas dan sucinya hati lelaki ini dalam membantu mangsa banjir. Merata tempat diredah untuk menyempurnakan misi menyelamat. Walhal dia hanyalah orang awam biasa, namun semangatnya cukup luar biasa.
Itulah dia Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai Abang Viva. Setelah namanya viral ramai juga yang ingin memberi ganjaran, upah, bahkan hadiah kepadanya namun ditolak secara baik olehnya.
Pun begitu baru-baru ini lelaki kelahiran Melaka ini telah diberikan sijil kepujian Ketua Pesuruhjaya Pertahanan Awam 2021 (Adiwira Musibah Banjir) dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Anugerah itu diberikan atas jasanya menyelamat orang awam sepanjang berlakunya Monsun Timur Laut.
Perkara itu dikongsikan menerusi laman Facebook rasmi APM.
ADIWIRA PRIHATIN MUSIBAH “ABANG VIVA”
“Ketua Pesuruhjaya APM, Aminurrahim Mohamed menyampaikan ‘Sijil Kepujian Ketua Pesuruhjaya’ kepada Azwan bin Omar (Abang Viva) atas keprihatinannya membantu mangsa banjir di Shah Alam dengan membawa sebuah bot atas bumbung kereta dari Melaka.
“Sijil disampaikan semasa lawatan beliau ke Pejabat Pertahanan Awam Daerah (PDPA), Temerloh, Pahang pada Selasa,” katanya.
Meninjau di ruangan komen ramai yang mengucapkan tahniah dan turut berasa bangga dengan apa yang telah dilakukan olehnya dalam usaha membantu mangsa banjir kali ini.
Dalam hidup ini kita semua sentiasa akan diuji, sama ada daripada aspek kewangan, kesihatan dan sebagainya. Pun begitu yakinlah setiap ujian yang dihadapi dalam kehidupan ini mampu menjadikan kita insan itu lebih kuat dan tabah.
Tidak sekali-kali menganggapnya sebagai bala atau musibah dan begitulah yang dipegang teguh oleh penyanyi dan anggota kumpulan Indigo, Bad apabila berkongsi keadaannya kini yang terpaksa menggunakan ‘walker’ untuk membantunya bergerak setelah lima jarinya dibuang dalam proses pembedahan.
“Selagi boleh, memang saya akan buat sendiri sebab tak mahu ajar diri selalu mengharapkan orang. Bayangkan kalau orang itu ada kerja lain, atau tiada, macam mana?
“Saya kena juga kuatkan semangat. Setiap hati saya panjatkan kesyukuran kerana di sebalik kepayahan, sekurang-kurangnya Dia masih pinjamkan nyawa lagi buat saya.
“Ini semua bukan bala atau musibah. Ini adalah peringatan agar kita sebagai manusia dan hamba, sentiasa kembali mengingatiNya,” ujar Bad.
Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yoep Abdullah, 46 dia tiada pilihan lain untuk belajar berdikari tanpa terlalu mengharapkan bantuan daripada isterinya Ashira.
Ini sebagaimana memetik perkongsiannya di Gempak, “Lima jari kaki kiri saya dah dibuang dalam proses pembedahan yang dilakukan secara berperingkat iaitu pada bulan Januari, Mac dan Sepetember yang lalu.
“Sejak keluar dari hospital awal tahun lalu lagi saya memang kena guna ‘walker’ untuk bantu pergerakan.
“Paling susah nak urus diri adalah dalam tandas. Tapi nak tak nak. kena buat juga.
“Saya juga uruskan diri sendiri tanpa menyusahkan isteri. Begitu juga kalau nak ke hospital untuk rawatan berkala, saya akan bergerak dan pandu kereta sendiri,” katanya.
Tambahnya lagi,” Saya tidak mahu terlalu bergantung hidup dengan orang lain walaupun isteri sendiri kerana khuatir terlalu selesa jika berterusan dalam keadaan itu,” jelas Bad berkongsi kisahnya ketika dia menghadiri konsert Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) Ahad lalu.
Setiap antara kita tentu mengimpikan untuk dipanggil menjadi tetamu Allah. Apatah lagi jika diusia muda sudah berpeluang menunaikan Haji, alangkah berungtungnya! Di mana ketika usia itu kita memiliki tahap kesihatan yang bagus dan tubuh badan yang kuat. Pasti kemanisan beribadah dapat dirasai dan disempurnakan sebaiknya.
Pun begitu untuk menjadi tetamu Allah di usia muda, bukan dapat direalisasikan dengan sekelip mata. Mungkin kisah yang dikongsikan oleh seorang ibu ini dan juga merupakan seorang guru boleh dijadikan inspirasi.
Semangat dan kegigihannya untuk menabung dan sekali gus mendaftar haji buat anak-anaknya cukup luar biasa. Bahkan untuk setiap anak muridnya juga dibantu untuk memiliki simpanan di Tabung Haji. Hal ini wajar dicontohi agar anak-anak kita juga bakal menjadi tetamu Allah di usia muda.
Ramai yang tanya saya, rahsia anak-anak dapat menunaikan haji pada usia yang muda.
Tak ada rahsia. Saya dan Tabung Haji memang tak dapat dipisahkan. Kalau ada award, boleh bagi la kat saya.
Seawal usia 15 tahun saya dah buka akaun TH. Masa tu ada pameran di sekolah dan saya singgah buka akaun di booth TH. Dari situlah bermulanya persahabatan saya dengan TH.
Ada duit RM5, saya pos ke TH Gerik. Begitulah yang saya lakukan masa zaman sekolah. Sehinggalah saya keluar mengajar, barulah saya buat potongan gaji secara tetap.
Sebelum berkahwin, sebelum ada anak, saya sudah membantu membuka akaun TH untuk anak-anak murid Tahun 1 saya. Masa tu kaunter TH dibuka pada setiap hari Sabtu di bangunan Arkeb MARA Lenggong.
Saya wujudkan tabung simpanan untuk anak-anak murid. Kalau mereka masih ingat, setiap hari mereka akan menabung duit lebihan belanja sekolah mereka, sekupang dua kupang…
Masa tu mana ada media sosial macam sekarang. Nak ambil gambar buku catatan tabungan pun tak dapat. Kena guna kamera isi filem Kodak.
Apabila duit mereka cukup RM5 atau lebih, saya akan bawa ke kaunter TH. Sehingga mereka di Tahun 6, saya masih meneruskan usaha tabungan tersebut. Buku akaun TH mereka, saya pulangkan kepada mereka apabila mereka tamat tahun 6.
Kalaulah ibu bapa mereka prihatin pada masa itu dan membuat pendaftaran haji anak-anak mereka, tentu sekarang mereka semua sudah bergelar haji hajah terlebih dahulu daripada anak-anak saya.
Jadi, tak ada hairanlah kalau saya membuka akaun TH anak-anak saya seawal usia mereka 2 minggu iaitu sebaik-baik sahaja mereka memperoleh surat beranak dan seterusnya mendaftarkan haji mereka.
Target saya, sebulan RM100, setahun RM1200, sepuluh tahun RM12 000 simpanan bersih tidak termasuk bonus. Bermakna pada usia 10 tahun, mereka sudah cukup wang untuk mengerjakan haji.
2007, umur abang genap 10 tahun. Dia selalu ikut opahnya pergi kursus haji kerana pada tahun tersebut opahnya dapat tawaran mengerjakan haji. Dia bagitau kawan-kawannya yang dia nak pergi haji.
Suatu hari saya terserempak cikgunya. Cikgu dia bagitau, Syaiful bagitau semua orang yang dia nak pergi haji. Cikgunya kata,”Dia ingat senang-senang kot nak gi haji. Kalau tak ada duit, mana boleh pergi haji. Setakat pergi kursus je la.”
Saya senyum je. Tak jawab apa-apa pun. Tak la pulak saya bagitau, duit dia memang dah cukup. Dia bagitau tu memang betul dia nak pergi haji sebab memang dah daftar pun haji dia masa tu.
16 Tahun, Allah Jemput Jadi TetamuNya
Alhamdulillah, 6 tahun kemudian, pada usianya 16 tahun, Allah menjemput abang menjadi tetamu agung-Nya.
Anak-anak memang sejak kecil lagi pulun mengaji dan nak khatam Quran cepat-cepat sebab ma ayah janji nak bawa umrah kalau semua dah khatam Quran.
Bukan paksa anak-anak tapi asbab itu jugalah mereka bersungguh-sungguh mengaji dan berguru.
Doa mama semoga anak-anak mama terus istiqomah dalam mengerjakan amal ibadat, mencintai rumah Allah dan mencintai agama Allah.
Bakat dan kreativiti yang ada diterjemahkan pada benda-benda yang simple namun hasilnya sangat menarik.
Demikian juga dengan kreativiti ayah ini yang menukar wajah bilik kosong yang sudah usang kepada ruang bermain anak yang cukup simple tapi sweet dengan menampilkan tema ‘Farm House’.
Tidak menggunakan bajet yang mahal, sebaliknya saudara Khairul Azhar hanya menggunakan bahan-bahan yang dibeli dari kedai RM2 serta Shoppee. Menarik bukan. Sejuk je mata memandang. Anak pun seronok dapat menghabiskan masa bermain di dalam bilik berkenaan.
Alhamdulillah rumah kampung, ada bilik kosong yang usang saya ubah sikit jadikan bilik main untuk anak.
Nampak ceria sikit dan harap okey laa. Tema “farm house” sesuai la dengan rumah kayu.
Barang saya beli dekat kedai Dua Ringgit dan Shopee jaa. Walaupun rumah kayu tapi kalau tacap sikit2 cantik la jugak 😍
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...